dia budak biasa, ke sekolah agama.

Assalamualaikum.

: untuk semua pelajar sekolah agama.

hari pertama dia menjejak kaki ke sekolah ini.
semua pelajar banat (perempuan) pakai purdah, jujur, dia rasa malu amat. kerdil amat.
dia tak nak duduk sini!
tapi jeritan dia tak siapa yang memahami,
pakaian dia biasa-biasa saja. dan hari pertama ke sekolah dia memakai seluar,
bertambah rasa malu, bertambah rasa 'tak-layak'nyaaaaaaaaaa.

tapi diturutkan jua.
dan kisahnya di sini, bermula.

'kisah budak biasa masuk ke sekolah agama'
:)

errk. kena pakai tudung setiap kali keluar bilik? padahal jarak bilik dengan tandas hanyalah 10 langkah atau mungkin jugak kurang.

kena pakai baju kurung dan jubah je bila nak keluar pergi makan?

dan banyak lagi yang lainnya sekolah ini dibandingkan sekolahnya dulu.

sesi pembelajaran sehingga jam tiga setengah petang,
terdapat tiga aliran, Akademik Tahfiz, Akademik Syariah dan Tahfiz Sepenuh Masa.
sesi pagi bermula dengan halaqoh, masa yang diisi untuk menghafaz dan bertilawah,
pelajar perempuan dan lelaki diasingkan kelas, dan diletakkan dalam aras yang berlainan,
mathurat dan al-mulk diwajibkan selepas subuh, maghrib dan sebelum tidur.
manakala pelajar lelaki akan solat witir selepas prep malam sebelum tidur,
tidak dibenarkan untuk memakai pakaian tidak menutup aurat.
makan di dalam dulang,
dan pelbagai lagi peraturan lainnya.

pelajar banin solat berjemaah di dewan sekolah.


bunyi lagaknya seperti ngeri bukan?
hoho.
tapi tidak lah sengeri seperti berada di puncak klcc sambil kita merenung ke bawah.

tapi dalam masa kurang sebulan dia di sini,
dia mula menyesuaikan diri.
dia mula belajar. banyak perkara.

tentang kehidupan.

...

"Akak, cerita la sekolah akak dulu"

"Hmm. cerita apa yaa. bagi akak, sama je kat sekolah asrama mana-mana pun"

"Ye ke. tapi akak kan [menyebut nama sekolah] dulu. mesti lain"

"Erk.. kalau awak rasa awak kena denda dah teruk, akak pun dulu macam tu jugak. malahan, akak rasa dulu lebih lagi. roll call sambil berdiri separuh, tangan ke depan pukul dua tiga pagi rasa macam dah biasa. kalau tak jahit tengah tudung pengawas stapler macam tu je tudung akak, etc etc "

"Iyaa? ok la tu dari kami"

"Hmm. tak best ke awak rasa sekolah ni?"

[Masing-masing tersenyum simpul]

"Tapi akak rasa jeles dengan awak semua sebenarnya"

...

jujur akak cemburu.
cemburu sebab adik-adik hafaz Quran pada usia kami tengah duk main-main tepi koridor tunggu habis prep malam lagi,
adik start tutup aurat dengan sempurna di saat kami masih lagi compang camping cari alasan tak nak pakai stokin,
adik mula faham ukhuwwah fillah pada masa kami gaduh-gaduh dengan budak lelaki lagi,
adik tahu makna halaqoh pada saat kami masih lagi merungut sebab tak boleh miss solat jemaah-kalau tak kena denda,
cemburu sebab telinga adik sentiasa terpasang ayat suci al-Quran pada masa kami tengah sibuk lagi buat buku lagu salin lirik siti nurhaliza.

susah nak cakap. sebab kadang-kadang kita tak nampak apa yang Allah bagi depan mata,
sebab duk sibuk tengok mewahnya, selesanya orang lain di luar sana.

'some people are wishing to be like you. and you are wishing to be like them'

tak perlu untuk kita persoal,
tapi sebaliknya kita terima dengan rasa syukur.

