Posts

Showing posts from July, 2010

salah siapa?

Image
assalamualaikum. jam saya pecah, pen saya hilang, assignment salah buat, perkara di atas berlaku serentak.sedih. lebih2 lagi jam itu memiliki sentimental value yang tinggi. tiba2 pecah. salah siapa? [kalut sangat nak pg DK, tu yang pecah] pen itu juga. terjatuh di celah-celah kerusi dalam bilik kuliah. salah siapa? [salah orang belakang yang pass kertas,tiba2 pen tu jatuh] assignment yang mencecah 90% stage of completion, tiba2 dapat tau, bukan itu yang Puan inginkan. salah siapa? [susah la nk jumpa Puan utk buat consultant] saya juga kamu suka menyalahkan orang lain gemar mencari alasan, teringat satu cerita. seorang suami tahu isterinya seorang yang pekak,ingin menguji sejauh mana tahap pendengaran isterinya.baca perbualan di bawah. ... jarak 20 meter... S : Ayangggg..masak apa tu....?   suami tidak mendengar sebarang respon. ...jarak 10 meter... S : Ayangggggggg..masak apa tu..?  suami masih tidak mendengar sebarang respon dari isterinya. ...jarak 5 meter... S :

kita dalam pemerhatian Dia.

Image
bismillahirrahmanirrahim. terjaga dari tidur yang pendek. secara tiba2, saya keluar dari bilik, menghala keluar. dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan. kwn mula tercengang. tidak tahu apa yang berlaku. .......................................... tazkirah maghrib tadi berrmain di fikiran. kenapa kita perlu sombong di bumi ALLAH? sedangkan kita hanya peminjam di bumiNya. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. kita takde ape2pun nak dibanggakan. betul tak awak? saya minta maaf atas apa yg berlaku. sepatutnya, saya kena sentiasa sedar, saya harus beringat, kita dalam pemerhatian dia . oleh itu, setiap saat kita menghirup udara di atas muka bumi ini, kita harus bersyukur. tepat sekali. ALL PRAISES TO ALLAH. ALHAMDULILLAH. note : kita kena sentiasa ingat, ALLAH ada bersama kita walau di mana kita berada. with this reminder, we will not letting ourselves to do the wrong behavior, InsyaAllah. (peringatan buat diriku) *kredit utk along kerana angah telah meminjam ayat along*

cinta episod dua

Image
assalamualaikum. hihi. cinta pandang pertama? anda percaya? atau mainan imaginasi sahaja? tiba2 teringat pasal ni. ada sorang kawan pernah tanya. terketar-ketar saya nak jawab. "emm..no.." "for me, love at the first sight is never exist, because there is just the normal attraction between a man and a woman" cecehhhh..lebih kurang macam tu jawapan saya. dah la subjek english time tu. lagi la saya menggigil. balik rumah, terus saya terfikir. betul ke jawapan saya bg? cinta pandang pertama? wujud ke? pasti ke kita perasaan kita tu bukan sandaran nafsu semata-mata? atau kita lebih tertarik pada luarannya semata-mata? biasala, lelaki tertarik pada yang cantik2, perempuan pun apa kurangnya, tengok yang hensem sikit, start pasang angan2. ingat ni, kalau cinta kita kerana ALLAH, kita pasti akan melaksanakan ibadah kepada ALLAH dengan lebih khusyuk, tapi, kalau cinta kita tu mendorong ke arah lebih banyak maksiat, sah sah cinta kita tu hanya

saya dan modul.

Image
bismillah wal hamdulillah. setelah beberapa minggu berlalu, di bumi IPT tercinta, (betul, betul, betul) rindu untuk menulis tidak dapat digambarkan, namun, kekangan masa, internet membuatkan kita sedar, setiap yang dirancang tidak selalunya menjadi kenyataan. ALLAH Maha Mengatahui segala sesuatu. ingin berkongsi satu cerita. hari ini modul semester ini berjaya dihabiskan. bersama teman2 yang baru dikenali. bayangkanlah. bersyukur.sedih. gembira. -sepanjang modul- kita rasa, mereka susah untuk memahami kita. kita fikir, mereka sisihkan kita, kita mengandaikan, mereka mempunyai satu gerakan anti golongan kita. -satu saat semasa modul- saya pohon, 'please give me a smile' namun mereka langsung tidak begitu. kamu pernah rasa apa yang saya rasa? POSITIF. itu perkataan yang terbaik. saya harus nilai diri saya. mungkin saya juga pernah melakukan hal yang sama, sama ada sedar atau tidak. when you hurt others, others will hurt you. oleh itu, jangan cepa

ayuh,kembali ke sekolah

Image
salam, bismillah. menghitung jam. untuk menaiki bas, pulang ke shah alam. pelbagai perasaan muncul menjadi satu. bercelaru. bagaikan tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada waktu ini. aduhh. simptom 'taknak balik sekolah' yang diilhamkan oleh along mula menyerang. *senyum* kepala mula menunjukkan bintang-bintang, mulut terasa berat untuk berkata-kata. hanya hati yang berbicara. angah-angah. dh besar macam ni pun, simptom tu ada lg ke? YA ALLAH, Kami memohon kepadaMu, Permudahkanlah urusan kami, Jauhkanlah kami dari tipu daya syaitan, Ya ALLAH. Kurniakanlah kepada kami teman-teman yang membawa ke arah kebaikan, bukannya ke arah kemaksiatan. Hanya Engkau sebaik-baik sandaran dan memberi pertolongan. Amin. note : semoga sem baru ini akan membawa sinar yang bermakna dalam diri saya dan juga kamu. rindu semua!