dia dan 'high heels'nya.


Assalamualaikum :)
                       

‘tuk tak tuk tak’
Derap kaki yang lengkap berstokin coklat itu melangkah,
Langkahnya begitu teratur, tersusun sekali,
Satu persatu,
Menuruni tangga,
Bimbang kalau-kalau high heels coklatnya tercium tangga,
Ditambah dengan stokin dan permukaan kasutnya yang agak licin,
Menambah ketidakstabilan dia yang memakai.

Hari itu hari pertama dia,
Biar dalam hatinya terselit seribu satu rasa,
‘malu la, tak pernah-pernah pakai, mesti orang tengok aku pelik’
Tapi dia tekad.
Bagaimana mahu jadi kebiasaan bila tiada langkah pertama?

Peristiwa lama kembali terlintas.
Sedang bersiap ke kelas,
Stokin disarungkan,
Kemudian dicabut kembali,
Dilemparnya ke sebelah loker.
Hatinya berbolak-balik.
Resah.
Antara tuntutan dan kebiasaan.
Dia termenung di penjuru katil bilik.
Berfikir.
Niat sudah ada, tapi takut untuk melaksanakannya.

‘Dulu kat MRSM boleh je pakai time nak pergi prep, kenapa ye?’
‘Sebab dulu wajib pakai’
‘Semua orang kalau boleh nak tunjuk stoking dia la yang paling cantik’
‘Walhal beli kat Giant RM 0.99 je’
‘Stokin mesti nak sama kaler dengan baju’
‘Kata orang, biarlah sepadan’ *gelak-gelak kecil*
‘Kalau ada kartun-kartun tambah dengan riben-riben kat belakang, lagi la bertambah kecomelan si pemakai’

Ok dah ok dah.
Panjang pula dia melalut.
Tapi itulah, ada betulnya.
Kaki itu kan sebahagian aurat perempuan,
Anggota yang wajib ditutup di hadapan lelaki bukan mahram,
Tapi tak ramai yang sedar,
Atau mungkin buat-buat tak sedar.


Dia teringat ceramah Ustaz Azhar Idrus di youtube,
tak kisah la awak nak pakai stokin ke tak,
asalkan kaki tertutup.
Nak labuhkan kain ke, 
nak pakai kasut but pun takpe.
Geli hati dia apabila membayangkan dia memakai but kuning ala-ala Pua Chu Kang.


*saya chop tudung pink!*

Lamunan terhenti apabila dia sampai ke kelas.
Konsentrasi belajarnya hari itu sedikit terganggu,
Takut ada mata yang memandang ke kakinya,
Dia cuba bercakap dengan hatinya.
kembali mengingatkan niat,
untuk apa dia memakai stokin?
untuk apa dia menutup aurat?
pandangan manusia atau redha Allah?

‘Allah ada, Allah ada’
‘I am pleased when Allah pleased with me’

 Dia tahu,
Jalan mujahadah bukan mudah,
Bukan semudah beratur untuk membeli tiket ‘The Smurfs’
(3 tahun lepas mana keluar lagi the smurfs, hehe)
Tapi jalan ini yang menentukan,
Bagaimana kita di ‘daerah sana’.

Untuk kawan saya yang sudah mula memasang niat,
Alhamdulillah,
Jangan hentikan niat itu,
Tapi kita kena ingat,
Selesaikan yang asas dulu,
Dalaman kita yang perlu kuat,
Aurat kita yang lain sudah tertutup sempurnakah?
Sembahyang kita sudah cukupkah lima waktu?
Solat lima waktu kita itu di awal waktu kah?
Kerana dengan solat itu,
Sumber kekuatan kita.
Bila dalaman itu kuat,
Pasti proses untuk kita mujahadah, menutup aurat dengan sempurna,
Akan dipermudahkan olehNya, Pencipta kita.
InshaAllah.

Berbalik kepada cerita dia.
Kelas hari itu seakan berlalu dengan pantas,
Perasaannya lebih tenang dari pagi tadi,
Alhamdulillah,
Tiada mata yang pelik memandang,
(mungkin ada, tapi dibiarkan sahaja).

Hujung minggu itu, dia tekad.
Kasut yang baru yang lebih selesa, perlu dibeli. 
Harus!
Supaya langkahnya tidak lagi canggung apabila memakai stokin.
High heels coklat yang sedang dipakainya itu dipandang,
dan andainya ia boleh bersuara,
pasti ia tahu nasibnya kelak!



p/s : dan ini hanyalah cerita dia. Kita, bagaimana?


Comments

khayla fadwah said…
high heels coklat?

iffah...... tqvm :)
princess said…
alhamdulillah iffah . thanks iffah . best lah entry ni . insyaAllah , kte akan perbaiki diri ni . da lme dah tgglkan mrsm kan . jarang dah diingatkan . thanks again iffah : )
saya said…
@atie,

sama2 dear.. :)

@princess,
your welcome. ifah pun peringatkan diri jugak.
sama2 kita change towards better okay?
InshaAllah :D

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri