Posts

Showing posts from 2015

dan monyet itu bersuka ria

berjalan menuju ke mahallah
butang power pada hp nya dibuka
ada missed call
dari rumetnya

sekeping mesej masuk.

'Iffah, there are so many monkeys in your room. Sorry, I don't know what to do' - Rihana
langkahnya terhenti
monyet.. lagi?

belum reda dengan igauan monyet yang 'melawat' bilik bulan lalu,
ada pula kawan mereka yang ingin ziarah sama

akal ligat memikirkan apa lah makanan-makanan yang ada di bilik sebagai 'santapan tetamu istimewa'

ohhhh!

kuih raya.
dan kerepek-kerepek raya

yang niatnya ingin dijamu pada kawan-kawan nanti
excited terlebih, mungkin kerana kuih yang dibuat sendiri
*walaupun  terlebih bakar sikit heh*

langkah dicepatkan
diminta rumetnya membukakan pintu biliknya
takut
sekiranya ada lagi seekor dua yang masih 'bermain' di dalamnya.


alhamdulillah,
..

dari tingkap biliknya
tudung merah kosong dilihatnya sepi
baru saja tadi beberapa ekor monyet sibuk berebutkan balang putih
biskut raya sudah tidak kelihatan,
hanya tinggal habuk-h…

#akudanramadhan

Image
"Memberi bukan kerana mereka yang kekurangan, tapi kita yang memerlukan"

Mak menyusun kuih satu persatu ke dalam dulang. 
Nampak mak letih. Tapi mak tak pernah mengeluh. Untuk sesuap nasi kami. Seawal 730 pagi mak mula mengadun adunan, menguli, dan menggoreng. Sehinggalah jam 330 petang gerai mak di bazar ramadhan dibuka. 

"Kalau orang lain boleh sedeqah banyak-banyak bulan ni, mak takde apa yang nak bagi. Tapi bila orang datang gerai mak, mak akan letakkan kuih lebih dari jumlah yang dibeli. Sebab mak yakin, rezeki dari Allah tak kan pernah habis kalau kita selalu memberi"

Allah. 

Mak bukan orang senang. Tapi hati mak, akhlak mak, sentiasa menyenangkan ramai orang. :')

Bukan ibadah itu tersekat pada banyaknya juzuk Quran yang dibacakan, namun ramadhan yang sebenar, lebih kepada amalan kebajikan yang dilakukan dengan sepenuh penghayatan. 

Walau mungkin sekecil amalan, namun besar di mata Tuhan. 

Ramadhan, bulan tarbiyah. 
Bulan memberi sebanyaknya. 
Kerana amalan kebaika…

#reflection: Ibu Yusroh yang dirindui

Image
Bismillah,

Ummi Yoyoh Yusroh, yang dicintai yang dirindui
saya tak kenal Ummi,  tapi saya nak sangat jumpa ummi di syurga nanti
saya nak bisik pada ummi terima kasih sebab jadi inspirasi sebab kisah ummi hidupkan hati-hati
saya tak pernah taaruf dengan ummi, tapi saya tahu ummi sangat dicintai Allah sampai ke hujung nyawa pun ummi tetap senyum  sebab dapat pulang pada Pencipta dengan jiwa yang Allah redha dan ummi ada bekal untuk dipersembah pada Nya
yaAllah  teringinnya  :')
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam SyurgaKu"
dari dulu Ummi aktif dalam politik kat sana [baca : indonesia] sebagai ahli DPR Dewan Perwakilan Rakyat tapi tak sesekali pun ummi jadikan tanggungjawab sebagai penghalang malahan ummi bertambah rapat dengan Allah ummi sempat baca Quran tiga hingga 5 juz sehari kalau bukan bulan Ramadhan
Allah muliakan ummi dikurniakan zuriat yang r…

is,tighfar

21315

"nak minta alihkan banner, sebab rasanya akhawat lagi suka kalau khemah lebih privasi..takpe ke?"
"signage patutnya logistik atau tugas-tugas khas yang buat eh? sebab ramai dah complaint ni"
"press conference kena tukar tempat? .. hah? cancel pula? errk tempat yang kita duk prepare tadi.. untuk apa ya?"

...
mencabar. sangat banyak perlu dimuhasabah dan istighfar.
pertama kali ditaklifkan dalam logistik dan pertama kali juga mengendalikan program yang besar skalanya fikir dua tiga kali juga untuk diberikan nama risau kalau tidak diletakkan hak yang sepatutnya "allahumma yassir"
dan ternyata aturanNya tersangat indah subhanallah
walau penat berkejaran ke sana ke mari namun ruh program sempat juga dirasai 
benarlah ukhuwah yang terjalin atas dasar kecintaan kepadaNya terasa amat manis sekali melihat akhawat tersenyum mesra tangan dijabat kanan kiri pipi dipertemukan jernihnya mata, yang sukar diungkapkan
ini kah yang dinamakan
cinta..?
harmoni su…

al ukht : teaser

"Apa lagi yang lebih mengharukan...Bila mana mereka sentiasa mengingatkan tentang Tuhan"
Jalan pulang beiringan dari bulatan gembira, kakiku tersepak dengan batu yang menghalang jalan. 
Langkahnya berhenti. Duduk, dan mengalihkan batu ke tepi jalan. 
Aku pandang dirinya. Dia tersenyum. 
Arhh. Al ukht itu selalu mengujakan!
...
"Kalau boleh ana tak nak jadi golongan yang gugur"
"Karangan Fathi Yakan?"
Dia mengangguk. 
Fasa keletihan, fasa kesibukan ditambah dengan tanggungjawab dakwah yang menjadi kewajiban kadangkala mengundang rasa ingin "menjauh". 
Rasa ditambah dengan hasutan halus musuh mukmin yang nyata, tidak pernah jemu membisik kejahatan. 
Astaghfirullah. 
Tapi mereka datang memberi pesan, 
"Gerabak dakwah ni, takkan pernah terhenti sebab berhentinya kamu. Tapi, kamu rasa kamu boleh berjaya dengan ketepikan dakwah?"
"Bukan lancarnya kamu bertazkirah di hadapan mutarabbi yang menjadikan kamu hebat, tapi murabbi yang hebat b…