unik itu mereka.

Assalamualaikum :)

hari pertama:
mereka malu-malu. tersipu-sipu.
memandang dan tersenyum.
memandang lagi.

mereka sebenarnya bimbang andai mereka tidak diterima,
selama ini,
pergaulan mereka terbatas bersama suku kaum mereka sahaja.

namun,
kehadiran kami yang juga pertama bagi mereka,
beraktiviti bersama,
makan bersama,
bermain bersama.
meninggalkan seribu makna,
buat mereka.


majoriti dari mereka adalah bukan Islam,
semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT,
:)

walaupun mereka dilihat jauh ketinggalan,

tapi,
percayalah.
mereka punya kelebihan lebih dari kita,

fizikal yang kuat,
jiwa yang kental.
semangat yang tidak mampu ditafsirkan.
sekental nama mereka.
'Ranggis', 'Salom', 'Reman', 'Naila', 'Dickson', 'Atan'.

masuknya hari kedua,

malu mereka terhakis,
sedikit demi sedikit.

mereka begitu bersemangat.
menjerit sehingga sakit anak tekak mungkin.

mengemas juga,
bayangkan.
kita, untuk membersihkan tandas,
tunggu 2,3 kali orang suruh baru start nak buka pili air,
tapi itu bukan mereka.
bagaikan sudah sebati.
mereka memberus apa yang perlu,
setiap dari mereka ada tugasnya,
sekecil-kecil tahun1 sehingga sebesar-besar tahun 6,
bekerjasama,
langsung tiada yang culas.

terharu.

dalam bermain juga.
mereka begitu aktif,
berlari, letih, berlari lagi.
sehingga kami yang keletihan.
bagaikan tidak mampu dikawal.

adik-adik kakak,

mereka dahagakan perhatian.
yang perempuan,
tidak mahu berenggang bersama kami,
pasti baju kami ditarik, dipeluk dari belakang,
ingin sentiasa dekat dengan kami.

yang lelaki,
mengajak untuk berlari bersama mereka,
mereka datang mencuit pinggang,
dan kemudian, berlari,
tujuan hanya satu,
ingin kami mengejar mereka.


sepanjang di sana,
modul demi modul.
Alhamdulillah.
selamat diberikan dengan pendekatan yang berbeza,
asalkan objektifnya tercapai.
untuk memberi sedikit pendedahan betapa pentingnya ilmu buat mereka.


mencabar.
ingin memahami dialek mereka yang berbeza,
kadang-kadah terpaksa 'ha? apa dik?' banyak kali,
kesukaran dalam mengawal keaktifan pelajar,
tapi pengalaman itu yang mengajar untuk lebih bersedia pada masa-masa akan datang.

hari terakhir :
setiap program pasti ada penutupnya.
mural di bilik TV diabadikan,
dijadikan kenangan.
cop tangan mereka dilekatkan di situ,
tanda mereka bersama kami.

sebelum berpisah,
air mata kami tertitis jua.
sebak untuk meninggalkan,
namun, tugas fasi perlu diakui,
klien itu datang dan pergi,

walau sekejap cuma,
ikatan ini terjalin.
namun akan kekal di hati sehingga akhirnya.

sekarang :
bagai terngiang-ngiang suara 'cekgok' (panggilan bagi cikgu) di telinga,
nyanyian lagu 'kalau berpacaran' dan 'khalifah' yang dinyanyikan mereka,
wajah sebak mereka bersama cucuran air mata sewaktu bas kami bergerak pulang,

rindu itu menjengah.
sungguh,
kami rindu kalian.


semoga kita berjumpa lagi,
InsyaAllah.
:)


note  : 
*Program misi akademik : 'Kreatifnya anak peribumi' anjuran JPK Puncak Perdana :)
4-6 Mac 2011, SK Tun Abdul Razak, KKB, Hulu Selangor.*

terima kasih JPK, terima kasih Perfact. terima kasih warga SK TAR.

note-note : ce cite. ce cite. ;P

Comments

ima said…
ok kte terharu sgt yg ni ciap berair mate..bestnye blh join.huhu
umi Hamraa said…
ima, ipah pun sedih time nk balik tu..

nxt time kalau ada program gini lg, kita join ehh..I'Allah..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN