Posts

Showing posts from 2010

yang sebenarnya

Image
Assalamualaikum,
Bismillahi awwalu walakhiru.

entri entri sebelum ni,

kecemasan
oops privasi

cerita sedih, cerita kecewa, cerita nasihat.
pernah terfikir kenapa?
mungkin ada yang tahu,

saya, 
sebenarnya..................................


babak satu.
di persimpangan jalan,
deretan kereta tika itu.
ingin melintasi jalan.
kereta kiri kanan mulai surut.
kereta hadapan mula bergerak langkah.

dan saya,
tidak semena-mena menurut kereta hadapan.

"awak tak nampak ke tanda berhenti kat depan tu?"

.................................................................................

babak dua
di persimpangan juga,
mula berhati-hati,
angkat brek tangan,
masuk gear satu.
tiada kenderaan kira dan kanan,
saya mula mengorak langkah.

namun, tiba-tiba..
Vroooommmmmmmmmmm.

"awak tak nampak ke motosikal tadi?"

.......................................................................

babak tiga
kereta bergerak normal.
kelajuan sederhana,
tangan kemudian, memberi signal.
memasuki lorong kanan.
sedangk…

sesuatu berbentuk bulat

Assalamualaikum :)

mood gembira lagi sekarang?
tiba-tiba semalam fan page pemain bola sepak Malaysia naik kan?
ramai yang 'like'.
nasib la siapa yang famous antara mereka.
pastinya Best Goal Keeper 2010, Khairul Fahmi.
penyerang Safee Sali, Pengantin baru Noorshahrul, anak ganu Ashaari,
dan tak lupa,
kapten Safiq Rahim :))

Alhamdulillah.
Tahniah pasukan bola sepak Malaysia,
Tahniah Malaysia!
Malaysia boleh!

hujan renyai di luar,
berhenti, dan hujan kembali.

"Ya Allah, kurniakanlah hujan yang Kau turunkan ini membawa rahmat kepada kami,"

Amin.

sebenarnya,
ini bukan perkara utama,
saya masih berkira,
ada sesuatu yang menganggu.
tulis atau tidak.

saya.
masih berfikir.

noktah.

note : tak perlu publish pun takpe kan entri ni ? ;P


Terengganu cuti hari Ahad. seronok adik adik saya kat rumah ni.

pengulangan itu sangat perlu

Image
Assalamualaikum,

guten tag :)
guten morgan!

*senyum*

sem baru semakin menghampiri.
terasa biarlah lambat masa berjalan,
namun,
siapa kita untuk menolak?

sem baru, semangat baru, azam baru.
InsyaAllah. :)

jangan kata,
dulu pun cakap macam ni jugak,
letak azam bertimbun-timbun,
tapi tak buat jugak.
tertangguh je.

emm.
salah siapa ya.
siapa yang kena tunaikan azam tu,
kalau bukan kita.
kan?

kata orang,
awal-awal tahun,
SEMANGAT je.
nak berubah jadi yang lebih baik.
Alhamdulillah.

bila dah naik tengah tahun,
macam buat-buat lupa je kat 'wish list' yang kita buat tu.

bila akhir tahun,
dah nak masuk awal tahun depan,
baru ingat balik.

'apa azam aku tahun ni eh?'
dah tertunai ke?

haha.

saya ke orangnya?
awak pun kan?


ok.
jangan buat macam tu dah.
sekarang,
permulaan untuk kita jadi insan yang lebih serius.
serius tentang kehidupan.
serius tentang masa depan.

faham matlamat.
tahu tujuan.

kehidupan kita di dunia.

guna setiap saat yang kita ada,
untuk buat kebaikan di jalan Allah.

a…

keputusan dah pun keluar.

Image
Assalamualaikum :)

merungut.

tak kena itu.
tak kena ini.


panas salah.
hujan pun salah.

mulut dah start muncung.
geram la kononnya.

ingat cantik ke perangai macam tu?

tahu.
tapi buat-buat tak tahu.

sedar.
tapi buat-buat tak sedar.

sudah-sudah la.

tak dinafi,
manusia selalu begini.
dalam Al-Quran pun dah cakap.

"Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh, apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah,dan apabila dia mendapat kebaikan, dia jadi kikir " 
(Al-Maarij : 19-21)
tapi.
kena ingat.
tak boleh macam tu.

orang tengok pun tak cantik.
muka makin berkerut.
hati kita pun dah mula gelap.

syaitan apa lagi?
terus-terusan menghasut.
tambah lagi geram dalam hati kita.
lama-lama jadi hamba yang kufur pada nikmat Allah SWT.

Astaghfirullahalazim.

cepat.
sedar.
sedar.

berhenti merungut.
kita cuma hamba.
kita tak punya kuasa.

berhenti mengeluh.
setiap yang berlaku,
ada sebabnya.

segalanya dalam penentuanNya.
Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.




jom kongsi.
Tips dari ayat dalam surah Al …

bila keputusan itu keluar.

Image
Assalamualaikum :)

5 hari lagi.......4........3..........2..........1 hari lagi!

wah.
semakin dekat harinya.
semakin berdebar rasa hatiku.
:)

ini bukan monolog saya.

mereka pastinya berdebar.
menunggu hari.
dan hari itu.
pasti akan muncul jua.

ok,
dah tak nak bagi saspen.
keputusan PMR keluar esok.
23 disember.
tu je.

TU JE?

bagi adik saya yang memang remaja berumur 15 tahun,
sangat berdebar.
mandi tak basah,
makan tak lalu.
menunggu detik hari esok.
(saya mungkin hiperbola :)

kita dah lepas.
aci lah kan?
hehe.

buat adik-adik,
bertawakal padaNya.
adik dah usaha,
adik dah bertawakal,
adik dah doa.

adik-adikku,
InsyaAllah boleh.

ingat.
Allah itu Maha Adil.
Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.



note : kita dulu masa ambil result, berdebar ke tak eh?
 :)

note-note : buat acik, angah boleh teman acik pg ambil result esok.
jangan risau sangat. :)

tinggal jejak

Image
Assalamualaikum :)

semalam jalan-jalan. nak ikut?


bukan ke mana, cuma di alam maya. 
memerhati gelagat mereka, ada gembira, ada sedih, ada humor, ada nasihat, dan ada juga,  sedikit mengantuk. (dah tengah malam :)
jom. saya nak cerita. ini yang beri kesan pada saya.  selain blog list di sebelah, Langit Ilahi, Faisal Tehrani, Full time muslim, dan lainnya.
saya juga pembaca setia ini.
(klik untuk baca)
satu doktor cinta, entrinya seindah namanya, betul. tak percaya? baca-baca.
dua the world we live in. kak yong, kak ngah n kak cik. (saya dah boleh hafal penulis mereka.hehe) tulus dalam menulis. entri dalam English. (boleh improve bahasa inggeris awak :D)
tiga the pot pet king. unik namanya. pengajur Cover your Aurat campaign tu, tak sertai lagi? klik sini. :)
empat blog Qila, pesanan seorang sahabat.
kunci itu sabar. jemput baca semua.
lima edah punya blog. ha, yang ni nak bagi markah lebih sikit. sebab suka tag saya dalam entri dia. hehe. sekarang, baca cerita dia pula *senyum*
enam? blog-blog lain yang saya follow.
semua la saya suka b…

alim kita hanya di masjid?

Image
Bismillahi awwalu wal akhiru. :)


"ish. tak baik cakap macam tu. ni kan dalam masjid"
"tak elok duduk macam tu, hormat sikit rumah Allah"

pernah dengar macam ni?
saya pun.

betul ke tak nasihat tu?
betul la kan.
apa pulak tak betulnya.

kena hormat masjid,
jangan cakap hal dunia.

tapi
kalau setakat hanya di masjid,
nak kena jaga,
perbualan kita,
adab kita,
aurat kita,

betul ke macam tu?

kita suka je macam tu.

buat baik,
 hanya di sesetengah tempat,
jaga tutur kata bila dalam surau,
sopan.
cakap dengan kawan pakai kopiah, baik je.
tak keluarnya perkataan yang kurang sopan,
tutup aurat bila nak masuk masjid.


tapi kat luar.
nah ambik kau.
berapi-api duk mengumpat orang.
(hiperbola)
tak jaga dah mulut tu,
pakaian pun dah boleh tertukar orang putih ke orang Islam.

sayang kan.
kita hanya baik di tempat tertentu.

Astaghfirullah.

itulah.
kita.

sedangkan Islam itu menyeluruh,
tak boleh ambil separuh-separuh.



Islam bukan di masjid sahaja.
Islam bukan hanya di depan ustaz ustazah,
Islam…

kecemasan

Image
Assalamualaikum :)

entri ini sekejap cuma.
saya takut, saya bimbang, saya gusar.
kegagalan semalam mencengkam. dan saya tahu,
hari itu akan muncul jua.




pembaca, nasihatkan saya.
juga, doakan saya.

Ya Allah, Permudahkanlah urusanku. Cukuplah Engkau sebagai sebaik-baik penolong.
note : tenanglah wahai hati.

ain lam mim wau

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
:)

untuk memberi,
kita perlu beramal,


untuk beramal,
kita perlu menerima.


untuk menerima,
kita perlu mencari.


malas mencari?
susah memberi.

*apa la yang saya duk mengarut ni?*
haha.

"sampaikanlah sesuatu darimu walau sepotong ayat"
ini maksud hadis.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya” (Riwayat Ibnu Majah)


sekarang senang,
nak bagi sesuatu,
share je dalam facebook.
kebanjiran share itu dan ini.
tapi cukupkah setakat itu?

untuk memberi sesuatu ilmu,
kita amalkan dulu ilmu.

(fikir2)
kita buat ke apa yang kita kongsi?


mudah-mudahan,
begitulah.
sebagai peringatan kita juga.
:)

jangan hanya pandai bercakap.
kosong.
tapi,
usaha untuk mengamalkan 'sesuatu' itu perlu.

untuk amalkan ilmu,
kita perlu menerima.

dari pengalaman,
bahan bacaan.

untuk kita nak terima sesuatu,
kita perlu mencari.


ilmu tidak datang tanpa dicari.
tidak hadir tanpa usaha.
d…

sopan itu cantik

Image
Assalamualaikum :)

ingat tak saya ada nak post article,
hari tu,
tapi terdelete.
dan post itu saya biarkan dulu.

sekarang.
Alhamdulillah,
saya terjumpa link dalam blog Full time muslim,
Cover Your Aurat Campaign by the pot pet king
terus teringat.
saya ada hutang sesuatu,
dengan kamu.
:)
.
.
.
.
.
"eh, kenapa awak tak pakai tudung?"

"cikgu kata, tak pakai tudung masuk api neraka"

"api neraka.... PANAS......"

"aaa? ye ke? kejap eh"

"abang.....tolong ambilkan tudung adik"

si comel itu kemudian berlari-lari mendapatkan tudung dan terus disautkan ke kepala.

.........................................................................................
Alhamdulillah.
di sebalik tingkap,
saya memerhati.
anak-anak jiran sedang bermain.
(terkenang zaman kecik-kecik dulu)

terdetik hati saya,
pandai budak-budak ni.
kecil lagi mereka,
tapi mereka tahu,
tak tutup aurat,
masuk neraka.

tapi,
KITA?

kita dah besar.
mencecah 20 an,
kita sudah lebih dari tahu b…

biru putih

Image
Assalamualaikum,

saya nak tulis lagi,
saya telah di 'tag',
(ingat facebook je boleh tag?)
hehe.

