tak nak geram2 dah tau.

Bismillahi walhamdulillah.

"eiii. geramnya aku rasa tengok dia ni,menyampah betul la.dia ingat dia bagus sangat.cerita bukan main letop,buat satu apa pun tak jadi.
ishhh...geramnyaa!!!"

haa,
pernah rasa tak macam ni?

tiba-tiba je,
kita rasa menyampah, geram kat orang,
padahal sebelum ni, kita ok je dengan dia.
tapi, entah kenapa,
datang angin tak kena, rasa menyampah je kat orang ni.

bila dah rasa geram kat orang,
habis semua orang yang ada kat sekeliling,
kena tempiasnya jugak,
tiba-tiba je jadi takde mood.

orang tanya, kita buat senyap.
buat tak tahu je.
muka jangan cerita la,
kalau boleh nak semua orang tahu yang kita tengah takde mood a.k.a badmood sekarang,

kawan-kawan pulak,
ada yang baik sikit, respon pun baik,
tengok kita takde mood,
dia faham. layan je la.

tapi kalau yang jenis melawan,
hah, 
terus dia pun masam muka jgk,
ye la,
antara effect badmood adalah orang lain pun rasa geram n takde mood jgk bila tengok muka yang masam kalah cuka tuh.
ish.ish.
teruk kan?

so macam mana tak nak bagi rasa geram kat orang?
macam mana nak hilang badmood?
macam mana nak jadi macam biasa je?

tak nak masam-masam. ;)

mustahil ke?

tak.
sebab,
segalanya berpunca dari JIWA.

kalau jiwa kita kotor,
banyak la serangga yang hinggap,
senang la lubang-lubang geram, hasad, benci untuk duduk dalam hati kita.

sebab tu rasa gelisah,
tak tentu arah,
benci sana, benci sini.

tapi,
bila JIWA kita bersih,
jiwa kita positif,
segala-galanya akan jadi positif,
dengan izin Allah SWT.

paling utama,
kita mohon kekuatan dari Allah.
sesungguhnya kita tiada daya, melainkan daya yang diilhamkan dari Allah.

Ya Allah,
bantulah aku. jauhkan aku perasaan gelisah, jauhkan perasaan benci kepada orang ini, Ya Allah.

kerana segala-galanya yang berlaku di atas muka bumi,
adalah percaturan Allah.
jadi,
selayaknya kita untuk kembali kepada Allah SWT.

betul?

bila kita faham ini,
kita akan rasa,
hidup kita ini hanya lah 'lillahi taa'la'
semuanya kerana Allah.

bila rasa gelisah, rasa sedih, rasa sepi, rasa sunyi, rasa lapar,
usah risau, Allah ada untuk kita.
mintalah kepada Allah.
InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya.

bila kita diberi nikmat,
kita bersyukur.

bila kita ditimpa musibah, diberi ujian,
kita tak cepat melatah,
kita sabar,
kita redha,
terima aje.
itu ketentuan Allah.
Allah knows best.

"Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30)

barulah kita rasa,
hidup berTuhan yang sebenar,

kat mana-mana pun kita,
di shah alam, frankfurt city, australia, jepun, uk, cairo,
semua tempat, setiap keadaan, setiap saat,
Allah bersama-sama kita.


jadi,
kita kena yakin dengan Allah,
setiap saat kita sedar Allah.


Iman itu PERCAYAKAN ALLAH,
bukan hanya sekadar percaya adanya Allah.

yakinlah dengan Allah,
kebergantungan kita hanya padaNya.

barulah kita akan rasa bahagia.
tidak ada benci membenci.

bahagia bukan terletak pada harta,
tapi bahagia sebenarnya pada JIWA.
bahagianya rasa bila kita semua hidup dengan syariaatNya. :D

jom,
sekarang, sedar diri kita,
sedar yang Allah sentiasa ada untuk kita,


sentiasa kembali pada Allah walau apa jua keadaan pun.

ok?
InsyaAllah.

note :
kita sebenarnya tidak akan pernah rasa bahagia selagi kita tidak kembali pada Allah SWT.

Comments

ima said…
syukran ipah :)
picairin said…
like...wanna share it...
Sumaiyyah said…
Lama KakNgah tak bertandang ke sini. Bukan tak mahu, tapi kurang masa untuk blogwalk.

Anyway, "Iman itu PERCAYAKAN ALLAH,
bukan hanya sekadar percaya adanya Allah." Suka statement ini. Pernah tengok satu video ni ,bak kata penceramah tu "To believe IN Allah, is different from believing Allah." To believe IN Allah means to believe in His existence, while to believe Allah means to believe what He says, does, etc. As Muslims we have to do both. Percaya akan kewujudan Allah dan percaya kepada firman-firman dan janji2Nya.

Thanks for the reminder. It's always good to come here and read your thoughts. Salam from KakNgah (yang sudah lama tak update blog, hehe)
umi Hamraa said…
Salam alaik.

ima : afwan dear, ;) kita hanya wakil Allah untuk sebarkan ayat2 Allah..

picairin : tafadhhol. kita sama2 ingat mengingati, InsyaAllah.. ;)

kak ngah : rindu nak baca tulisan kak ngah. mintak dengan Allah, permudahkan urusan kita untuk teruskan perjuangan Islam. InsyAllah..
kiwi said…
ipah geram ko spe.??hehe =p
btw..nice entry

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN