hati ke hati

Bismillahi walhamdulillah.

sebelum apa-apa, nak bagi tau,
ini adalah lagu Menjemput Bidadari.
siapa baca novel Hlovate- Versus,
saya yakin, mereka tahu :)

chorus part ;

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

lagu ini untuk mereka yang ingin melangkah ke alam rumah tangga,
kena dengar lagu ini dulu.
saya nak kawin ke?
(buat-buat tak dengar) hehe


titik noktah.

blog ini untuk saya dan kamu.

1.blog saya pasal apa?
2.awak baca pasal apa?
3.kenapa awak perlu baca blog saya?

taipan terhenti.
kenapa perlu setiap komuniti blogger perlu tanya soalan ini,
nak sign up,
mesti tulis macam ni;
'enter description about your blog'

saya merenung skrin.
selama ini saya menulis mengenai apa?
brek tangan.
keistimewaan beras selain dari memasak nasi.
(klik untuk baca)
haha.

terasa semacam blog yang tiada pegangan.

ohh.
saya lupa.
terpandang tajuk blog.

Peringatan untuk diriku dan dirimu

ini tujuan saya,
blog ini dibina untuk itu.
kenapa saya berfikir panjang?

adakah saya mengimpikan blog yang mencapai rating tinggi pembaca?
adakah saya menginkan imbuhan sampingan sebagai penulis?
atau saya mahu dijadikan sebagai blog pilihan Malaysia satu hari nanti?

terasa keduniaan angan-angan itu.

TIDAK!
ini hanya sebagai peringatan saya,
dan kamu.

saya menulis untuk berkongsi.
saya ingin memberi manfaat kepada yang lain.
semoga kamu mendapat sesuatu dari sini,
bukan hanya sekadar bacaan di waktu lapang :)
InsyaAllah.


saya terus mengisi jawapan.
(dah dapat idea la katakan...)

saya teringat satu tips dari sini
Tips blogger terhebat,
hanya satu.
Keikhlasan berblog kerana Allah.

betulkan niat,
ikhlaskan diri,
untuk menasihati diri,
dan orang lain.
ke arah jalan yang diredhaiNya.
InshaAllah.
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"


hati ke hati
Terima kasih,
kerana ada kamu untuk terus membaca,
Terima kasih,
atas nasihat semuanya.

awak yang sedang baca,
Teruskan baca ya.

orang tanya,
kenapa saya tulis pendek-pendek?
saya tanya kembali.
nak saya tulis panjang-panjang?
satu hari nanti,
mungkin.
InsyaAllah.

saya jawab,
saya suka baca pendek.
jadi saya tulis pendek.
(diterima tak jawapan ni?hehe)

sebagai penutup.
sedikit renungan,
Hidayah Allah itu seperti cahaya, tidak akan menyapa sesiapa yang tidak membuka jendelanya.
InsyaAllah,
bila kita sudah buka jendela Hidayah.
Hidayah Allah itu akan sampai kepada kita.
banyakkan berdoa.
semoga kita dikurniakan cahaya Hidayah dariNya.

note :
saya juga masih belajar, sama seperti kamu. kita sama-sama belajar dan akan sentiasa belajar.
:)

Comments

Iman_Inside said…
salam alaik.

"saya suka baca pendek.
jadi saya tulis pendek."

jwpn ni sgt2 diterima..hehe..

suka bace entry ni..:)

moge terus menulis kerana sy suke membaca..hehe..

w'salam.
p/s:dh bce novel 2..best..n addicted to novel hlovate..;p
umi Hamraa said…
salam edah, :)

terima kasih.
iffah pun suka baca blog edah.

hehe. best kan cte versus. kagum dgn hlovate, penulisan dia sempoi tetapi bermanfaat.. :)
Zieta Yunos said…
best novel tu....
dh baca dh pnjm mber
mnat gn tulisan HLOVATE
ima said…
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

terima ksh ipah! :)
ipah manusia,ipah baik,ipah jgk beri manfaat kt kte ;)

#ni la tmpt kte lepak lepas hbs exm far.hihi.bnyk lg entry yg x bce ni
Anonymous said…
insyaAllah akn terus support blog ni.

cume kamu jarang update!..
geram akak tau!!
(haha gurau je :PP)

bila diri rasa lalai akn ade kekuatan bila bace blog kamu dek :))

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011