Posts

Showing posts from May, 2011

zzz dan zzz lagi.

Image
Assalamualaikum :) mengantuknyaaa. nak sambung tido lagi. ermm, tak boleh la, hari ni dah start kerja. :( semalam dah tido awal, pagi ni mengantuk jugak. kalau tido lewat pun, sama je, lagi la mengantuk pagi-pagi ni. kejap je. nak sambung tido kejap je,  lepas solat subuh. boleh la.. boleh la eh? hehehe. kenapa kita camni eh? lepas subuh je, rasa nak sambung tdo balik. kalau dulu zaman sekolah,zaman u, (cecehhh mentang2 sekarang dah praktikal), boleh la jugak, ada mak yang nak tolong gerakkan. ada abah yang nak tolong ingatkan, ada kawan yang nak suruh tandatangan kan kalau ponteng kelas (errr, jangan buat eh. amaran!) kalau ye pun ngantuk, jgn la buat cani cik abg oiii. hehe tapi sekarang, kita dah besar, kena pandai manage kehidupan sendiri. kan? so, tips terbaik untuk mencapai kepuasan tidur yang maksimum, adalah. 'kita jangan menidurkan diri, tapi biar Allah yang tidurkan kita' ha. macam mana tu? macam ni. contoh menidurkan diri.

BICARA HATI :bukan taste kita sekarang.

Image
Assalamualaikum :) jangan banyak tanya, baca je.  jalan-jalan pesta buku, tengok novel cinta bermacam-macam jenis, macam-macam penulis, sampai dah tak larat nak follow, seakan-akan tawar hati, macam dah boleh agak cerita novel ni, balik-balik kahwin kontrak, then jatuh cinta, hidup bahagia.mudahnya begitu. sedang kita tahu, cerita itu rekaan penulis, ilusi, bayangan. menjadikan kita khayal dengan dunia rekaan sendiri. bosan. tengok dalam laptop, cerita-cerita korea, bersusun-susun, sampai penuh memory hard disk, cerita series ada, movies pun ada, running man pun ade, family outing pun, ditambah pulak dengan series omputih, how i met your mother, glee, macam-macam lagi. rasa cerita yang berulang-ulang, balik-balik begini, cinta,seks, kehidupan mereka penuh gelak ketawa, arrrgggghhhh! bosan. lepas tu bukak internet. mula-mula buka facebook, baca status orang, like, tengok noti, kalau rajin bukak, kalau malas biar je, tapi banyak nye post2 yang mengarut,

sarang hae yo (girl version)

Image
Assalamualaikum. untuk : awak yang pernah hadir dalam hidup saya. awak, awak sayang saya tak? kalau awak sayang, awak takkan nak berkenal-kenal dengan saya dulu, mintak-mintak nombor, cara awak tu pun dah tunjuk awak memang tak serius dengan saya. just nak main2 je dengan saya. kalau awak betul sayang, awak takkan minta couple dengan saya dulu, awak just nak tunjuk dekat kawan awak yang awak pun 'ada-orang-nak-juga', kenapa la mudah sangat saya masuk dalam perangkap cinta awak... honey, sayang I tak? kalau awak sayang saya, awak mesti tak text saya just nak cakap awak rindu saya, awak takkan ajak saya ber-YM, chatting,  tambah-tambah bila saya tengah exam, awak duk bermesej-mesej lagi, saya nak study, terganggu la saya, awak... abang, abang sayang ayang tak? kalau awak sayang, awak mesti tak call saya malam-malam untuk cakap awak sayang saya, awak mesti tak kacau time maghrib saya, saya baru nak mengaji, awak dah call, me

kerana saya ada...

Image
Assalamualaikum :) Kelas Arab terakhir. Ustaz mundar mandir, mencari ayat, menyusun bicara. "jangan sia-siakan apa yang kamu belajar, jangan berhenti belajar Arab setakat ini, cuba-cubalah untuk praktis untuk mahir dalam bahasa Arab" InshaAllah, ustaz. sayu sahaja suasana kelas terakhir ini. Murabbi saya ini tenang sekali, sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap yang dilakukannya. memberi teguran, merangsang anak-anak murid untuk menjadikan bahasa Arab satu bahasa yang mudah dan seronok untuk dipelajari. jujurnya, bahasa Arab itu seronok :) *Uhibbuki al-lughatul 'arabiyyah* ustaz suka bercerita, pengalamannya belajar bahasa Inggeris, pengalaman anaknya, dan berbagai-bagai lagi. namun, ada satu cerita buat hati saya tersentuh, tersentap sedikit. cerita Ustaz bertemu seorang mualaf. "kenapa kamu masuk Islam?" mualaf itu menjawab ; "kerana saya ada Allah." satu jawapan ringkas sahaja, tapi mendalam maksudnya. satu pengakuan i

awak, kilat. :(

Image
Assalamualaikum. 4 tahun dulu... " awak, saya takut kilat" tiiit.. titt...mesej diterima. "awak jangan takut, saya ada. baca doa banyak-banyak eh" dia tersenyum simpul di belakang katil. dan, sekarang. siapa awak nak tenangkan saya? siapa awak untuk saya bazirkan kredit hanya untuk saya mengadu saya takut kilat? siapa awak untuk saya kenang setiap kali kilat memancar? ahh. kebudak-budakannya dia dahulu. bukan hanya dia. tapi kita juga. kita selalu mencari pertolongan,  mencari tempat mengadu selain dari Allah. Istighfar. sedarlah. 'awak' kita itu bukan sesiapa. hanya makhluk Tuhan seperti kita, tiada apa yang mampu 'awak' kita itu buat, kerana kita sebenarnya ada DIA. selalu ada untuk kita. kenapa kita tidak pernah sedar? kilat : amaran dari Allah SWT Kilat bukti kebesaran Allah. mengapa kita tidak berfikir? setiap kali hujan lebat, guruh dentum berdentum, kilat sabung menyabung, perasaan takut