Posts

Showing posts from 2017

bangun, mencari diri

28 august 2016entri terakhir tahun lepas
lamanya terasa tangan tidak menulis
dari status bujang kepada berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan seorang puteri sulung
dari seorang pelajar master kepada suri rumah sepenuh masa dan sedang menunggu untuk 'posting' di uitm (saya mengambil biasiswa tpm-uitm)
terasa sangat banyaaaaaaak yang ingin dikongsikan

banyak perkara yang dilalui,
dan semestinya perasaan suka duka yang silih berganti
kerana kehidupan ini, begitulah fitrahnya

rasa cemburu bila mana melihat teman seperjuangan yang sudah jauh ke depan,
dalam kerjaya, boleh dikatakan majoritinya lepasan uitm fast track accountancy memiliki pekerjaan yang mashaAllah hebat, alhamdulillah.

dan saya me'rasa'kan masih di tempat sama,
berjuang dengan tesis master yang memakan masa agak lama berbanding ipt lain,
masih menunggu surat senat dari uia
dan kini menjaga baby AH yang baru berusia 2 bulan

bila mana melihat kejayaan yang lain, pasti timbul di benak fikiran
'nak kerjaaaa…