Posts

Showing posts from September, 2010

speaker itu bergema

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. sudah puaskah kamu menatap entri beras? *buat-buat tanya : sengih* Subhanallah, Maha Suci Allah. hari ini. jam berdetik. waktu 4. menunggu waktu asar di sebuah surau. "kau la pergi, kau la.." "kenapa pulak aku, kau la..." suara itu kedengaran dari ruang solat Muslimin. kenapa agaknya? apa yang mereka cuba lakukan? "Allahuakbar..allahuakbar.. Ashadualla ila haillallah.." oh.. mereka saling tolak menolak untuk azan rupanya. tapi.. kenapa..... "eh, yang tu bukan Iqamah ke?" mungkin kawannya menegur. Astaghfirullah. mereka ini bermain pula. jangan main-main dengan azan. kerana azan itu lambang kepada syiar Islam. hormati azan dengan berdiam diri. jangan bergurau. hayati setiap maknanya. sesungguhnya Islam itu Indah. kalau kita boleh berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, kenapa tidak kita senyap dan menjawab azan ketika azan berkumandang? b

ada apa dengan beras?

Image
salam 'kembali ke sekolah selepas cuti raya' sedikit petua; "alang, kenapa letak hp angah dalam air? "  "alang tak perasan, sorry angah" sedih jugak. masuk air. terus tak bunyi sound dia. sayangnya. ........................................... abah tiba2 mencelah, try angah letak dalam beras. buang bateri, letak hp dalam tu. . . . . . beberapa jam kemudian, Alhamdulillah, dah ok. Dh boleh dgr sound kalau orang call. Syukur. Beras ini boleh dimakan lagi. uda mula bercerita, pendrive uda rosak masuk air, letak dalam beras jugak. Alhamdulillah, boleh guna balik. ada sesiapa pernah cuba? jom kongsi. nasihat saya : kalau ada jam,pendrive dan hp rosak masuk air, try letak dalam beras. *betul ni* nasihat along : boleh juga guna hairdryer untuk keringkan air dalam speaker hp. *mungkin betul, hehe* tapi kan, kenapa beras? haaa. kata abah : dalam beras, panas. wap tu yang keringkan air. *percaya ke tak? banyak teori a

buka jendela hati kita

Image
Bismillah wal hamdulillah. Oezil : Alhamdulillah. "Hidayah itu Milik Allah" satu ayat. bergema di telinga. mula2 dengar, bagaikan angin lalu. tidak masuk ke hati. namun, semenjak kebelakangan ini, sepotong ayat itu mula memberikan makna. kepada saya. "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa, Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai, walau apa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api, namun tak dapat jua dimiliki, jika tidak kembali pada Allah. (Raihan -Iman mutiara) dah2. berhenti nyanyi. suara kamu tak sedap. *gurau2* sambung balik. kita tengok ayah pakai kopiah, tak semestinya anak dia pun sama. tengok anak hafaz Quran, tapi ayah keluar masuk kelab malam. ayah emak bagi tazkirah, tapi anak berkepit dengan perempuan. dulu dia baik, sekarang tudung dah makin singkat, dia yang dulu ketawa terbahak-bahak, sekarang dah gemar join usrah. pernah tengok situasi macam ni? betul

hanya entry biasa, Mercun

Image
mengantuk. namun tetap ku gagahi. terasa ingin bercerita ; batang mercun 20 das itu disuakan pada api lilin. menunggu. tidak meletup. disuakan lagi. masih begitu. tidak mahu meletup. "angah excited nak tengok, tapi tak jadi pulak" kata along. mungkin masuk angin. mungkin. saya masih tidak berganjak. ingin menyelami keseronokan bermain mercun. tiba-tiba, "eiuuuuu.....pom" ha..dah jadi.. cantik.. (dalam hati, seronok jugak rupanya) adik gembira. abang juga. terasa ingin bermain lagi. *senyum* adik..adik.. patutla semangat mereka untuk bermain mercun tidak pernah pudar. walau dimarahi emak, pandai pulak uda sembunyi mercun tu ye.. kata abah : baik bakar duit je macam tu.. tak kisah orang nk kata apa, mereka tetap berazam nk beli dan main lagi. Jangan bermain berdekatan rumah jiran anda. kata saya : mercun melatih kanak-kanak menjadi lebih berani. berani untuk menanggung risiko. tetap pendirian dan kuat keazaman untuk bermain. tapi kena ingat, jaga

duit raya atau biskut raya?

Image
in the name of ALLAH, the Most Merciful, the Most Beneficient. sinari lebaran di tv3, dam dum dam raya di TV9, kenikmatan sejuta pengertian di RTM. pernah dengar ini? dari saya kecil, sehingga sekarang, (macam dah besar je), tv selalu pasang macam2 cerita, raya pertama, raya kedua, sehingga raya kesembilan, kesepuluh. (adik-adik saya dulu suka salin cerita time Raya ni.) bukan setakat filem-filem melayu, malah dari negara luar juga. kesannya? raya di hadapan televisyen, tidak ada maknanya lagi.  hakikat Aidilfitri telah dieksploitasi untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Raya Hari Raya Aidilfitri, merupakan hadiah bagi umat Islam, sebagai tanda kemenangan, kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam saling bermaafan, kanak-kanak riang bersama duit raya, juadah raya yang pelbagai, (sedapnya makan nasi impit cicah kelapa) seronoknya raya. ada siapa nak bagi saya duit raya?? namun, perlu kita ingat, kekalkan