zzz dan zzz lagi.

Assalamualaikum :)

mengantuknyaaa.
nak sambung tido lagi.
ermm, tak boleh la,
hari ni dah start kerja. :(

semalam dah tido awal,
pagi ni mengantuk jugak.

kalau tido lewat pun,
sama je,
lagi la mengantuk pagi-pagi ni.

kejap je. nak sambung tido kejap je, 
lepas solat subuh. boleh la.. boleh la eh?

hehehe.

kenapa kita camni eh?
lepas subuh je, rasa nak sambung tdo balik.
kalau dulu zaman sekolah,zaman u,(cecehhh mentang2 sekarang dah praktikal),
boleh la jugak,
ada mak yang nak tolong gerakkan.
ada abah yang nak tolong ingatkan,
ada kawan yang nak suruh tandatangan kan kalau ponteng kelas
(errr, jangan buat eh. amaran!)

kalau ye pun ngantuk, jgn la buat cani cik abg oiii. hehe

tapi sekarang,
kita dah besar,
kena pandai manage kehidupan sendiri.
kan?

so, tips terbaik untuk mencapai kepuasan tidur yang maksimum,
adalah.
'kita jangan menidurkan diri, tapi biar Allah yang tidurkan kita'
ha. macam mana tu?
macam ni.

contoh menidurkan diri.
mengantuk dah ni, ok ambik wuduk,basuh kaki,
baring atas katil,
peluk teddy bear atau bantal peluk,
n buat-buat pejam mata.
lepas tu berangan, kan?
'esok nak tengok cerita kung fu panda, nak beli handbag baru, kasut baru' 
'tapi, nak shopping mana eh? sogo ke times square?sogo takde movie.ermm..'
'malu la tadi, terlanggar dengan sorang ni kat lrt. tapi hensem jugak dia ni. hikhik' 


ha, sape suka buat?
KITA.

tapi, bila Allah tidurkan kita,
bila kita dah rasa mengantuk,
ambil wudhu,
kebas-kebas katil sambil baca selawat 3 kali,
tepuk2 bantal,
then baring,
baca 3 Qul, baca doa tidur, baca ayat kursi, mengucap dua kalimah syahadah,
kita jangan tutup mata, buat-buat tidur,
tapi kita guna time ni,untuk ingat Allah,
nak berangan pun boleh,
tapi sebut nama Allah.
'Ya Allah, lewatnya aku solat asar hari ni, maafkan aku Ya Allah' 
'Allah, kenapa hati aku ni selalu asyik duk teringat kat dia,
Ya Allah,jauhkan aku dengan perasaan cinta yang tidak halal buatku,
 jangan kau lebihkan perasaan rindu ini melebihi perasaan rindu aku padaMu, Ya Allah, ' 
'Ya Allah, kejutkan aku pukul 5 Ya Allah, aku nak bangun tahajud Ya Allah'
apa-apa sahaja yang kita nak,
kita sebut,kita mohon dengan Allah.

sentiasa ingat Allah.
sampai Allah tidurkan kita.

even kita tidur baru 3 jam pun,
kita tetap akan rasa sudah cukup untuk kita.

InshaAllah,
perasaan yang kita rasa bila bangun tidur,
pasti akan terasa lain.
terasa jauh lebih segar.
terasa jauh lebih senang untuk bangun solat Subuh.
terasa jauh lebih dekat dengan Allah,

sebab kita telah sandarkan segalanya kepada Dia, Pencipta kita.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
Yakin dengan Allah.

InshaAllah.

:)


*Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau  
membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
         i.1/3 malam untuk berehat.
         ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
        iii.1/3 malam untuk beribadat.

tapi kita? guna seluruh malam untuk berehat pun,
masih tidak cukup?

p.s : kredit to~En Fuad Latip, Seminar Khusyuk Solat UiTM..
p.s.s : jom praktik sama-sama ~

Comments

SumaiyyahAbidah said…
Best tips Cik Ipah! Insya-Allah, nak try.

By the way... gambar yang menjadi pilihan tu... ehem2, ada apa2 ke? hehe... (sori ye, saje nak usik cik ipah)
nurIman Abdul said…
syukran iffah..

tips bergune..:)

slmt berprktikal..hehe
saya said…
@salam sumiyyah :)
hehe.suka je usik2 ye.
ok2 kita try tips tu sama2 ye...
saya said…
@salam edah,
syukran ustazah..hehe
saya said…
@salam harishah,

sama-samaaaa :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri