al ukht : teaser

"Apa lagi yang lebih mengharukan...Bila mana mereka sentiasa mengingatkan tentang Tuhan"

Jalan pulang beiringan dari bulatan gembira, kakiku tersepak dengan batu yang menghalang jalan. 

Langkahnya berhenti. Duduk, dan mengalihkan batu ke tepi jalan. 

Aku pandang dirinya. Dia tersenyum. 

Arhh. Al ukht itu selalu mengujakan!

...

"Kalau boleh ana tak nak jadi golongan yang gugur"

"Karangan Fathi Yakan?"

Dia mengangguk. 

Fasa keletihan, fasa kesibukan ditambah dengan tanggungjawab dakwah yang menjadi kewajiban kadangkala mengundang rasa ingin "menjauh". 

Rasa ditambah dengan hasutan halus musuh mukmin yang nyata, tidak pernah jemu membisik kejahatan. 

Astaghfirullah. 

Tapi mereka datang memberi pesan, 

"Gerabak dakwah ni, takkan pernah terhenti sebab berhentinya kamu. Tapi, kamu rasa kamu boleh berjaya dengan ketepikan dakwah?"

"Bukan lancarnya kamu bertazkirah di hadapan mutarabbi yang menjadikan kamu hebat, tapi murabbi yang hebat bila mana rapatnya hubungan dengan Allah"

Allahu.  
Setiap butir kata mereka, pasti tidak jemu membawa hati balik kepadaMu. 

Al ukht itu, selalu menguatkan!

...

"Meow. Meow"

Seekor kucing datang melawat kawasan berdekatan kami sewaktu rehat berkonferens riang. 

Dek sedikit geli dengan kucing buat aku sedikit mengelak dan dia datang cuba memancing perhatian si kucing. 

"Awak taknak makan ke?"

"Takpela. Akak makan dulu. Ana jaga kucing ni dulu. Nanti akak tak boleh makan"

Aduuhh. Lembutnya perilaku mereka. 

Al ukht itu, selalu saja mencairkan. 
 :')

Atau aku saja yang mudah "terasa" sejak kebelakangan ini?

Sentuhan al ukht- kerana dengan setiap sentuhan itu, 

Meng-ingatkan
tentang
Tuhan. 


Alhamdulillah. 


Ps: nak sambungggg lagi sebab terlalu banyak cerita2 mereka yang mengingatkan. IAllah moga diberi masa dan ruang. :) rindu nak menulissss

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN