Posts

Showing posts from September, 2012

awak, tolong faham saya (please,)

Image
Assalamualaikum,   'hidup kita sentiasa diberi pilhan, sama ada nak ikut jalan baik, atau buruk. dan saya pilih jalan baik. mohon doa semua. agar kita sama-sama istiqamah dengan jalan yang kita pilih, dan semoga jalan yang kita pilih bisa buat kita bahagia, di dunia, dan di akhirat sana' ini cerita saya. saya seorang yang positif, happy go lucky, jarang orang tengok saya sedih, tapi bila diuji dengan ujian hati sebegini, saya rasa lemah, mudah tersentuh, air mata pun macam keluar ikut suka je. saya kenal dengan sorang ni, rasa macam dijodohkan untuk kami jumpa dalam satu program, dia sangat baik, ramah, dan kacak juga [erk] dan paling penting, dia luas pengetahuan agama, kiranya, cukuplah kriteria untuk mak cik-mak cik nak ambik jadi calon menantu. dipendekkan cerita, lepas program, saya dan dia selalu contact-ing each other, tanya khabar, bagi semangat nak exam, wish happy birthday, dan dia selalu nasihat saya, bagi surah dan doa untuk saya hafal

'eleh, sombong letew'

Image
Assalamualaikum :) dulu. aci selamba redah je. "Eh, jom weh makan abc kat seksyen dua" "bila-bila? ak on jeerr" .. sekarang. dipandang nya laptop, [komen dari kawan lelaki] hmm nak reply ke tak komen ni? ada benefit ke kalau reply, atau makin meleret dan meleret dan akhirnya.... layu ? rasa sangat lain, kalau dulu dia rasa tak kisah, ala aku keluar pun ramai-ramai, pakaian pun dah tutup aurat kira ok la ni kan? cakap je nak makan mana, nak buat aktiviti apa, semua dia tak fikir dulu, kalau punya masa, dia ikut. atas alasan. 'ala, kawan je kaaannnn?' 'semua orang buat kott.. nanti orang ingat aku sombong pulak...' sekarang, dia rasa perlunya menjaga. benarlah, 'tarbiyyah itu banyak mengubah kita tanpa kita sedar'  alhamdulillah. walaupun tak bertepuk tampar, walaupun tak keluar berdua, tapi bila difikirkan balik, begini ke akhlak yang baginda Rasulullah dan para sahabat tunjukkan? malu sendiri. ad