reflections: tesis dan viva

bismillah, walhamdulillah

24th August 2016
"Congratulations Nurul Iffah, we have decided to give you a pass with..."
alhamdulillah,
rasa lega
biar terasa 3 bulan pembetulan yang diberikan terlalu lama
tapi sebenarnya atas daya usaha sendiri
berapa lama yang diambil untuk menyiapkan 'corrections'

"it does not the matter of minor/major. most students sometimes will feel down with the term. in fact, we actually give extra times to finish the corrections" -SV

InshaAllah sir,
akan buat yang terbaik.

...

ternyata perjalanan post grad tidak sama
jangan bandingkan yang bekerja dengan yang belajar
jangan samakan post-grad research dan coursework
jangan rendahkan yang sedang struggle Graduate On Time dengan yang lama sedikit masa yang diambil

pengalaman 10 subjek yang diambil sebelum tesis
berjalan seperti yang dirancang
kurang lebih pengajian seperi degree sahaja
attend class, assignment and presentation, dan di hujung sem ada exam yang menanti
markah cgpa diperoleh, dan yeay menanti sem baru dibuka

masuk tahun yang seterusnya
bermula alam research yang penuh dengan suka duka
bermula dengan pemilihan tajuk
sehinggalah kepada viva
ada sahaja mood turun dan naiknya

kerana mujahadah yang dilalui tidak sama
dan ini pengalaman dia dan tesisnya.

sekadar perkongsian,
moga ada manfaatnya.

...

*ini adalah berdasarkan pengalaman 20 sen dalam perjalanan masters by mix-mode. kajian tesis 12 credit hours dan mungkin tidak sama dengan mod pengajian yang berbeza ;)*

1. start menulis walau apa cara sekalipun. jangan bertangguh! bagi saya, the biggest challenge of thesis writing is to write. sebab kita mungkin faham sesuatu perkara. tapi untuk tulis tu.. Allahu, how to put in words? nak keluarkan whats in the mind, so that readers and most importantly examiners faham apa yang ditulis.. its a real battle. ffuhh. tapi ala kulli haal, cuba sehabis baik, doa diberi ilham oleh Allah untuk mudahkan urusan kita. apa yang dipelajari untuk overcome this is, just write. walau sedikit sahaja contengan (draft) yang dapat dibuat pada ketika itu, walau hanya satu paragraph, atau satu sentence, let it be. sebab minda akan bergerak bila tangan mula menaip. jangan tinggal tesis terlalu lama. nanti akan lama juga masa nak warming up balik. ;p 

atau kalau rasa too tired of daily work, bukak thesis, betulkan formatting. edit table/figure ke, references ke, atau cari artikel (dan baca! dan cari point dalam artikel yang boleh support tesis kita!)

2. sedia satu buku nota (journal to success) untuk kita tulis anything, everything inside that. luahan hati, to-do-list,catatan berkenaan dengan tesis. since SV was appointed, he asked me to write on every reflections I have gone through. terima kasih, sir. contoh lepas jumpa sv surely perasaan yang macam-macam.

contohnya: "dah buat macam ni, kena edit balik", "SV tak faham ke kita dah buat macam-macam" sambil berhuhu -- tapi yakinlah itu yang terbaik untuk kita. dan gunanya buku ini adalah... bila kita rasa sedikit lemah (baca: down), baca balik apa yang ditulis. inshaAllah, kita akan dapat sedikit kekuatan. dan buku ni boleh kita simpan untuk anak-anak, cucu cicit baca kelak, as to inspire them. 'ibu dulu belajar, bukan senang..' gituu

*Contoh* klik untuk besarkan.


3. surround yourself with the positive people
bina support system yang baik. ada orang cakap postgrad ni kamu akan sentiasa rasa keseorangan, lonely journey. bagi saya, this is up to you! you choose to be alone, or to be in group. memang tesis akan kita buat seorang, (and guided by supervisor) tapi most of the time, kita boleh untuk update bersama rakan-rakan seperjuangan yang tentunya pursue master juga, dan if possible yang sama area of research with us. create satu whatsapp group (contoh) untuk luahkan apa sahaja perasaan atau share info berkenaan tesis, atau sweet getaway (baca: hangout) bersama-sama. ramahkan diri dengan student lain, be willing to learn (jangan sombong), and doakan kejayaan sahabat-sahabat lain!

4. doa untuk dapat supervisor yang memahami
awal-awal sem lagi, mohon doa pada Allah, untuk kita peroleh SV yang memahami, boleh tolong kita dan guide us sepanjang kajian. sebab kita akan bersama dengan SV untuk satu tempoh yang panjang, setahun atau 2 tahun dan perlu ada satu chemistry untuk get along with him/her. kalau bertuah, dapatkan SV yang akan push kita untuk siapkan kerja, at least kita boleh ada target untuk siapkan satu chapter sebelum jumpa SV. or else, kita macam terumbang ambing tiada siapa yang ingin peduli. err hiperbola di situ.

5. finish what you have started
the beginning is always the hardest. memang di pertengahan jalan, kita akan rasa down, rasa kenapa lah ambik master dulu-dulu. kerja lagi best, dapat duit, tak perlu fikir complicated. errmm ye ke. tapi ingat balik 'why we choose to have masters degree at the first place?' atau in other words, purify balik intention kita. nak dapatkan ilmu, untuk amalkan dan sumbang pada orang lain, remember? 

6. able to motivate yourself independently
tesis ni buat kita tengok perkara yang sama setiap hari. no other person can help you, other than yourself. kita yang determine bila nak kena siap, bila nak habiskan data collection, bila nak jumpa SV, nak tulis kat bilik or pergi library etc. tiada siapa akan memaksa atau sedia jadual untuk kita. dan sebab itu, kena set target dan hala tuju. dan disiplin dengan jadual yang dibuat. (tapi sikit-sikit terdistract tu perkara biasa huhu) . normal kalau rasa semangat, tiba-tiba lost kejap, tapi MESTI put efforts untuk bangun balik. selalu bisikkan kata-kata positif dalam diri. if needed, cari masa untuk pause (muhasabah) dan get some time alone to think and regain the fresh start!

7. never compare yourself to others!
just, please don't. perjalanan kita dan orang lain berbeza, dia mungkin kita nampak senang je, laju je dapat ilham nak tulis, senang je collect data, cepat je habis writing. tapi kita.. slow nya progress.. :((
this comparison will make us to feel down and think to quit. nauzubillah. jangan menyerah sebelum kalah. alhamdulillah kita diberi kesusahan, sebab Allah nak kita belajar lebih lagi. inshaAllah ada kemudahan bersama kesusahan. boleh jadi susah sekarang, tapi Allah nak bagi kesenangan nanti kan? yakin!

8. 24 hours/7 days to spend on thesis, is no good too
whyy? sebab kita ada banyak masa lapang (if stay in campus). walk out! sibukkan diri dengan aktiviti kebajikan/ attend program universiti, conference, talks, yang sebenarnya turut sama membantu kita in social development. kenal dengan lebih ramai orang, learn new things, effective time management. so that our soft skills will be enhanced. kita bukan selamanya bergelar pelajar kan? soon to be in working place, ada keluarga dan engaging dengan masyarakat di luar sana. rugi lah kalau tak grab this advantages masa di uni ni. lagi molek kalau ada usrah/ kelas-kelas agama. boleh kumpul saham untuk di alam 'sana'. kita kan nak untung dua-dua kan :)

9. work smart
spend some time untuk belajar macam mana siapkan tesis cepat dan graduate on time; daripada article search, sampailah pada software yang membantu untuk tesis kita. contohnya mendeley, atlas.ti, SPSS dan lain-lain which kena attend extra classes untuk belajar ni. spend some money and time to invest dan beli buku yang related. even microsoft word pun diajar sekali, in order to help us write faster. follow page Post Graduate uni masing-masing (mesti ada), page FB dan blog Dr OT dan group-group lain di laman sosial. inshaAllah, ada manfaatnya!

10. doa doa doa
kuatkan hubungan dengan Allah dan He will help us inshaAllah. be sincere dengan Allah, solat on time, Quran jangan tinggal walau sehari. bangun malam for tahajud, solat hajat. sunat dhuha. luahkan whatever that we feels to Him. sebab yang Maha Memulihkan hati, yang Maha Memberi Petunjuk itu Tuhan kita, yakni Allah. He knows everything dan He gives yang terbaik untuk kita. tapi kalau kita sendiri sombong, who else gonna help us? minta mak ayah, spouse, kawan-kawan untuk sama-sama mendoakan kejayaan kita bersama. boleh jadi asbab doa mereka makes who we are today kan?

11. put aside all the gadgets and turn off wifi
sangat mencabar teknologi sekarang,  tengah semangat nak tulis tiba-tiba whatsapp masuk, ada orang comment IG, then spend too much time ke situ pulak. argghh distract nyaa. 'too advances make us too dependent', thus we must put certain limits! kita yang kawal dia, bukan dia yang kawal kita. inshaAllah boleh! yang saya praktikkan biasanya off kan wifi or mobile data di handphone dan laptop, cari siap-siap artikel yang nak cite, cut and paste dalam words, highlight kuning, then re-write/rephrase. kalau sosial media, kalau susah nak kawal sangat, deactivate dulu for 1-2 months bergantung pada keperluan. kadang-kadang set timers dekat handphone. around 30-45 minit. bila dah bunyi tu baru boleh tengok handphone. boleh cuba macam-macam cara sebenarnya. tapi kalau kita ni jenis yang memang jiwa kental, boleh tahan godaan boleh je nak waive tips ni. yang penting, fokus!

semasa viva


1. senyum seikhlas hati, be in the state of clear mind. ingat, examiners bukan untuk meng'fail'kan student, but they are willing to help us in our thesis. they want us to do better. 

2. get ready dengan soalan-soalan spot yang mungkin ditanya. prepare bersama jawapan juga. lain examiners, lain caranya. sebab berdasarkan pengalaman masing-masing. tapi soalan yang akan ditanya ; mostly "why you choose this method/ this Research Questions/ ROs?", "do you expect the similar or different results?, "how significance is your thesis? to me, if google pun boleh dapat cari". haa, tak ke ketaq lutut nak jawab tu. eh. 

3. respect the examiners, chairperson dan our supervisor yang akan berada bersama-sama dalam bilik viva itu nanti. walaupun mungkin examiners akan nyatakan pandangan mengikut perspektifnya, kita jangan cepat melenting. kawal emosi dan never blame our supervisor! 

4. respond to every questions. takes time to think. diam sekejap itu perlu, sebab examiners kalau tengok kita diam kejap, nanti she will help us by extending or rephrasing the questions. cara kita jawab juga penting. kalau tak setuju "yes, this method maybe useful in that phenomenon (as suggested by examiners), but in other article the method also use to....". kalau setuju dengan comment, you may answer "I will improve on that later". remember, manners make a man

5. be confident in presenting your work. prepare depan cermin, 2-3 days before. sebab viva ni is all about examiners nak tau are you the one who done the research. or other words, originality of the thesis. don't forget to record timing as well. if more than 20 minutes masa preparation (viva masters di uia 20 minutes), normally masa viva tu mesti akan jadi sharp on time or less than that. sebab kita akan tend cakap laju masa tengah nervous, kan? 

with that,
bismillah.

...

dear *mention your name here*,

congratulations! alhamdulillah,
you have reached this stage. you already risk your life by taking this journey, do not turn back. jalan terus, and buat kerana Allah. inshaAllah ada pulangan yang manis menanti. Allah tahu yang terbaik untuk kita kan? 

enjoy setiap fasa dalam kehidupan, grab this chance to learn and to give as much as you can, ask Him of every steps and guidance. jangan lepas pergantungan dengan Allah.

not all people have guts enough to pursue till PHD, but you know the reason of your decision right?
Allah choose us. and should perform our very best. 

doa yang baik-baik untuk semua orang supaya yang baik-baik juga akan sampai pada kita.

inshaAllah,

saya doakan,
moga kita semua peroleh kejayaan, di dunia dan akhirat
dan dapat menyumbang kepada negara dan ummah!

ameen.



doakan saya juga,
Nurul Iffah
teman seperjuangan.
iffahnurul91@gmail.com


Comments

Syuhada said…
Been there and done that. :') Masa dalam proses tu rasa lamaaa sangat nak settle, alhamdulillah once done, tiba-tiba rasa susah payah tu hilang.

Congratulations, awak! All the best untuk PhD pula, ya? Moga dipermudah. :)
umi Hamraa said…
betull sangat, rasa lamaa sgt nk habis kan tu. thank you awak!
syuhadaa dah sambung phd ehh?
Anonymous said…
Terima kasih iffah atas perkongsian, sebetulnya saya hampir give up dengan belajar saya. lepas baca apa yang iffah tulis buat saya rasa semangat untuk teruskan perjuangan belajar ni.

Semoga terus success dalam apa jua yang awak buat ! saya doakan semua urusan awak dipermudahkan aamiin...
umi Hamraa said…
@Anonymous

MashaAllah, almost 1 year baru perasan komen ni. Terima kasih atas doa2. dan moga Allah permudahkan urusan awak juga ! Jalan terus, Allah Maha Mengetahui setiap hambaNya

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN