Posts

Showing posts from July, 2015

#akudanramadhan

Image
"Memberi bukan kerana mereka yang kekurangan, tapi kita yang memerlukan" Mak menyusun kuih satu persatu ke dalam dulang.  Nampak mak letih. Tapi mak tak pernah mengeluh. Untuk sesuap nasi kami. Seawal 730 pagi mak mula mengadun adunan, menguli, dan menggoreng. Sehinggalah jam 330 petang gerai mak di bazar ramadhan dibuka.  "Kalau orang lain boleh sedeqah banyak-banyak bulan ni, mak takde apa yang nak bagi. Tapi bila orang datang gerai mak, mak akan letakkan kuih lebih dari jumlah yang dibeli. Sebab mak yakin, rezeki dari Allah tak kan pernah habis kalau kita selalu memberi" Allah.  Mak bukan orang senang. Tapi hati mak, akhlak mak, sentiasa menyenangkan ramai orang. :') Bukan ibadah itu tersekat pada banyaknya juzuk Quran yang dibacakan, namun ramadhan yang sebenar, lebih kepada amalan kebajikan yang dilakukan dengan sepenuh penghayatan.  Walau mungkin sekecil amalan, namun besar di mata Tuhan.  Ramadhan, bulan tarbiyah.  Bulan memberi sebanyaknya.  Kerana amala