Posts

Showing posts from March, 2011

menginjak ke angka 2. selamat hari lahir, saya.

Image
Assalamualaikum :) "eh, pelik ni. orang nak wish birthday pun tak nak. kalau nak buat disable wall kat facebook pun, baik delete je account tu." aduii awak, sabar. sabar. kerana itu, ada sebabnya. bukan hanya sekadar wish 'HB' di wall fb yang saya mahukan, tapi, hanya seuntai DOA.   itu yang lebih baik. hari lahir. seperti selalunya, disimbolikkan dengan kek, hadiah, lilin, parti dan belon. beginikah caranya? jika begini, alangkah luluhnya hati insan yang tidak pernah meraikan hari lahir sebegini dalam hidup mereka. betulkah? tak dapat yang real, kek pun jadi. :) erti 'happy birthday' buat saya. menginjaknya angka, itu sudah pasti. dari 19 ke 20. saya semakin tua. dan, dekatnya dengan mati. ini satu kepastian. kenapa perlu menafikan? kedua, bertambahnya tanggungjawab. saya bukan lagi nurul iffah yang berusia 7 tahun, yang sering dirotan atas tarbiyyah emak kerana tidak memakai tudung ketika bermain, saya juga bukan lagi

baju kurung.tarikan mata lelaki?

Image
Assalamualaikum :) sayup-sayup kedengaran di suatu tempat. "ko nak tau tak, kawan aku cakap kan, orang laki ni, kalau tengok perempuan tutup aurat, terutama yang pakai baju kurung , jubah ke, daya imaginasi mereka lagi ' power' .  mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membayangkan yang tak sepatutnya. tapi kan, kalau perempuan yang tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, seluar ketat,  mereka tak kisah pun. sebab dah sedia nampak dari luar kan.." amboi-amboi awak, semangat benor duk bergosip ha. kawan-kawan mereka dah start pandang-pandang saya dah. 'mungkin tengok saya pakai baju macam mana' hati saya berbisik. cakap siang pandang-pandang dik. saya menunggu sebenarnya. apakah kesimpulan yang mereka cuba ungkapkan. ada dua kemungkinan. yang pertama. 'so, kita tak payah la pakai tutup aurat kan, senang sikit. baru laki tak bayang lebih-lebih' hahahaha. gelak sikit. pandai la awak cari alasan ye. tak nak tutup aura

bahagia seperti cinderella?

Image
Assalamualaikum. kita pohon bahagia, kita ingin bahagia, tapi bahagia itu di mana? "saya nak kerja dengan syarikat besar, saya nak kahwin dengan boyfriend saya, saya nak bawak kereta sport, saya nak duduk rumah banglo, saya nak ada anak-anak yang comel" dan, saya akan hidup bahagia, happily ever after. ye ke macam tu? hello, awak! bangun. tu kisah dongeng cinderella boleh la. kenapa nak tunggu sampai dapat semua tu baru rasa bahagia? sekarang tak bahagia? "err. entahla, sekarang biasa-biasa je." "saya dah bahagia sekarang, saya ada ramai kawan-kawan yang faham saya, boyfriend2 yang sweet dan hensem, keluar shopping sama-sama, family saya bahagia dan kaya, apa yang saya nak, semua dapat,  so, saya rasa happy :)" hmm, bahagia kah begitu? deep inside your heart, tak rasa ada sesuatu yang hilang? bahagia itu sebenarnya di mana? nak rasa bahagia? mungkin kena pindah Tanjung Rambutan. oopss. terlepas. soorrrryyyyy. d

tak nak geram2 dah tau.

Image
Bismillahi walhamdulillah. "eiii. geramnya aku rasa tengok dia ni, menyampah betul la. dia ingat dia bagus sangat. cerita bukan main letop, buat satu apa pun tak jadi. ishhh...geramnyaa!!!" haa, pernah rasa tak macam ni? tiba-tiba je, kita rasa menyampah, geram kat orang, padahal sebelum ni, kita ok je dengan dia. tapi, entah kenapa, datang angin tak kena, rasa menyampah je kat orang ni. bila dah rasa geram kat orang, habis semua orang yang ada kat sekeliling, kena tempiasnya jugak, tiba-tiba je jadi takde mood. orang tanya, kita buat senyap. buat tak tahu je. muka jangan cerita la, kalau boleh nak semua orang tahu yang kita tengah takde mood a.k.a badmood sekarang, kawan-kawan pulak, ada yang baik sikit, respon pun baik, tengok kita takde mood, dia faham. layan je la. tapi kalau yang jenis melawan, hah,  terus dia pun masam muka jgk, ye la, antara effect badmood adalah orang lain pun rasa geram n takde mood jgk bila tengok muka yang masam kalah cuka tuh. ish.ish. t

unik itu mereka.

Image
Assalamualaikum :) hari pertama: mereka malu-malu. tersipu-sipu. memandang dan tersenyum. memandang lagi. mereka sebenarnya bimbang andai mereka tidak diterima, selama ini, pergaulan mereka terbatas bersama suku kaum mereka sahaja. namun, kehadiran kami yang juga pertama bagi mereka, beraktiviti bersama, makan bersama, bermain bersama. meninggalkan seribu makna, buat mereka. majoriti dari mereka adalah bukan Islam, semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT, :) walaupun mereka dilihat jauh ketinggalan, tapi, percayalah. mereka punya kelebihan lebih dari kita, fizikal yang kuat, jiwa yang kental. semangat yang tidak mampu ditafsirkan. sekental nama mereka. 'Ranggis', 'Salom', 'Reman', 'Naila', 'Dickson', 'Atan'. masuknya hari kedua , malu mereka terhakis, sedikit demi sedikit. mereka begitu bersemangat. menjerit sehingga sakit anak tekak mungkin. mengemas juga, bayangkan. kita, untuk membersihkan

kenapa kakak pakai saya punya?

Image
Assalamualaikum :) "dik, masuk dik,   tengok-tengok baju, murah je baju ni. kalau kat luar, akak jual 18. tapi kat sini, akak bagi 10 je. labuh baju ni. adik pakai legging, pakai inner, mesti cantik la dik." haa? apa kak? legging? errr. terkejut dengar akak tu cakap. istighfar panjang. perasaan ingin cepat keluar dari situ. kata kawan sebelah , "akak ni, agak2 la sikit nak cakap macam tu. tengokla kita pakai macam mane" saya senyum sahaja. kata orang : eleh, ko ni. kolot la. legging pun nak kecoh. dah orang pakai inner tu takpe pulak? ok ape pakai legging pun, baju dah labuh la.. kata saya: hmm. cantik ke pakai macam tu? nampak habis apa yang tidak perlu dinampakkan, hot ke? bukan apa, perempuan yang tengok pun dah rasa malu, apatah lagi mereka yang bermata keranjang. legging. tutup aurat ke? "tutup la. legging tu kire subtitute seluar la" awak, salah tu. dalam Islam, kita disuruh menutup aurat, bukan membalut