Posts

Showing posts from 2022

NGO : Perlu Audit Ke?

  NGO : Kuasa ketiga Badan bukan kerajaan atau Non- Governmental Organisation (NGO) atau badan bukan keuntungan ( Non-Profit Organisation ) merupakan organisasi yang tidak kurang penting di dalam sesebuah negara selain daripada badan kerajaan dan syarikat bermotifkan keuntungan. Kuasa NGO dilihat besar bukan sahaja untuk membantu rakyat dari segi kebajikan malahan mampu untuk menggesa kerajaan mengubah polisi dan dasar negara. Perbezaan ketara sesebuah NGO dibandingkan organisasi lain adalah sumber pendapatan yang diperoleh dibenarkan untuk mengumpul dana awam bagi menjalankan objektif penubuhan. Tidak hairanlah jumlah pendaftaran NGO di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Namun, banyak persoalan timbul apabila NGO ini terpalit dengan tuduhan seperti pecah amanah, mengambil kesempatan atas kemurahan rakyat dalam menderma, bantuan yang tidak sampai kepada sasaran utama dan lain-lain. Hal ini mungkin disebabkan kurang pemantauan efektif yang diberikan kepada NGO dan kurang keseda