25 things that you like,
banyak :(
sekarang,
saya ingin cerita,
sekejap sahaja.
hanya ini.

saya suka tengok langit,
saya suka lihat awan,
putih,
berkepul-kepul,
corak menarik menghiasi bumi,



Subhanallah.
Maha Suci Allah. :)



awan yang cerah, bawa berita gembira kepada manusia, syukur pada Allah yang Esa.

 tenangnya melihat langit.
(rasa nak tengok sepanjang hari)

terasa kerdil sekali,
kerana,
kita hanya hamba,
peminjam di bumi Nya.


sedar.
langit biru dan awan putih,
antara tanda,
hanya Allah yang berkuasa,
bukannya manusia.

tunduk.
kepada Dia,

sujud.
hanya padaNya.
Tuhan yang Mencipta.

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah."
note : jom tengok awan dan lafazkanlah,
Subhanallah
:)

dulu masa kecik2, suka main teka-teka cari awan yang boleh buat bentuk. *haha*

oopsss. privasi.

Image
Assalamualaikum, :)

*senyum*senyum*senyum*

nasihat buat saya yang lemah:

permainan emosi cukup hebat hari ini.
mampu menewaskan akal,

akhirnya,
emosi dizahirkan melalui perasaan.
agak lama diluahkan.


diam.
merenung.
salah siapa?

jangan salahkan Allah,jangan kata Allah tidak adil.jangan pernah putus asa dariNya.
salah saya.
bukan salah dia.

kerana kita manusia.
ujian demi ujian.
sebab Allah sayang kita.
Allah nak tahu, sejauh mana tahap keimanan kita.
sekuat mana kebergantungan kita padaNya.

jangan cetek akal.
yang haram tetap haram.

jangan ikut nafsu,
pilih rasional akal.

jangan putus asa,
sedangkan ramai lagi yang nasib mereka lebih susah berbanding kita.

kata kawan saya,
senseinya berkata,
kegagalan itu penting.
untuk kita tingkatkan usaha!

Allah nak bagi kita mahir lagi.
:)

words are easier than done
yep!
saya akui.
tapi kita diberi pilihan.
kuatkan semangat.
jangan cepat mengalah!

tengok orang lain gembira,
kita terselit duka,
oh hati,
bersabarlah.

malu?
memang.
(nak buat macam mana?)

rezek…

di mana bola hijau sekarang?

Image
assalamualaikum :)

rindu.
saya tahu, saya akan rindu.
dan sekarang,
saya dah pun.
(mesti semua orang cakap saya gatal.haha)

dia selalu panggil saya sekular.
saya tahu.
saya bukan pelajar aliran agama.
apatah lagi untuk menuntut di sebuah IPTA bernama UIA.

saya hanya biasa.
bila saya tak faham politik,
dia gelak.
saya tanya pasal bola,
dia gelak juga.
"itu pun tak tau?" (sambil geleng2 kepala)
ayat favourite dia.

katanya saya tidak minat hal begini.
saya kurang tahu isu semasa,
saya tahu itu.

sekarang,
saya cuba untuk ambil tahu,
saya tidak mahu ketinggalan.
tidak tahu apa-apa.

dia suka bercerita.
berapi-api ceritanya.
namun,
sedikit sahaja yang boleh dipercaya,
selebihnya, rekaan semata.
menjadi humor buat saya.

namun,
dalam gurauannya,
pasti ada sesuatu yang saya ingat,
sampai bila-bila.

pertama:
sewaktu saya mula-mula menginjak ke alam remaja,
kata dia,
"bila kita rasa dunia ini tak adil bagi kita, itu bermakna kita sudah semakin dewasa"saya akui,
remaja sering memb…

hati ke hati

Image
Bismillahi walhamdulillah.

sebelum apa-apa, nak bagi tau,
ini adalah lagu Menjemput Bidadari.
siapa baca novel Hlovate- Versus,
saya yakin, mereka tahu :)

chorus part ;

Segera kan kujemput engkau bidadariBila tiba waktu kutemukan akuYa Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hatiTeguhkanlahku dilangkah iniDipenantian hakikat diriDan izinkan kujemput bidadariTuk bersama menuju Mu sepenuh hati...
lagu ini untuk mereka yang ingin melangkah ke alam rumah tangga, kena dengar lagu ini dulu. saya nak kawin ke? (buat-buat tak dengar) hehe

titik noktah.


1.blog saya pasal apa?
2.awak baca pasal apa?
3.kenapa awak perlu baca blog saya?

taipan terhenti.
kenapa perlu setiap komuniti blogger perlu tanya soalan ini,
nak sign up,
mesti tulis macam ni;
'enter description about your blog'

saya merenung skrin.
selama ini saya menulis mengenai apa?
brek tangan.
keistimewaan beras selain dari memasak nasi.
(klik untuk baca)
haha.

terasa semacam blog yang tiada pegangan.

ohh.
saya lupa.
terpandang tajuk …

fikir langkah kaki anda

Image
Assalamualaikum,

Aal iz well. :) selesai menonton cerita itu. mesti rasa saya agak ketinggalan, tapi takpe. saya dah habis tengok.
komen saya : ambil pengajaran mana yang elok, saya bagi 3 bintang *star.hehe* (macam movie review pulak)
err.. bukan, saya tak nak cerita pasal cerita tu.
tapi, ini. ............................................................................................
"3 lima ringgit, kalau roti lempeng, 4 lima ringgit"
"beli kak, mak cik, pak cik, buat sarapan pagi esok"
itu dialog bagi sesiapa yang melintasi gerai kami, sewaktu Karnival ICT di sebuah kampung.
haaa, jangan terkejut. kat kampung pun ada karnival ICT. siap ada booth MSC lagi. (cantik) ye la,  untuk menerangkan kepada orang kampung betapa pentingnya teknologi pada zaman sekarang. seperti penggunaan jalur lebar, (pengaruh iklan TV) tapi, yang menghairankan, tiada gerai yang berkaitan teknologi, seperti yang dibayangkan.
'mungkin tiada demand di sini' itu jangkaan nakal saya.
dalam keadaan hujan yang renyai-…

1 + 1 = 2

Image
Assalamualaikum :)

salam  1 Muharam 1432 Hijrah.

dah naik satu tahun Hijrah.
sedar ke tak sedar ni?
atau baru je sedar time TV pasang doa akhir dan awal tahun tadi?
atau sedar sebab esok cuti umum maal hijrah?
atau sedar sebab baca status kawan dekat 'facebook'?
atau masih buat-buat tak sedar?
:)

ye la,
tahun Hijrah,
bukan Masihi.
tak de la besar sangat 'countdown' nya.

tak macam New Year.
kat TV, mesti ada movie countdown.
cerita-cerita best pulak tu. ('pejabat-kotak'!!)
wajib setiap tahun.
tidak dilupa,
mesti semua orang heboh pasal azam tahun baru.
paling kurang,
sambut Tahun Baru dekat jam besar,


lepas tu,
tepat jam 12, wish dekat semua orang "selamat tahun baru'' (sambil jerit-jerit)
tambah pulak,
ada artis nyanyi-nyanyi.
bila dah lelaki bercampur dengan perempuan,
semua boleh jadi.

Astaghfirullahalazim.

kalau tahun Hijrah,
apa je yang ada kan?
paling kurang,
mesti ada cerita TV satu dua yang bermesejkan perubahan ke arah yang lebih baik.
ada sia…

hujan bagaikan mengerti

Image
Assalamualaikum :)
kini sudah masuk disember, monsoon cup bermula, hujan juga bagaikan tidak mahu matahari memancarkan sinarnya,


situasi ini normal.
jangan mengeluh sekiranya baju tidak kering-kering walaupun dijemur selama 3 hari, jangan mengeluh kerana hujan menyekat kebebasan anda untuk keluar bermain bola, jangan mengeluh apabila anda hanya terperap di rumah dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
sebaliknya, bersyukurlah. Alhamdulillah.
kerana Allah menciptakan sesuatu, ada hikmahnya. mudah-mudahan hujan yang Allah turunkan ini bersama rahmat dan kebaikan kepada kita semua, InsyaAllah.
*sejuk*
perkara utama saya nak minta maaf. saya insan lemah.
kebelakangan ini, emosi bercampur, seakan-akan ingin lari jauh dari semua. tidak mampu berbuat apa-apa.
off handphone, offline skype, offline facebook.
untuk apa? kenapa saya lari? saya tidak dapat menerima kenyataan?
saya tahu, saya tidak boleh begini.
sepanjang menyepi, saya cuba betulkan apa yang silap. no more, "what if........" keep reminding myself, saya ken…

Istimewa

Image
Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

terkejut. pelik? jangan pelik.
betul la ni. jangan betulkan skrin laptop anda. kerana ini sesawang sebenar. haha.
tiada lagi corak abstrak, tiada lagi bumi yang dipercikkan air, tiada lagi background hitam yang membuatkan mata terasa sakit.
kerana sekarang. hanya awan dan langit yang cerah, ciptaanNya, yang menghiasi laptop kamu!
tak suka? sukakanlah.
:)


terkenang. teringat kali pertama terlintas untuk menulis. tengah malam 11 Ramadhan 1430H, saya terjaga dari tidur, berfikir mengenai diri, usia yang semakin meningkat, bererti, semakin hampir dengan kematian,
namun,  saya fikir, saya tiada usaha untuk memperbaiki diri, apatah lagi mengejar amal, hari-hari berlalu seakan kosong, tidak membawa erti.
sama dengan sebelumnya.
saya tidak boleh untuk terus begitu. saya tidak mahu dikatakan hamba yang lupa siapa Tuannya. saya tidak mahu.
saya tidak mahu hari-hari saya berlalu tanpa erti, tiada makna, rutin yang tidak mengajar saya apa-apa, saya tidak mahu.
saya m…

ter'delete' dan tulis baru

Image
salam Jumaat yang penuh barakah.

saya tulis.
tulis.
tulis,
tiba-tiba ter'shut down'.

saya tak save.
tak dapat nak post entry tu.

sekarang.
ini bukan entry itu,
entry itu hold dulu.
(saja bg saspens)

cerita benar
saya masih menunggu.
untuk menaiki bukit, memasuki parking, dan membuat pusingan 3 penjuru.
(faham-faham sendiri di mana latar tempat cerita ini hehe)

matahari mula menunjukkan sinar,
letih menunggu makin dirasa,
tekak kian kering,
perasaan mula bertukar.
dari sabar menjadi....

disebelah,
kelihatan seorang kakak yang juga masih menunggu.
ada riak keletihan,
tapi masih mampu tersenyum.
"kita nak apa-apa, bukannya senang, mesti rasa susah dulu"kakak mula bersuara,
tepat terkena diri saya.
malu.
satunya ayat yang sangat menjelaskan keadaan sekarang.

saya lupa.
saya hanya inginkan kesenangan.
saya hanya fikirkan mudah,
sedangkan,
setiap kesenangan itu bermula dengan kesusahan.
Astaghfirullah.

dari jauh,
saya mula tertarik,
kelembutan tutur kata,
keperibadian,
saya m…

nama dia adalah...

Image
Assalamualaikum.

tangan ini terasa rajin menulis.
kejap.kejap.

20 saat je. (ye la tu)


Tinggallah namamu tinggalkan cintamuTinggalkan segala yang dipunya di atas duniaHanyalah dirimu hanyalah amalmuHanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu ''
ini lirik lagu.
lagu siapa?
pastinya bukan Bieber,
bukan juga lagu Shahir,
tapi dia adalah.

Aunur Rofiq Lil Firdaus
atau 'Opick'.


lirik yang cukup memberi makna,
muzik yang kena dengan liriknya.
penghayatan terhadap lagu,
usaha yang murni dalam membentuk insan di dalam diri,
cukup saya gemari.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

antara lagu Opick ;

(klik untuk download)

1.Rapuh
2.Tiada duka yang abadi
3.nyanyian sepi
4.Andai waktu memanggil

dan banyak lagi.

ok.
dah.

note :
sebelum ni, siapa Opick pun saya tak tau,
cuma lagunya 'Alhamdulillah' yang jadi soundtrack dalam cerita Indonesia kat TV3 dulu je yang tau.
ingat lagi tak?

