salah siapa?

assalamualaikum.

jam saya pecah,
pen saya hilang,
assignment salah buat,

perkara di atas berlaku serentak.sedih.

lebih2 lagi jam itu memiliki sentimental value yang tinggi.
tiba2 pecah.
salah siapa?
[kalut sangat nak pg DK, tu yang pecah]

pen itu juga.
terjatuh di celah-celah kerusi dalam bilik kuliah.
salah siapa?
[salah orang belakang yang pass kertas,tiba2 pen tu jatuh]

assignment yang mencecah 90% stage of completion,
tiba2 dapat tau, bukan itu yang Puan inginkan.
salah siapa?
[susah la nk jumpa Puan utk buat consultant]


saya juga kamu suka menyalahkan orang lain
gemar mencari alasan,
teringat satu cerita.


seorang suami tahu isterinya seorang yang pekak,ingin menguji sejauh mana tahap pendengaran isterinya.baca perbualan di bawah.

... jarak 20 meter...
S : Ayangggg..masak apa tu....?
  suami tidak mendengar sebarang respon.

...jarak 10 meter...
S : Ayangggggggg..masak apa tu..?
 suami masih tidak mendengar sebarang respon dari isterinya.

...jarak 5 meter...
S : Ayanggggggggggg..masak apa tu..?
tetap sama.tidak ada respon.

suami fed up dan terus berdiri bersebelahan isterinya sambil bertanya,
S: Ayanggg..awak memang tak dengar langsung ke saya tanya?

nak tau isteri kata apa?

I : Awak ni....dah 4 kali saya jawab, masak ayam..masak ayam..awak ke saya yang tak dengar??

berbalik kepada saya,
mengaitkan cerita dengan hakikat kehidupan.
sepatutnya suami tengok diri dia dulu sebelum cakap isteri dia pekak.
betul?
begitu juga saya,
sepatutnya saya nilai diri saya sebelum salahkan orang lain.
tapi kadang2, susah untuk buat keputusan yang betul semasa perkara itu sedang berlaku.
cakap memang senang,
tapi nk buat sesuatu yang positif,
mesti ada hasutannya.

Ya ALLAH,
Ampunkanlah dosa hambaMu,
Aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam.
Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Istiqamah,
cekalkan hati.
fikir positif,
betulkan niat.
kerana ALLAH swt.


note : peringatan buat saya dan kamu.
(terima kasih akak, sudi berkongsi cerita.)

Comments

takpe ipah...sy pun pernah pecahkan jam yg sy syg...sebab, sy marah kat budak lelaki kat maktb dulu..sy jalan-jalan, then, sy g tumbuk dinding dari sisi...lepas tu...
erm, panggg.. muka kaca dia, retak terus...tinggal nk hancur je.. huhuhu..isk2.. sedih. nk buat mcmane slh sndiri..hehe...
wan said…
moral of the story lepas geram anda kat tempat yg betul..hehe

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri