Tuesday, September 13, 2011

dan dia bertemu jodoh akhirnya.


Assalamualaikum,

“Ipah, kalau saya kahwin awal, macam mana?”

“Haha. Jijah, saya rasa awak tak habis belajar lagi dah kahwin.”

Dari bawah katil 2 tingkat itu,
Ketawa kami pecah juga.
Peristiwa itu sudah 3 tahun berlalu,
Masih segar di ingatan.

Dan tidak disangka,
Gurauan saya rupanya ada benarnya.
Alahai Jijah. 

Dalam kalangan kami,
memang Jijah yang paling layak untuk kahwin dulu,
jijah lah yang pandai masak,
Jijah lah yang berciri keibuan, 
Jijah lah yang paling ramai peminat. (oops, tersebut pulak)
hehe.

Jujur,
Saya gembira untuk awak,
Biarpun terkejut,
Saling tidak percaya.


Lewat petang itu, Jijah memanggil.
“Ipah, bila saya dah tengok kad kahwin saya, baru saya rasa saya akan nikah”
tapi,

seminggu selepasnya,
Jijah memanggil lagi.
“Ipah,macam tak percaya je saya akan nikah, sebab  banyak persiapan dibuat oleh keluarga di kampung”

Saya gelak sahaja.
Sekejap percaya, sekejap tak percaya,
Pastinya hati Jijah sedang berdebar-debar waktu itu.
Biasalah.

Dek kerana Jijah adalah yang pertama dalam batch kami yang memilih untuk menjadi ‘pioneer’
Pastinya tajuk ‘Jijah dah nak kahwin-terkejutnya saya!’ menjadi bualan hangat,
Masing-masing mula mengorek rahsia,
‘Dari mana mereka kenal’
‘Suami dia orang mana, umur berapa, kerja apa’
Dan pastinya saya, teha dan cenun adalah orang yang paling kuat diserang untuk mencungkil rahsia jijah.
Haha.

Ramai yang menyatakan komen,
Dan antaranya yang sedikit tersentap adalah komen Lisma,
“Orang lain bercinta bagai nak rak, sekali jijah yang senyap ni yang kahwin dulu”

Haha.
Betul!
Saya kagum dengan jijah,
Tak bazirkan duit untuk bercall-calling,
Tak bazirkan masa untuk keluar dating,
Kan jah?
Syariaat terpelihara, maruah dijaga :)

Alhamdulillah, :)
Semoga berbahagia sehingga ke syurga..
*Ima kata : pengantin ribena*

2 September 2011.
Hanya dengan 3 kali pertemuan untuk membeli persiapan majlis perkahwinan,
Jijah selamat menjadi zaujah buat Ibrahim,
Alhamdulillah :)

3 hari lepas,
Saya berpeluang bertemu Jijah,
Maaf dihulur atas ketidakhadiran semasa walimah,
*jah, ipah nangis bena,sebab tok leh g..*

Dengan inai yang masih merah di jari,
Dengan cincin kahwin yang melekat kemas di jari manis tangan kiri,
Saya percaya,
Jijah bahagia.
Dan sangat bahagia,
Dengan jalan yang dipilihnya,
Dengan suratan dan takdir Allah buatnya.

Untuk awak sahabat saya dunia akhirat,
Alhamdulillah,
Semoga Baitul Muslim yang dibina,
dapat melahirkan generasi soleh wa muslih, InshaAllah :)


Jangan letakkan cinta suami sebagai yang pertama,
sebaliknya letaklah cinta Allah, cinta Rasulullah mendahului cinta kepada suami,
kerana cinta Allah lah yang akan menyalurkan perasaan cinta buat zaujmu.
Semoga perkahwinan yang kalian bina membawa mawaddah, rahmah dan sakinah,
sehingga ke Syurga :)
InshaAllah.


...

Beberapa hari sebelum jijah bergelar ‘Puan’,
Saya teringat gurauan jijah,
“kahwin lah cepat-cepat Ipah, nanti anak kita sebaya”
Haha. 
saya? Senyum sahaja.




p/s : 
buat mereka yang dah ter'couple', cepat-cepatla kahwin. awak tak nak tanggung dosa lama-lama kan?

13 comments:

-n0n0- said...

kak pom nk kawen.. :)
doa kan kak kawen cepat.. :)

nur hidayah said...

ipah..kite like "ipah cepat-cepat kahwin,nnti ank kite sebaya"
pas ni ipah la nmpk gaya nye..:)
hehe

ima said...

eh ade jgk name kte? hehe

khayla fadwah said...

lepas ni turn ipah pulak? :)

saya said...

@kak aida,
InshaAllah,adik doa kak bertemu jodoh cepat2.
nati kahwin jangan lupa jemput adik :)

@nur hidayah,
haha. ipah tunggu dayah dulu. tak boleh langkah bendul :)


@ima,
mesti la ada :)


@atie,
Ipah lambat lagi..
atie dah ada mr ilham kan? cepat suruh dia masuk meminang :)

priNceSs faNtagHiRo said...

gembira tngk org kawen mcm ni..semoga berkekalan hendaknya..hee..soalan same..iffah ble pulak?:)

hazirah maulizan said...

waa, so sweet. xsangke kan? nk camni gakla. kawin je trus, xyah nk kaple2. hehe.

saya said...

@princess fantaghiro,

Aminn. eh,tanya kita pulak eh?
InshaAllah, lambat lagi rasanya :)
nanti princess kawin, jangan lupa jemput kita tau :)

@hazirah,
sweeeeeeeeettt sangat. masa jumpa jijah tu kan, memang kita rasa seronok. sebab jijah sweet dengan couple yang halal.
ha jelita,cepat2 la kawin. hehe.
jangan lupa jemput ipah. :)

ixora said...

Assalamualaikum..
ipah.. thanks sgt bt entry pasal sy ni..
eh, name sy ada jgla ima.. hehe
doakan kebahagiaan kami sampai ke syurga, insyaAllah..
Moga msjid yg baru dibina ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dariNya, amin

IZYAN KAHER said...

may Allah be with them :)

eh, ipah bila ???? :D

saya said...

@izyan, Aminn. :)

eh, gempa bumi hari tu berlaku kat mana ye? (lari dari soalan) hehehe. :)

syuhadaadros said...

setuju dgn p/s tu.

saya nak tegur kawan2 yang couple, tak cukup kuat, tak cukup hikmah.

saya cuma mampu doakan diorang cepat2 kawin jek. lemah nya iman.. :{

Madz 'Awadah said...

assalammualaikum....tahniah yer....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...