Saturday, January 8, 2011

hati yang kau sakiti

assalamualaikum.

saya tahu.
perempuan.
hatinya lemah.
mudah rapuh.
mudah kecewa.
mudah menangis.

tanpa saya sedar.
lelaki juga begitu.
anggapan saya lelaki tidak akan begitu.
tidak akan kecewa,
tidak pernah serius.
tidak akan sedih.

namun,
hanya kerana satu.
yang bernama Cinta.
tidak ada bezanya lelaki dan wanita.

kan?

awak,
jangan sedih.
memang.
kita akan rasa kecewa.
kita rasa,
kita dah jumpa orang yang terbaik untuk kita.

dia dah banyak ubah hidup kita,

dari seorang yang malas sembahyang,
kepada seorang yang sembahyang 5 waktu.

dari seorang yang mudah putus asa,
kepada seseorang yang bertambah yakin,

dari seorang yang malas belajar,
jadi semakin rajin,

dari seorang yang merokok,
kepada tidak merokok.

dari seorang yang keras kepala,
kepada seorang yang 'sweet'.
*hehe. perlu ke?*

tapi,
entah kenapa,
sekarang.
dia semakin jauh dari kita.

dia cakap,
dia dah ada orang lain.

sakit kan saat tu.
rasa sangat sedih.

kita dah rancang,
nak ambil dia jadi pasangan kita,
nak jumpa mak ayah dia.
tapi kenapa dia buat kita macam ni?


awak,
tau kan?
jodoh tu bukan kita yang tentukan.
biar seserius mana pun kita dengan dia,
tapi,
bila Allah tetapkan dia bukan untuk kita,
kita tak boleh tolak.
sebab kita hanya hamba.
kita tak ada kuasa.

awak kena redha,
awak kena sabar.

kalau setiap kali awak teringat dekat dia,

tengok McD, teringat time awak makan fries sama-sama,
tengok teddy bear, teringat awak pernah bagi hadiah time birthday dia,
tengok baju T, teringat baju yang dia bagi kat awak.

awak cepat-cepat Istighfar.
ingat Allah.
bukankah itu lebih baik?

jangan layan sangat perasaan rindu awak.
rindu pada orang yang belum tentu jadi milik awak.
sebab saya takut,
awak makin jadi tak tentu arah.
syaitan tu hasutannya sangat halus.

orang kata,
Cinta boleh buat manusia jadi gila.

saya tak nak sebab awak putus cinta,
awak tak dapat fikir dengan baik.
awak bukan macam tu kan?

virus merah jambu?

awak,
saya rasa tersangat la elok,
awak dekatkan diri awak dengan Dia.
awak hulurkan cinta awak pada yang Berhak dulu.
kita sama-sama semaikan rasa CINTA kita yang suci tu,
pada ALLAH swt,
baru kita akan rasa nikmat cinta yang sebenar,
InsyaAllah.

setiap yang berlakukan terselit hikmah.
"Allah nak bagi kita jumpa orang yang salah, sebelum kita jumpa orang yang betul-betul terbaik buat kita"

kalau awak ingat balik,
Allah sebenarnya nak bagi kita peluang,
untuk kita bersihkan hati kita dari dosa-dosa yang kita pernah buat.

berangan-angan tentang si dia,
dating berdua-duan dulu,
ber-sms, ber'calling' sampai larut malam,
pegang-pegang tangan,
lambat sembahyang sebab pergi tengok wayang sama-sama.
dan lain lain lagi.

semua tu kan tak boleh, awak.
awak dengan dia tak ada ikatan yang sah lagi.


awak jangan duduk sorang-sorang,
baik awak pergi ambil Wudhu,
Baca Love Letters from Allah.
InsyaAllah.
awak akan rasa lebih tenang.

dapatkan sokongan dari kawan-kawan awak,
buat something yang awak suka,
makan ais krim, main bola, bowling, main PES, baca novel? (err..)
supaya perhatian awak akan teralih dari asyik teringat kat dia 24 jam.
*bunga bukan sekuntum kan. hihi.



dah. dah.
tak nak tengok awak sedih lagi.
bangkit dari rasa kecewa.
bangkit dari rasa lemah.

saya nak tengok senyuman awak.

jangan risau,
kita banyakkan doa,
semoga jodoh kita nanti,
bersama dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Pencipta juga.

