Posts

Showing posts from October, 2011

saya dan penyu. sama-sama sedih.

Image
Assalamualaikum :) penat berjalan. saya mula melepaskan penat di bangku, teman hanya menurut, bersembang, membasahi tekak yang sedikit kering. "Assalamualaikum adik, boleh tolong abang tak?" satu suara menyapa, seorang pakcik berdiri setentang dengan saya. saya dan teman terpinga. "Beg abang dah kena curi masa abang solat tadi. Abang nak balik ke Puchong, tapi abang dah takde duit nak bayar tambang teksi" saya memerhatikan dirinya. antara hendak percaya atau tidak. kemas pakaiannya. penampilannya sedikit menambah keyakinan pada saya untuk terus mendengar. "Malu abang nak mintak dengan adik. tapi boleh adik bagi abang RM 20?" saya ketika itu berbelah bagi, antara simpati dan berhati-hati. "Nanti abang akan bayar balik, adik tinggalkan number henfon adik, esok abang top-up kan" dan dihulurnya sekeping kertas dan pen. entah kenapa, perasaan simpati saya melebihi sikap hati-hati. saya hulurkan dua not kertas merah,

bila agenda mencari soleh bermula (ep 1)

Image
Assalamualaikum :) 'Mak dah tak nak tengok angah pakai macam ni lagi..' err. saya terkedu. tapi saya faham. reaksi emak memang telah saya jangka. ada nada kesal bercampur teguran pada luahan hati emak. langkah diatur menuju ke bilik. 'teruk sangat ke saya pakai macam ni?' ber't-shirt' hitam, slack putih dan selendang putih dipinkan rama-rama. normal pada pandangan muda mudi zaman sekarang err. bukan. agak tidak normal pada pandangan emak-emak. saya akui. cara saya berpakaian, dahulunya. dipengaruhi persekitaran. ramai yang pakai begitu. saya juga mahu turut serta. saya kan remaja lagi, hidup hanya sekali, jadi.... kita enjoy! ok tak. hambek kau. enjoy kau kena berleter di emak. ingat best ke dengar 'komunikasi berkesan' dari emak? hambek kau, nak enjoy sangat kat dunia, kat akhirat nanti macam mana? tak fikir ke? dulu. mana nak fikir lagi. 'bagi alasan' sampai bila nak bagi alasan ni? boleh j

dia dan encik sarjan.

Image
Assalamualaikum  :) Matanya masih lagi lekap, kemas di papan putih, memandang penuh khusyuk Encik Din, sarjan kadet polis sekolahnya, mencoret sesuatu di atas papan putih. assuming ini adalah papan putih. hehe 3 titik yang dilakar menggunakan marker hitam di atas papan putih. "siapa nak jawab, apa yang kamu nampak di atas papan putih ni?" lamunannya terhenti apabila Encik Din mula bersuara. "ada 3 titik hitam di atas papan putih", jawab seorang ahli kadet. yakin. Majoriti mengangguk setuju. Pastinya itu sahaja jawapannya. Dia masih berfikir, cuba untuk mencari jawapan yang lain dari biasa. namun, masih tidak dapat menangkap maksud sebenar lukisan itu. "jawapan lain?" masing-masing mengeleng, tidak dapat meneka. 'apa lagi ya, yang boleh nampak atas papan putih tu selain 3 titik hitam tu eh?' dia bermonolog. sendiri. "betul, jawapan awak semua betul"... ".....tapi ada jawapan lain..." "

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

Image
Assalamualaikum :) Dari jauh, komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam, Siren berbunyi, pintu pink dibuka, dan saya melangkah masuk. mata melilau mencari kerusi kosong. Alhamdulillah. kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong. berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya. keadaan tenang, namun ada satu suara yang mampu mengganggu telinga, uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa. anak kecil berdekatan saya itu menangis, minta dilepaskan. ingin dilepas bebas. sangkaan saya, 'budak baru dapat kaki, biasalah.' anak itu mula berjalan, dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan 1 tahun itu. dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak, walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya. . . . anaknya melangkah semakin jauh, dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali. namun belum pantas ibunya ke temp

i am isolating .

Assalamualaykum. Bila hati sendiri sudah mula resah, Bila hati sendiri sudah mula rasa jauh, Bila hati sendiri sudah mula rasa janggal. akuilah. Saya perlu mendapatkan cahaya itu semula. Doakan saya kuat, Dan saya juga doakan orang disekeliling saya turut kuat. Maafkan saya, saya juga hamba. :'( 'Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong' (Ali Imran:173)

saya bukan baik, tapi...

Image
Assalamualaikum :) "Iffah, you don't ask me what to do today, cause I don't have things to assign you" senior awal-awal lagi memberi pesan. sedih. nak buat apa hari ni? esoknya pun sama. saya mengadap laptop, "looks like busy" tapi bukanlah kerja pejabat pastinya, (mungkin boleh faham sendiri..hehe) beberapa jam berlalu, dan mata mulai letih memandang skrin komputer riba, tetapi mata kembali terbuka apabila bertemu ini ; 'tak sangka enti berubah sebegini rupa' saya baca ayat itu berulang-ulang, memandang berkali-kali. Astaghfirullah, teruknya saya dahulu, :'( teringat kembali perkara yang pernah dilakukan. banyak. biar saya simpan sendiri. mesti orang kata, "jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je" haha. saya percaya, setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza. dan saya juga, pastinya. :'( "Iffah aku rasa kalau kau t