Posts

Showing posts from September, 2011

dia dan 'high heels'nya.

Image
Assalamualaikum :)                         ‘tuk tak tuk tak’ Derap kaki yang lengkap berstokin coklat itu melangkah, Langkahnya begitu teratur, tersusun sekali, Satu persatu, Menuruni tangga, Bimbang kalau-kalau high heels coklatnya tercium tangga, Ditambah dengan stokin dan permukaan kasutnya yang agak licin, Menambah ketidakstabilan dia yang memakai. Hari itu hari pertama dia, Biar dalam hatinya terselit seribu satu rasa, ‘malu la, tak pernah-pernah pakai, mesti orang tengok aku pelik’ Tapi dia tekad. Bagaimana mahu jadi kebiasaan bila tiada langkah pertama? Peristiwa lama kembali terlintas. Sedang bersiap ke kelas, Stokin disarungkan, Kemudian dicabut kembali, Dilemparnya ke sebelah loker. Hatinya berbolak-balik. Resah. Antara tuntutan dan kebiasaan. Dia termenung di penjuru katil bilik. Berfikir. Niat sudah ada, tapi takut untuk melaksanakannya. ‘Dulu kat MRSM boleh je pakai time nak pergi prep, kenapa ye?’ ‘Sebab dulu w

dan dia bertemu jodoh akhirnya.

Image
Assalamualaikum, “Ipah, kalau saya kahwin awal, macam mana?” “Haha. Jijah, saya rasa awak tak habis belajar lagi dah kahwin.” Dari bawah katil 2 tingkat itu, Ketawa kami pecah juga. Peristiwa itu sudah 3 tahun berlalu, Masih segar di ingatan. Dan tidak disangka, Gurauan saya rupanya ada benarnya. Alahai Jijah.  Dalam kalangan kami, memang Jijah yang paling layak untuk kahwin dulu, jijah lah yang pandai masak, Jijah lah yang berciri keibuan,  Jijah lah yang paling ramai peminat. (oops, tersebut pulak) hehe. Jujur, Saya gembira untuk awak, Biarpun terkejut, Saling tidak percaya. Lewat petang itu, Jijah memanggil. “Ipah, bila saya dah tengok kad kahwin saya, baru saya rasa saya akan nikah” tapi, seminggu selepasnya, Jijah memanggil lagi. “Ipah,macam tak percaya je saya akan nikah, sebab  banyak persiapan dibuat oleh keluarga di kampung” Saya gelak sahaja. Sekejap percaya, sekejap tak percaya, Pastinya hati Jijah