Ya Allah,
tetapkanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiku.


ok?

ni nasihat saya.
kalau awak tak nak terima,
saya minta maaf.

mesti awak kata,
"kau boleh la, cakap memang senang.
cuba rasa bagaimana perasaan putus cinta, mesti dah tak berani cakap lebih-lebih"

haha.
terpulang awak nak cakap apa.
mana yang baik, kita jadikan teladan.

Moga kita sama-sama mendapat redha Allah Swt.

*note : pengalaman itu mengajarku. :)

22 comments:

khayla fadwah said...

tQ ipah..=)

kiwi said...

tulis ke spe ni??hehe..

saya said...

@ atie.. sama2 :)

@kema : kepada sesiapa yg putus cinta. terjawab dok kema? hehe

Lis Amir said...

nice one iffah! thanks :D

khayla fadwah said...

saya terasa...
tp sy suke..=)

NuNu BeBeH said...

Assalamualaikum..
Awk..walaupun sekadar tulisan yang sy xtahu awk tujukan khas kpd siapa..
Tp mcm awk ckp utk org yg br 'putus cinta'
So, its very meaningful for me..
Seolah2 awk tujukan pd sy[malunye]
Thanks awk dengan kata2 nasihat ini..:)

Awk, kalau xkeberatan...sy nak copy n paste nasihat awk ni kat blog sy bole x??
Sy nak share..TQ

saya said...

@atie, part mana yg awak terasa? boleh share? hihi ;)
tak2.. ipah gurau..

saya said...

@salam nunu,

sebenarnya sy tujukan kepada sesiapa je yg pernah putus cinta, sebab sy pun pernah. *malu jugak* haha.

ok,awak share je. saya lg suka kalau lg ramai yg baca. awak jgn lupa tinggalkan link sy skali tau.

InsyaAllah, kita sama2 menasihati. ;)

nak pg tengok blog awak pulak ;)

khayla fadwah said...

part slalu berangan ingt dye je kot..
hehe~
naseb jaoh kn..
xyah dating..kua pegang tgn..
tgk wayang..hehe~

saya said...

haha,
dah tau satu rahsia atie! :)

saya said...

angoooooh,,,hehe,,penglmn mengjr kte jd lbh kuat kn,,,miss u=)

khayla fadwah said...

xpe..baru satu..hehe~
xpe..sy xksah share rahsia dgn org yg sy syg...<3..=)

Anonymous said...

hurm..thank you.suke baca blog awak..=)

Hidayah said...

=) ye.pengalaman mengajar. =)

saya said...

@anonymous,

:)
thank you jgk sebab baca..

@hidayah,
kannnnnnnn.... pengalaman tu kn cikgu terbaik :)

Anonymous said...

i like this post coz it can relate much with me now,never underestimate someone who got her/his heart broken..yeah,pengalaman itu juga mnegajarku..:))

Ana Aishah said...

nice post!
Alhamdulillah, kini lebih tabah sebab pengalaman itu mengajarkan.. Even sy pun pernah melaluinya. perit sgt tapi jika hati xmengawal akal elok la perjalanan nyee. InsyaAllah

mohon share ye :)

fyzafyshie93 said...

mohon share :)

fyzafyshie93 said...

mohon share :)

nur syahiirah said...

assalamualaikum.. ^_^...sy suka sgt bace blog ini..alhamdullilah mcm2 input berguna, teguran yg membina yg sy dpt..betul la tu..bukan senang kita hendak melupakan seseorang yg kita pernah "sgt kte syg" : )..tp kita tak boleh terus bersedih kerana kita tetap ada ALLAH yg lebih syg pd kita.. : )..
sy mohon share ea

nur syahiirah said...

sy mohon share jugak ea : )

Anonymous said...

sy mohon share jugak ea : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...