comel-lotey

Assalamualaikum.

kejap eh,
sikit-sikit tengok cermin.

"ok tak tudung hari ni?
baju ok?
ala, tumpah sos nuget pulak.
takpe2.
tak nampak sangat kotor,
ok, dah comel."
boleh start jalan balik.

perempuan.
macam tu la.

mula-mula cermin kat bilik,
lalu kat cermin kereta, pandang kejap,
tingkap gelap boleh jd cermin untuk tengok,
cermin di toilet, jangan cerita la.

hihi.

normal la tu kan,
perempuan.
nak nampak cantik.
biar orang lain tak kata cantik,
tapi kepuasan diri sendiri untuk nampak cantik memang sangat tinggi,

hah,
ambik kau ayat.

eh. eh.
lelaki pun sama.
ingat saya tak tau ke?
baju nak nampak kemas,
biar tak basuh untuk beberapa minggu.
(hiperbola ke?)
rambut mestila kena stylo.
lepas mandi sikat rambut,
bergaya depan cermin.
(kajian berdasarkan pemerhatian)

haha.

cantik ke kita sebenarnya?
saya cantik?
awak?

saya memang cute. :)


orang duk puji cantik, comel, cute, chubby, cun,
lelaki pulak, macho la ko hari ni.

betul ke semua tu?
ke nak ambik hati orang je kan?

hihi.

sebenarnya kita cantik.
cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

"Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza"

cantik itu kan subjektif,
bukan pada hidung yang mancung,
bukan pada kulit yang putih dan gebu,
bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

tapi cantik itu bermula dari hati,
dan dipancarkan kepada luaran,
iaitu,
akhlak kita, 
pertuturan kita,
aurat kita,
peribadi kita.

bila hati kita bersih,
jauh dari maksiat,
terhindar dari nafsu,
InsyaAllah,
kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt.

jangan peduli dengan pandangan mata manusia,
kerana biasanya kita menilai sesuatu dengan mata kasar,
bukan melalui mata hati.

kadang-kadang kita terlalu mendiskriminasi,
yang mana dilihat hodoh,
dipinggirkan.

yang mana 'hotstuff',
dijadikan kawan.
tumpang glamor mungkin.

haha.
kita.
selalu begitu.

bukankah mereka juga manusia?
dan semua manusia tidak sempurna?

kita ini sempurna kah?

kepada yang cantik dari pandangan manusia,
jangan sombong,
jangan megah dengan cantiknya kamu pada hari ini.

kerana kecantikan itu sebenarnya ujian buat kamu.
bagaimana kita bersyukur dengan nikmat cantik yang Allah berikan.
dan kena ingat,
Allah bila-bila masa je boleh tarik nikmat itu.
sebab semuanya kepunyaan Allah.

kepada yang kurang cantik di mata manusia,
jangan berduka cita,
ingat,
Allah itu Maha Adil,
diberi setiap kelebihan dan kelemahan.
kamu mungkin tidak cun, tidak manis seperti orang lain,
tapi kamu boleh jadi cantik dengan akhlak kamu.

sebenarnya,
yang orang kata dia cantik pun,
tapi bila pertuturan tidak terjaga,
kita mesti nampak sesuatu yang kurang padanya.

dan sebaliknya,
bila seseorang itu kurang cantik,
tapi dengan akhlak yang indah,
pertuturan yang baik,
aurat yang terjaga,
pasti,
akan ada aura cantik yang boleh menarik orang untuk sentiasa melihatnya.

walau sesiapa pun kamu,
cantik atau tidak,
kita kena sentiasa dan sentiasa ingat.
kita bukanlah sesiapa.
hanya peminjam di Bumi Tuhan.
Segala-galanya milik Allah,
bukan hak kita.

jadi,
Bersyukurlah dengan segala kurniaanNya.
say Alhamdulillah, Thank You Allah :)

praktikkan doa ini ketika melihat cermin,
dan untuk memohon akhlak yang baik :

"Ya Allah, sebagaiman Engkau mencantikkan kejadianMu, maka perbaikilah akhlakku."

Moga Allah Redha.
:)

note : awak semua cantik !

note-note :

perasan tak,
bila kita tengok cermin sekali,
kita rasa kita dah cantik,

tapi bila kita tengok berkali-kali,
tenung cermin lama-lama,
mesti kita akan rasa ada yang tak kena,
or dalam bahasa mudah,
makin tak cantik.
jadi,
jangan tengok cermin lama-lama.
tak percaya, try eh.
:)
(boleh pulak macam tu)

Comments

kiwi said…
ipah org comey lotey jgk la..hahaha
izzatghazali said…
btol2.

xpkai 2 keronsang utk balik kg pn bleh jd cantik jgk kan?

hahaha.
SumaiyyahAbidah said…
Kalau sebut tentang cantik di mata manusia, teringat kisah Nabi Yusuf a.s. dengan Zulaikha....

Cantik macam mana pun kita, satu hari nanti akan kembali menjadi tanah, seperti mana asalnya kita. Tetapi kalau hati dan akhlak cantik, kita akan lebih terpelihara kerana itu yang sebenarnya dipandang oleh Allah, Insya-Allah.

Lama tak menjengah dunia blog. Rindu membaca entri di sini. Nak membaca la kejap...:)

-KakNgah
acik said…
sempat ek kamu taip2???
saya said…
salam semua :)

@kiwi :kiwi pun comel jgk!

@along : tak de modal sangat eh? hehe

@kak ngah : Betul2. kadang kita terlebih taksub dengan nikmat yang Allah berikan sehingga kita lupa siapa Pencipta kita. Nauzubillah.
Terima kasih kerana sudi singgah :)

@ acik Najian : sempatttt. :)
Si BuBub said…
kita digalakkan cermin rohani dan peribadi daripada cermin jasmani... pasti terserlah kecantikan keseluruhan pada pandangan yang lain, walaupun tanpa pandangan berkali -kali pada cermin
=)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel