Posts

Showing posts from July, 2014

Ramadhan jangan pergi.

Image
Bismillahi walhamdulillah. 

Deruman motor mat rempit bising sekali di telinga, Letupan mercun bagaikan ada pertandingan antara taman sini dan sebelah. 
Seronok mereka menyambut malam raya. Tapi betul ke, Seronok?
:(
Terasa tahun ini rasa sayu meninggalkan Ramadhan, Bukan seperti sebelumnya yang rasa tidak sabar untuk makan sepuasnya di pagi raya.  Bukan juga rasa excited untuk bergambar di pagi raya.  Bukan juga rasa teruja ingin menonton rancangan fofular di hari raya. 
Tapi, apa yang bermain di fikiran, sepanjang sebulan ini
Graduankah aku dengan ijazah taqwa seperti yang dijanjikan?
Allahu. 
Lagu raya yang dulu mungkin rasa satu keperluan untuk hidupkan malam raya kononnya, terasa semakin menyekit di telinga.  Terasa seperti lemas dengan muzik yang meyesakkan. 
Seolah gembira ramadhan kian pergi.
Sedangkan yakinkah kita dosa dosa lalu telah diampunkan?
Berjayakah kita mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan? 
Nastaghfirullah. 
Maafkan aku.  Maafkan aku.  Maafkan aku. 
Ya Ghaffar. 
Ramadhan kal…