Posts

Showing posts from April, 2011

bila nak balik ni, abah?

Image
Assalamualaikum. (^.^) Along mula mengenyit mata, angah membalas. ateh tersenyum simpul. acik dan alang mula tidak panas duduk. uda juga begitu, menghirup titisan air teh yang semakin kehabisan di dalam cawan. si kembar tidak habis-habis lagi mengeja akhbar lama yang mungkin bertarikh 2 tahun yang lepas. hanya adik yang lena. tidur di pangkuan emak. yang lain mula bosan, abah buat-buat tidak nampak, emak juga. menyambung perbincangan yang berhenti dek kerana si kembar yang berebutkan surat khabar. bila nak balik ni abah? mereka bertanya sendiri. mereka bosan sebenarnya. ziarah ke rumah kawan abah dan yang emak sakit, bukan kehendak mereka. mereka dahaga, mereka lapar. mereka letih. ingin pulang segera ke rumah, nasib baik tuan rumah memahami, dihidangkan biskut jagung untuk dicicah bersama air teh o. emm. sedap juga. kelihatan abah mengusap-usap bahu pak cik yang sakit, memberi semangat, pasti. berdoa di dalam hati, semoga pak cik ini cepat betah. "

Kempen : Jom jadikan blog sebagai medium dakwah

Image
Assalamualaikum :) "ayah, nak beli buku ni yah" "buku apa ni?" "banyak yah cerita terbitan ni. ada kisah sahabat2 nabi,Uthman, Ali, Abu Bakar pun ada" saya berdiri di sebelah curi-curi mendengar. tekaan saya mungkin si kecil ini darjah empat atau lebih. Ya Allah adik. bagusnya, Maha Suci Allah. kecil-kecil lagi diasuh untuk menghayati kisah-kisah tokoh Islam terdahulu. saya jadi malu sendiri. biasanya, kanak-kanak seusianya pasti mengamuk inginkan buku cerita fairy tale, tidak kurang mungkin mereka inginkan majalah-majalah kartun, tapi tidak bagi si kecil ini. kalau ditanya pengorbanan Saidina Uthman dalam Islam, pasti adik ini lebih pantas menjawab, berbanding saya. -.- kita mudah melupakan sejarah. membaca Sirah Islam hanya untuk exam PAI. bukan untuk dihayati, apatah lagi mengambil sedikit semangat dari kisah mereka. adik, kakak malu. jom. kita start baca balik kisah-kisah para sahabat, para anbiya', takpe. slow-slow

untuk kamu, calon zaujku.

Image
Assalamualaikum :) Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa : Salam buat bakal suamiku. Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT, Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu, Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu, Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu, Kamu hanya untukku. Zaman ini, di mana-mana sahaja. Tidak kira di library, di cafĂ©, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera, Dan di mana-mana sahaja, Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan. Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan, Langsung tiada rasa malu. Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan, Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai. Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman, Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka. Mereka tidak takut dengan larangan Allah, Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’. Astaghfirullah. Beri mereka peluang bert

pegang sikit pun dah pecah.

Image
Assalamualaikum :) jiwa kacau. sedih sangat rasanya putus cinta. rasa dunia ini tidak adil. lebih baik mati sahaja. selesai masalah. the end. kalaulah dengan hanya begitu, kamu akan bahagia. sila lah. commit suicide. habis cerita. ye ke? Astaghfirullahalazim. jangan. Allah melarang keras hambaNya membunuh diri. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu ; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."  (An-Nisa' : 29)   "Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)."   (QS. Al-Kahfi ; 6) tertekan. bunuh diri. apa puncanya? cuba kita lihat ini. hati kita seumpama segulung kertas, bila kertas itu kosong, senang untuk dipatahkan. ...

jangan tengok pelik, boleh?

Image
Assalamualaikum. :) mereka berbalas pandangan. ada yang mula bercakap senyap-senyap dengan orang sebelah. bisik-bisik. then pandang lagi. biar betul? wahh. dah pakai tudung... "hmm. tak heran pun. confirm bukan pakai tetap ni. macam aku tak tau perangai dia."  "aku tak rasa pelik pun. biasa2 je. dah selalu nampak dulu kan" err. perlu ke respon macam ni? tak. obviously. tapi kita suka buat. nampak orang start nak berubah sikit, start nak pakai tudung, start nak pakai baju labuh, start nak sembahyang 5 waktu, mula la. ada je ha. syaitan-syaitan penghasut, tak puas hati. kenapa? salah ke mereka nak berubah? kita yang berada disekeliling. patut malu.  tak semua orang kuat seperti dia. tak semua orang mampu bermujahadah seperti dia. tak semua orang boleh sabar seperti dia. kita tahu kan? mujahadah melawan nafsu ini bukan senang kan? perlu satu kekuatan, hanya dari Allah kita pohon kekuatan itu. hanya Dia. "hanya kepada