Posts

Showing posts from December, 2013

usrah itu manis (bahagian dua)

Image
Empat pasang kaki melangkah menghampiri kawasan kereta. Bergelak ketawa teringatkan banyak peristiwa yang 'tiba-tiba' sepanjang 6 jam di kawasan hutan rekreasi itu.
dan tiba-tiba,
"QN, QN,

tengok ni..."
Allah Allah.
serpihan kaca cermin sebelah penumpang motokar ungu milik QN itu berkecai memenuhi ruang tempat duduk dan sebahagiannya jatuh ke tanah
terkelu lidah seakan meremang
"QN, sabar eh. sabar"
xxx
"Kak A nak bawa kita ke mana ni? hari tu pernah cakap nak ke Putrajaya kan?" 
masing-masing meneka di dalam kereta. rasanya macam nak piknik tapi disuruh pakai treksut
hmm
tapi kami turutkan saja. disuruh berkumpul, kami setia
diarah ke sekian sekian tempat kami akur
tidak tahu sejak bila sungguh tsiqah kami padanya  dan kami sayang padanya uhuk uhuk
dan rupanya treng teng teng...
"eksplorasi bumi Allah"
tema program tertera di banner di pintu masuk
arrrh murabbiah kami memang suka memberi kejutan misteri ;)
dan kami ditugaskan sebagai pem…

surat untuk anak abah

Image
Salam buat puteri abah -kakak ;

dua puluh tahun lalu
masa kakak keluar dari rahim mak,
abah gembira sangat
abah syukur tak terkata
sebab Allah hantar khalifah comel untuk abah dan mak

abah nak didik anak abah
jadi serikandi solehah
macam Siti Khadijah, macam Siti Aisyah
itu niat abah

tahun demi tahun
kakak membesar jadi anak yang cerdik
alhamdulillah
tapi biasala kadang-kadang kakak merajuk tarik muka empat belas juga

abah ingat lagi
masa sekolah rendah
kakak pernah memberontak,
kenapa tak dipasang astro di rumah,
kakak malu,
kononnya susah nak sembang dengan kawan-kawan  kalau tak tau perkembangan cerita
aduhai anak abah
bukan abah tak mampu
tapi abah rasa tv banyak bagi keburukan dari kebaikan
lagipun abah rasa siaran yang ada
lebih dari cukup
kakak bukan tengok tv selalu pun

lama juga kakak buat mogok
lama-lama mengalah juga

masa balik kampung rumah atuk
kebetulan kawan-kawan tokwan tengah siang-siang ikan di tepi rumah
kakak dengan selamba saja cakap
rumah atuk busuk bau ikan
aduh…