Alhamdulillah.
ada sebab kenapa Allah aturkan kita di sini kan?

tenangnya sungai di belakang sekolah. gambar sewaktu halaqoh.


adik-adik akak,
bersyukur lah.
adik-adik beruntung, sebab sekurangnya adik dah ada ilmu agama,
cuma atas niat sama ada nak praktik sebab 'terpaksa' atau ikhlas hanya kerana Allah.
dan inshaAllah, semua nya kerana Allah, kan?

adik sebenarnya, belajar lebih dari kawan-kawan adik kat luar sana.

dan akak harap sangat,
bila dah keluar dari sekolah ni pun,
adik akan istiqamah dalam menutup aurat, dalam menghafaz Quran, dalam bermujahadah untuk taat perintah Allah.

adik-adik tak perlu nak rasa 'down', tak perlu rasa menyesal, tak perlu rasa asrama macam penjara,
which is akak rasa semua orang yang sekolah asrama mesti akan cakap macam tu jugak.

tapi fokus dengan apa yang adik ada sekarang.
belajar sungguh-sungguh, hafaz sungguh-sungguh.
biar nanti, bila graduasi dari sekolah,
adik bergaya cemerlang dengan keputusan akademik, dapat gelaran 'hafiz/hafizah'
dan tambah osemness bila amal dan akhlak adik pun cerminan islam itu sendiri.
:)
inshaAllah.

buktikan pada mereka, adik bukan hanya layak menjadi ustaz-ustazah,
tapi adik lah kader-kader dakwah yang akan menegakkan islam di muka bumi !


ala kulli hal (beyond all this),
akak kagum dengan adik-adik sekolah agama,
namun,
akak tak pernah menyesal dengan masa lampau,
sebab those sad-happy moments make who I am today
kita tidak mungkin dapat memutarkan masa,
tapi kita mampu untuk menjadi lebih baik di masa sekarang dan akan datang.
inshaAllah.

dan paling penting,
akak banyak di tarbiyyah oleh adik-adik.
walau betapa sukarnya untuk akak kejut bangun subuh,
tapi pesan abah,

"Dugaan pelajar agama ini lain. kalau kita yang biasa-biasa ini dibisik oleh syaitan-syaitan kecil. mereka yang menghafaz ini pasti diserang oleh mereka(syaitan) yang tidak kurang hebat pangkatnya"

'perjalanan menjadi solehah, itu tarbiyyah. tidak akan ada titik noktah'


jadi memang kena sangat faham.
dan adik-adik pun kena kuat dalam melawannya!
hwaiting!

jom. sama-sama.
kita berusaha.
yang mana kita kurang, kita tambah.
yang mana kita lebih, kita kongsi.
teruskan ingatkan diri akak,

sebab cita-cita kita menuju matlamat yang sama kan?
untuk capai redhaNya.
:)

...

pukul tiga, hari isnin, sehari sebelum pmr 2012,
pelajar-pelajar tingkatan tiga sedang mendengar amanat pengetua.
hujan lebat mengiringi alunan zikir munajat.

banner adik-adik untuk kakak abang tingkatan tiga.


sayu.
kenangan pmr di sekolah lamanya berulang.
rindu.
dan dia di dalam pejabat berjeriji besi,
berdoa penuh harap.




'semoga adik-adik dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, dan dipermudahkan dalam segala urusan'


ameen.


 "Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman"
(Aali Imran :139)
 

p.s :info lanjut mengenai sekolah 'akak' ini, boleh tekan sini :) pendaftaran pelajar untuk sesi 2013 sedang dibuka!

Comments

Faz.M said…
betul..penah jgk terfikir psl ni..rasa rugi sgt sbb dlm usia mcm ni hanya mmpu hafaz surah2 ringkas..

cemburu?

mmg pn sbb rasa rugi sgt tak belajar agama sungguh2 dr dulu..

Thank u for sharing this entry.. :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN