Posts

Showing posts from January, 2014

rahmat untuk semua

Image
Assalamualaykum,
Dia memandang sepi post-post sayuran yang menjadi viral baru-baru ini Ramainya yang berselawat ‘kangkung’ minggu ini Entah baginya dia lebih suka begitu Diam tidak menambah dan menolak Bukan bermakna menyokong yang menaikkan harga barang Dan tidak pula mengangguk bersetuju dengan tindakan yang meng’troll’kan isu itu
Tapi dia tidak meng'expect' semua orang sepertinya Dia tahu Ada orang, lain caranya
Dia ok. Asalkan Allah diletakkan utama Ar Rasul contoh ikutan sepanjang zaman Al-Quran sumber rujukan mutlak
Kan manusia ini, diciptakan berbeza?
“yeah. I know you look peaceful” Tersenyum dia mengingatkan komen teman sekelasnya dari Nigeria
bagusnya kalau mereka memahami dan me-rai perbezaan ini.
:) ...
Perbezaan pendapat itu fitrah Ada orang ingin mengubah sistem, aktif dan bersungguh dalam politik untuk menegakkan hukum Allah Ada orang suka berdakwah, tapi tidak suka (atau mungkin ada kekangan untuk) aktif dengan politik Lebih mahu menghasilkan individu yang soleh …

tentang, rasa

setiap kali saya rasa mahu berhenti
berhenti dari menulis

pasti akan ada saya terima mesej-mesej

dari mereka yang ikut blog saya

"akak, boleh nasihatkan saya begini,"

"akak boleh berikan pendapat tentang ini?"

Allah

tidak dapat digambarkan perasaan itu
Allah kuatkan hati dengan adanya mereka

bila baca komen yang mereka kagumi saya,
rasa malu depan Allah
rasa kerdil depan Allah

kalau Allah tidak tutupkan dosa saya
dosa kita
pasti tidak akan ada siapa yang mendekati
apatah lagi meng-kagumi

tidak akan ada

kerana kita
pendosa

astaghfirullah.


terkadang hilang semangat untuk menulis
terkadang kesibukan dunia melebihi tanggungjawab sebagai hamba
malu dengan Allah

moga Allah ampunkan saya
moga Allah ampunkan kita

terkadang tidak tahu apa yang mahu ditulis
rasa kerdil diri dengan limpahan dosa
dan seakan ada suara yang berkata
heh masih mahu mengingatkan orang?

liciknya syaitan mempengaruhi saya

:(

Allah.

kalian
tolong doakan saya

saya mahu terus kuat
saya mahu terus menasi…