perjalanan mencari cinta.


Lepas dari balik jumpa Imad, aku rasa macam serba tak kena.  Nak kongsi masalah aku dengan dia boleh je. Sebab dia pun dah berubah lepas balik dari UK tahun lepas. Mungkin dapat hidayah kat negara sana. Kot. Tapi aku kalau boleh tak nak ganggu dia. Mesti tengah pening-pening nak fikir majlis kahwin dia, dengan kerja lagi. Hmm.

Turun dari lrt, naik motor. Singgah ke tasik titiwangsa sebab macam malas lagi nk balik rumah. Ramai jugak orang time tu. Aku jalan je. Tiba-tiba tengah jalan tu, ada orang langgar dari depan.

‘Eh sorry bang. tak sengaja’

Aku pandang. muka still mencuka.

‘Abaaaang Ayid! Abang ayid kan? Kenal lg tak sy?’

Ohh. Junior sekolah dulu. Apa tah nama dia. Memang banyak mulut sikit budak ni.

‘Alaaa Qayyum la ni. Eh abang, jom la join kitorang makan depan sana’

Dia tunjuk kat satu bangsal ada bumbung. Dalam 4,5 orang jugak member dia kat sana.

Tiba-tiba je dia ajak. Dan tiba-tiba jugak aku ikut. Entah kenapa aku rasa dari aku jalan tak de arah tujuan camni, better  ikut je la junior ni.

‘Maaf lambat. Ni senior masa sekolah dulu. Abang Ayyid’

Aku hulur tangan salam dengan kawan-kawan dia. Ni ada program apa sebenarnya? Aku dah macam salah masuk kandang je ni. Tengok masing-masing muka macam stok imam muda. Siap si Qayyum tu bahasakan diri ‘ana’ lagi.

Ada apa sebenarnya ni?

..

Balik dari tasik, rasa macam terbakar buat kali kedua. Lepas dari kisah Timah, aku tahu kali ni efek tu lebih lagi. tertusuk masuk dalam hati.

Terus masuk dalam bilik, rebah badan atas katil, pandang kipas tengah duk berputar.

‘Semua perkara yang Allah jadikan atas muka bumi ni diaturkan oleh Allah. Kita datang ke sini ber'rehlah', berukhuwwah sebab Allah yang izinkan.Alhamdulillah tsummal Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk kita mencari bekal sebanyak-banyaknya untuk ke kampung kekal kita, Akhirat yang kekal abadi.’

Intro Qayyum lepas dah habis kenal-kenal sambil makan pisang goreng dengan ikan kembung celup tepung. Aku dh start meremang. Tapi aku tadah telinga jugak. Sebab setiap yang budak ni cakap, macam memang tuju kat aku. dush. dush.

‘Nak jadi baik memang susah. Sebab nafsu kita, musuh utama kita syaitan memang sentiasa ajak ke arah kejahatan. Tapi jangan risau. Sebab Allah bagi kita senjata. Dengan doa.’

‘Doa sungguh-sungguh. Doa dengan penuh yakin yang Allah dengar doa kita. Contoh macam ‘Ya Allah, aku nak jadi baik. Bantu aku ya Allah’. As simple as that. InshaAllah, Allah akan mudahkan jalan kita ke arah kebaikan. inshaAllah’

Dari tingkat rumah, aku dengar azan isyak.

Aku bangun.  Ambik wudhu. Aku nak mengadu. Aku nak doa. Sebab aku tahu DIA dengar. 


(...bersambung)

<< perjalanan mencari

Comments

Fazreen Misbae said…
Hidayah itu sgt manis..dtg tanpa kt sdr dan dtg dgn penuh kemanisan..Allahuakbar..

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri