PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN

Assalamualaikum, 


Nak save pengalaman di blog pula. Rujukan untuk saya terutamanya (untuk adik Hamraa pula nanti, Aminn) Sebelum ni, saja berkongsi di group di FB. Tanpa disangka admin Pa & Ma dah publish di website mereka. Alhamdulillah, saling berkongsi kan? 


.
.

Alhamdulillah, 12 Disember lepas, genap 2 tahun menyusukan penyejuk mata, Ameena Hamraa. Nak berkongsi pengalaman dengan #bfmembers semua 
1. Mak dan ayah kena bersedia, nak dekat dekat anak 2 tahun tu, kena kerap remind anak. 
"Hamraa dah nak 2 years, dah besar, tak boleh minum susu umi dah, nanti minum susu yang abi buat ya."
2. Start introduce susu yang nak bagi pada anak lepas umur 2 tahun nanti. Contohnya fresh milk, susu full cream. Saya start perkenalkan pada anak masa umur setahun lebih lagi. Saja nak bagi biasakan. Sekarang Hamraa minum Fernleaf full cream, alhamdulillah dia suka.
3. Slowly reduce bekal susu pada pengasuh. Hamraa dari kecil saya bekalkan 2oz 4 botol masa umur 10 bulan. Kemudian kurangkan pada 3 botol, 2 botol dan bulan bulan nak dekat 2 tahun tu, saya bagi 1 botol je. Bekalkan juga susu backup (sama ada fresh milk/UHT susu kotak). Tapi, perlu kerjasama penuh dari pengasuh juga. Sesuai tak, meragam tak anak kalau tak cukup susu. Tapi inshaAllah bila dah anak start makan, demand susu akan start berkurang sebab dah dapat nutrisi dari makanan yang lain.
4. Lepas dah settle tak minum susu sangat siang hari, tibalah kemuncak nak wean off utk malamnya. Sebab hamraa memang habit perlu menyusu sebelum tidur. Mula mula saya minta tolong suami untuk tidurkan, tak jalan. Mengamuk nak susu juga. Kesiannya tak tahan tengok, saya bagi juga. Sambil menyusu, sambil ulang takboleh susu umi dah lepas ni. Malam kedua, saya cuba lagi. Hamraa menangis juga nak susu. Saya peluk anak, tenangkan diri, saya bawa keluar dari bilik. Saya tengok mata anak, saya cakap,
"Hamraa, dalam Quran, Allah kata boleh minum susu sampai 2 tahun. Hamraa dah besar, dah 2 tahun. Susu nanti untuk adik pula (doakan murah rezeki, aaminn). Hamraa sayang Allah kan, Hamraa sayang umi kan?"
Saya ulang beberapa kali. Hamraa diam seperti faham apa yang saya cakap.
MashaAllah, lepas daripada tu, Hamraa tidur sendiri dah tak minta susu. Cuma sebelum tidur perlu minum susu fernleaf dengan cawan feveretnya. Terkejut juga pada awalnya. Tapi semua dengan izin Allah. Saya pula yang rasa sedih sebab rasa macam 'lost'. Tapi kena cekalkan hati, perlu disiplin. Setiap aturan Allah ada hikmahnya. 
5. Yang penting, perlu dapatkan sokongan suami untuk tidurkan anak, pujuk anak dan sebagainya. Selalu selalu selalu doa Allah permudahkan urusan wean off, anak mudah faham dan lembut hati.
6. Selalu bisik pada anak sejak baby, zikir Ya latif diulang ulang dan surah Toha (ayat 1 hingga 5). Moga anak anak kita semuanya menjadi anak yang soleh solehah, penyejuk mata hati kita semua.
7. Jangan stop menyusu secara mengejut, tp slowly but steadily. Sampai sekarang, pernah juga Hamraa buat malu malu minta susu, saya tahu dia rindu (saya pun rindu) hehe. Tapi kata mak, biasala anak dah 2 tahun melekap dengan kita, mestilah nak totally forgot tu ambik masa juga. Apa saya buat. Bagi je la Hamraa peluk sambil pegang buat lepas rindu 😂
Maaf panjang lebar menulis, nak kongsi kalau ada yang bermanfaat boleh amalkan. InshaAllah. Stay strong, bf mummies! You can do it. ♥️

Comments

Keyra said…
Assalamualaikum mcm mn sukatan bancuhan susu full cream ni ya?

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?