:)

-promosi album.

surat ini bukan dari posmen

Image
Bismillahhirrahmanirrahim.

hujan renyai-renyai.
kedengaran suara-suara Popeye dan Olive dari kaca televisyen.
tv9 mungkin.
adik..adik..
itulah aktiviti ketika hujan.
menonton tanpa henti.
(kamu masa kecik pun tengok jugak kan?)


tak nak cerita pasal popeye,
bukan juga cerita hujan,
tapi,
cerita ini.

saya terima sepucuk surat.
kepada : angah.
(jangan jealous). hehe


isinya berbunyi begini : setangkai cenderahati buat...........
ingin saya berkongsi.


10 karakter utama wanita Islam.

1. Aqidahyang bersih. (jauh dari syirik)

2.Ibadah yang benar. (jauh dari bidaah yang menyesatkan)

3.Akhlak yang mulia. (dapat meyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat seluruh alam)

4.Fizikal yang kuat (mengatur kepentingan jasmani yang merupakan amanah Allah)

5. Fikiran yangluas dan berwawasan. (peka dengan perkembangan semasa)

6. Mampu berdikari.

7.Bersungguh-sungguh dalam jiwanya. (guna setiap kesempatan untuk kebaikan dirinya dan orang lain)

8.Cekap dalam memanfaatkan waktu.

9. Teratur dalam segala uru…

pisau tajam, lembu hitam, dan Hari Raya

Image
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd.

takbir bergema di corong speaker masjid,
juga radio dan televisyen.

oh, sudah raya rupanya. ((kata mereka)
Hari Kemenangan umat Islam yang kedua.
Aidil adha.
atau.
Hari Raya Korban.

walaupun kehangatannya tidak begitu dirasa.
namun,
pengajaran. iktibar. penghayatan,
itu wajib kita amalkan.

...................................................................................................
yang pertama.
10 Zulhijjah.
liar,
ke sana ke mari walaupun diikat rapat.
sampai ketika,
rebah.
Bismillahirrahmanirrahim.
parang diacu, dipotong urat.
darah memancut keluar,
menggelupur.
daging dilapah.
dipotong,
diagihkan kepada umat Islam.

itu antara situasi di pagi raya.

Alhamdulillah.
yang kita harapkan.
pastinya bukan hanya bauan daging melekat di baju,
juga bukanlah untuk menikmati keenakan daging bakar atau daging panggang yang di masak ibu.
tetapi ganjarannya di sisi Allah SWT.


Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh ana…

cerita kamu cerita saya

Image
salam alaik.

sekejap. sekejap.

bosan baca entri saya?

takpe.

ini untuk peringatan saya.

tapi,

kalau ada yang sudi bagi cadangan,

nak komen? saya alu-alukan.

:)

cerita sambungan.


"angah dah ada pakwe?"
wahhh...
teeettttttttttttttt... *konon artis*

"emm..muda lagi.. angah nak belajar dulu"
"oh..kalau ada yang nak kenal, boleh?"
haa...

bab ni sy paling kurang gemar.

macam mana nk cakap ni?

nak sy berterus terang?

atau nk cakap berlapik?

fikir..fikir.. nak kena jaga hati orang tua.

dalam sy berfikir,

"alaaa...takpe.. bukan ape pun.. kenal je.. kawan dulu, lagipun dia ni orang yang jenis sembahyang...dia dah kerja.. ada kereta.." errrmmmmmm....

"dia cakap nak nombor hp angah. nanti angah bagi eh.."   saya serba salah.

seakan-akan mahu lari dari situ.

ingin menutup telinga.

bukan ini yang saya mahukan.

jeritan batin sy tidak didengari.

sembahyang atau tidak, bukan itu yang saya fikirkan.

namun, untuk menghulurkan salam persahabatan,

bukan ini carany…