Posts

Showing posts from January, 2011

bila malu mengatasi mahu

Image
Assalamualaikum :) saya nak beli Majalah Solusi, saya teringin nak baca, tapi, nanti kawan-kawan saya kutuk saya. mana pernah saya baca majalah macam tu. saya teringin nak dengar nasyid, tapi nanti kalau kantoi dengan diorang, macam mana? malu la wei. saya rasa nak sembahyang jemaah kat surau, dah lama tak pergi surau, selain dari sembahyang Jumaat,sembahyang raya, last saya pergi surau bila duk asrama dulu. tapi kalau nak pergi sekarang, mesti orang pelik kan? saya suka juga tengok orang alim-alim. walaupun saya ni macam jahil sikit pasal agama, biar saya pernah kutuk diorang, cakap diorang skema, takde life kononnya. tapi jauh dalam hati saya, saya teringin jugak nak jadi macam diorang. bila baca-baca artikel dalam internet, terbukak jugak pintu hati saya nak berubah. tapi, entahla.. saya pun nak jadi baik juga! itu jeritan batin saya. tapi, mampu ke saya nak berubah? boleh ke saya nak jadi macam orang-orang lain yang baik tu? macam tak berapa laya

drama epal hijau

Image
Bismillahi walhamdulillah :) 'Telah dihalalkan epal itu' Subhanallah, cerita yang sarat dengan pengajaran, setanding Ketika Cinta Bertasbih, (tafsiran saya) aurat lelaki dan perempuan terjaga, walaupun tiada adegan bersentuhan lelaki perempuan, namun, watak sepasang suami isteri, ibu dan anak lelaki, dapat dilihat, malah dirasa. sangat menyentuh hati. Alhamdulillah. mesej yang dibawa tetap sampai. :) jalan cerita yang mencerminkan pemikiran masyarakat setempat, dialog yang santai, penuh dengan nasihat, penghayatan watak oleh pelakon-pelakon, menjadi salah satu sebab kenapa drama ini wajib ditonton oleh anda semua! tak percaya? tengok sendiri :) tajuk yang sangat menarik, menggunakan epal hijau sebagai 'trademark'. berkisahkan tentang Halim, yang ditugaskan menjaga Pak Cik Kudri, seorang orang kaya yang mempunyai 3 orang anak. nak saya cerita ke atau nak tengok sendiri? (tengok sendiri ye)hehe tak dapat Tv Al Hijrah? jangan risau.

tak suka! tak suka!

Image
Assalamualaikum :) kaifa halukum? bercakap mengenai khabar. selalu kita tanya orang, "awak sihat?" sihat itu merujuk kepada fizikal. tapi sekarang, kita tukar. bagaimana iman kamu hari ini? sihat? hati kamu bagaimana? bersihkah? jangan ada kotor ya. tapi kita, selalu lupa. ada perkara yang kita buat, walaupun kecil, mula mengotorkan hati kita. tanpa kita sedar. contoh. "boringnye hari ni..tak tau nak buat ape" "bowink la aq hr nie" (tak faham betul orang yang tulis macam ni) macam pernah jumpa ayat ni kan? tapi kat mana eh.... try tengok  news feed dalam facebook. ramaikan orang tulis macam ni. mungkin kita pun pernah juga. tolong jangan salahkan masa, tapi kita sebenarnya yang tak reti urus masa boring sangat ke? betul dah tak de keje nak buat? solat dah? kerja rumah, kerja sekolah, kerja pejabat, dah siap? menghebohkan perihal keboringan di dalam facebook. perlukah? sedangkan kita boleh guna ma

comel-lotey

Image
Assalamualaikum. kejap eh, sikit-sikit tengok cermin. "ok tak tudung hari ni? baju ok? ala, tumpah sos nuget pulak. takpe2. tak nampak sangat kotor, ok, dah comel." boleh start jalan balik. perempuan. macam tu la. mula-mula cermin kat bilik, lalu kat cermin kereta, pandang kejap, tingkap gelap boleh jd cermin untuk tengok, cermin di toilet, jangan cerita la. hihi. normal la tu kan, perempuan. nak nampak cantik. biar orang lain tak kata cantik, tapi kepuasan diri sendiri untuk nampak cantik memang sangat tinggi, hah, ambik kau ayat. eh. eh. lelaki pun sama. ingat saya tak tau ke? baju nak nampak kemas, biar tak basuh untuk beberapa minggu. (hiperbola ke?) rambut mestila kena stylo. lepas mandi sikat rambut, bergaya depan cermin. (kajian berdasarkan pemerhatian) haha. cantik ke kita sebenarnya? saya cantik? awak? saya memang cute. :) orang duk puji cantik, comel, cute, chubby, cun, lelaki pulak, macho la ko hari ni. betul

jangan membazir

Image
Assalamualalaikum :) al kisah cerita bermula, saya duduk kampung. air batu campur 1.50 pun dah kira mahal. sekarang kat bandar. ice lemon tea dah 4.50. tak termasuk cukai lagi. kat kampung, makan mee guna garpu. mee tak nak naik, guna tangan je. tak de siapa nak tengok pelik. sekarang kat bandar. kedai bagi chopstick. nak pegang macam mana ni? nak makan dengan tangan, Malu. control la kononnya. haha. apa yang saya nak cakap ni? sebenarnya.. saya dah belanja dengan banyak dalam satu hari, hanya untuk makan sahaja. hidangan sampingan abah, mintak maaf. :( macam ni la kita. lecturer suruh beli buku, kalau boleh nak beli yang paling murah sekali. "photostat boleh puan?" tapi kalau handbag, kasut, baju, takpe mahal pun. yang penting kualiti. ye la tu. alasan je banyak kita ni. kan? . . . . saya tak nak macam tu dah. awak pun. tau? membazir tu amalan syaitan. kawal sikit nafsu, belanja bila perlu je. jangan demand

hati yang kau sakiti

Image
assalamualaikum. saya tahu. perempuan. hatinya lemah. mudah rapuh. mudah kecewa. mudah menangis. tanpa saya sedar. lelaki juga begitu. anggapan saya lelaki tidak akan begitu. tidak akan kecewa, tidak pernah serius. tidak akan sedih. namun, hanya kerana satu. yang bernama Cinta. tidak ada bezanya lelaki dan wanita. kan? awak, jangan sedih. memang. kita akan rasa kecewa. kita rasa, kita dah jumpa orang yang terbaik untuk kita. dia dah banyak ubah hidup kita, dari seorang yang malas sembahyang, kepada seorang yang sembahyang 5 waktu. dari seorang yang mudah putus asa, kepada seseorang yang bertambah yakin, dari seorang yang malas belajar, jadi semakin rajin, dari seorang yang merokok, kepada tidak merokok. dari seorang yang keras kepala, kepada seorang yang 'sweet'. *hehe. perlu ke?* tapi, entah kenapa, sekarang. dia semakin jauh dari kita. dia cakap, dia dah ada orang lain. sakit kan saat tu. rasa sangat sedih. kita dah r

bulan 6, 2011

Image
assalamualaikum :) saya sihat. (tak tanya pun.) fikir. fikir. apa yang saya nak sebenarnya? 1. pengalaman kerja? -pengalaman memang penting. at least, kalau kita tak buat kerja berat2 sangat, kita dapat belajar 'something' kan. 2. elaun bulanan? -perlu. untuk memotivasikan diri untuk buat kerja. 3. dekat dengan famili? yang ni...erm, bergantung jugak kan. kalau kita duduk rumah dan boleh bantu mak ayah,ringankan beban mereka, lagi bagus kita duduk rumah. tapi, kalu duduk rumah, dan susahkan parents, fikir lagi sekali ye. ;) 4. dekat dengan kemudahan pengangkutan? sangat perlu. saya takde Mini coopers dan scooter dan driver lagi. 5. kos sara hidup rendah? bergantung jugak. kalau bandar bandar besar seperti KL, Shah Alam, belanja lebih sikit.. tapi, bandar bandar kecil seperti Kuala Terengganu, sewa rumah jauh lebih murah. ;) 6. senang nak dapat kerja nanti? orang kata,bila employer dengar praktikal dekat Big4(contoh), mesti mereka akan ada higher ex