sopan itu cantik

Assalamualaikum :)

ingat tak saya ada nak post article,
hari tu,
tapi terdelete.
dan post itu saya biarkan dulu.

sekarang.
Alhamdulillah,
saya terjumpa link dalam blog Full time muslim,
Cover Your Aurat Campaign by the pot pet king
terus teringat.
saya ada hutang sesuatu,
dengan kamu.
:)
.
.
.
.
.
"eh, kenapa awak tak pakai tudung?"

"cikgu kata, tak pakai tudung masuk api neraka"

"api neraka.... PANAS......"

"aaa? ye ke? kejap eh"

"abang.....tolong ambilkan tudung adik"

si comel itu kemudian berlari-lari mendapatkan tudung dan terus disautkan ke kepala.

.........................................................................................
Alhamdulillah.
di sebalik tingkap,
saya memerhati.
anak-anak jiran sedang bermain.
(terkenang zaman kecik-kecik dulu)

terdetik hati saya,
pandai budak-budak ni.
kecil lagi mereka,
tapi mereka tahu,
tak tutup aurat,
masuk neraka.

tapi,
KITA?

kita dah besar.
mencecah 20 an,
kita sudah lebih dari tahu berbanding mereka.
dah makan garam lebih dari mereka,
ibaratkan ilmu sudah penuh di dada.
(haha. hiperbola sikit)

nak alasan apa lagi?

"alaaa, 
mereka kecik lagi,
tak dipengaruhi environment lagi.
tunggulah 2,3 tahun lagi,
mesti dah makin singkat punya."

itu mungkin kata kita.
kata kita yang menolak kebaikan,
dengan memberi alasan.

kononnya belum sampai seru.
kalau seru tak sampai-sampai,
tapi ajal dah panggil,
macam mana?

kita tak sempat berubah.
Astaghfirullah.

tak nak macam tu.
kita nak mati dalam iman kan?

jom.
yang dah bertudung,
Alhamdulillah.
tapi, masih perlu perhati,
sempurnakah kita dalam menutup aurat?
ingat,
menutup aurat bukan sekadar bertudung sahaja.

peringatan buat saya juga 


tudung sudah melebihi dadakah?


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar), Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Ahzab:59)


pakaian mesti longgar, tak nipis, tak jarang.
klik sini untuk bacaan lanjut.
:)
agak-agak, siapalah yang memulakan trend macam ni..


secara jujur,
saya khuatir,
trend tudung sekarang,
tudung ekspres, tudung syria, selendang yang pelbagai,
(tudung siti? ianya bukan tudung :))
cantik dipakai,

tapi masih tidak memenuhi tuntutan syarak,
selagi ianya tidak menutup dada,
kain yang jarang sehingga menampakkan leher,
dan ada kalanya,
di penuhi manik dan batu permata yang menambahkan riak kepada si pemakai.

Astaghfirullah.

tak nak macam ni kan?

jom. jom.
yang dah tergerak hati,
cepat-cepat.


'sebab syaitan akan sentiasa mengusik hati-hati manusia yang ingin berbuat kebaikan'


jangan peduli orang kata.
ikhlaskan niat kerana Allah.
kita berhijrah,
ke arah yang lebih baik :)

InsyaAllah.

pssstttt,
sebenarnya,
awak cantik bila bertudung. :)

Comments

acik said…
suka2,,
hehe
umi Hamraa said…
acik, jangan lupa nyapu. hehe
kiki said…
hehe,,btul2..
tp skrg byk jual tdg xpress je..
ssh nk cr tdg yg bese n xjrg..huhu
ipah kite knl tuan blog pot pet 2..hehe
umi Hamraa said…
ye? mcm mane boleh kenal? haaaaaa....
Sumaiyyah said…
Salam... best komen awk, informative :)
umi Hamraa said…
salam sumaiyah,

terima kasih singgah. saya pun belaja lg ni. mntk tunjuk ajar.. :)
Sumaiyyah said…
Salam. Insya-Allah, sama2 kita ajar n belajar.

Ni xde kaitan, tp saja nak bagitau mula2 sy ingat ke blog ini penulisnya lelaki, & blog ni pun utk lelaki, sbb sy bace "reminder for men you".

Rupa2nya "reminder for me n you". Hehe.

Salam ukhuwwah :)
RuMaH TuA said…
Salam...

Perkongsian....

Didik anak cara sunnah Rasulullah s.a.w sejak dari kecil lg...
Macam pakai tudung 2...
Supaya apa?

Supaya,
-Tidak dituntut oleh mereka pada hari akhirat kelak.
-Mereka menjadi anak2 soleh & solehah yg boleh mendoakan kita apabila kita mati nanti.
-Mereka besar menjadi daie2 Allah & menjadi jariah buat kita.


"Benih yg tidak baik, mana mungkin menumbuhkan pohon yang subur cantik"

(",)
assalammualaikum....nak tnye cket ni...klau xblh gna tdung yg nmpak leher,mcm mne nk pin kan tudung????pin kan tudung kt bawah dagu ke???
This comment has been removed by a blog administrator.
umi Hamraa said…
waalykumussalam dik,

maksud akak yang nmpak leher tu, bila kita pakai tudung jarang, contoh macam tudung bawal, selendang2 yang nipis. kan nmpak batang leher kita, even tak nmpak rambut(sebab rambut tertutup dengan skaf)

sbb tu kita kena pakai selendang atau tdung yang tak jarang. supaya aurat leher kita tak terdedah,

Insha-Allah. :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN