Posts

Showing posts from June, 2019

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN

Image
Assalamualaikum,  Nak save pengalaman di blog pula. Rujukan untuk saya terutamanya (untuk adik Hamraa pula nanti, Aminn) Sebelum ni, saja berkongsi di group di FB. Tanpa disangka admin Pa & Ma dah publish di website mereka. Alhamdulillah, saling berkongsi kan?  https://www.majalahpama.my/hati-kena-cekal-pengalaman-dan-cara-ibu-ini-cerai-susu-badan-bila-anaknya-2-tahun/?fbclid=IwAR2espJZNH5iQP-AuA-LfKQiUhTJ9arelKroMAKAsYZzYgpnTkAeRMWZLKs . . Alhamdulillah, 12 Disember lepas, genap 2 tahun menyusukan penyejuk mata, Ameena Hamraa. Nak berkongsi pengalaman dengan  # bfmembers   semua  :) 1. Mak dan ayah kena bersedia , nak dekat dekat anak 2 tahun tu, kena kerap remind anak.  "Hamraa dah nak 2 years, dah besar, tak boleh minum susu umi dah, nanti minum susu yang abi buat ya." 2. Start introduce susu yang nak bagi pada anak lepas umur 2 tahun nanti. Contohnya fresh milk, susu full cream. Saya start perkenalkan pada anak masa umur setahun lebih lagi