Posts

Showing posts from November, 2010

Istimewa

Image
Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. terkejut. pelik? jangan pelik. betul la ni. jangan betulkan skrin laptop anda. kerana ini sesawang sebenar. haha. tiada lagi corak abstrak, tiada lagi bumi yang dipercikkan air, tiada lagi background hitam yang membuatkan mata terasa sakit. kerana sekarang. hanya awan dan langit yang cerah, ciptaanNya, yang menghiasi laptop kamu! tak suka? sukakanlah. :) terkenang. teringat kali pertama terlintas untuk menulis. tengah malam 11 Ramadhan 1430H, saya terjaga dari tidur, berfikir mengenai diri, usia yang semakin meningkat, bererti, semakin hampir dengan kematian, namun,  saya fikir, saya tiada usaha untuk memperbaiki diri, apatah lagi mengejar amal, hari-hari berlalu seakan kosong, tidak membawa erti. sama dengan sebelumnya. saya tidak boleh untuk terus begitu. saya tidak mahu dikatakan hamba yang lupa siapa Tuannya . saya tidak mahu. saya tidak mahu hari-hari saya berlalu tanpa erti, tiada makna, rutin

ter'delete' dan tulis baru

Image
salam Jumaat yang penuh barakah. saya tulis. tulis. tulis, tiba-tiba ter'shut down'. saya tak save. tak dapat nak post entry tu. sekarang. ini bukan entry itu, entry itu hold dulu. (saja bg saspens) Tahniah skuad hoki negara walaupun hanya bergaya dengan pingat Perak di Guangzhou! cerita benar saya masih menunggu. untuk menaiki bukit, memasuki parking, dan membuat pusingan 3 penjuru. (faham-faham sendiri di mana latar tempat cerita ini hehe) matahari mula menunjukkan sinar, letih menunggu makin dirasa, tekak kian kering, perasaan mula bertukar. dari sabar menjadi.... disebelah, kelihatan seorang kakak yang juga masih menunggu. ada riak keletihan, tapi masih mampu tersenyum.   "kita nak apa-apa, bukannya senang, mesti rasa susah dulu" kakak mula bersuara, tepat terkena diri saya. malu. satunya ayat yang sangat menjelaskan keadaan sekarang. saya lupa. saya hanya inginkan kesenangan. saya hanya fikirkan mudah, sedangkan, setiap k

nama dia adalah...

Image
Assalamualaikum. tangan ini terasa rajin menulis. kejap.kejap. 20 saat je. (ye la tu) Tinggallah namamu tinggalkan cintamu Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia Hanyalah dirimu hanyalah amalmu Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu '' ini lirik lagu. lagu siapa? pastinya bukan Bieber, bukan juga lagu Shahir, tapi dia adalah. Aunur Rofiq Lil Firdaus atau 'Opick'. lirik yang cukup memberi makna, muzik yang kena dengan liriknya. penghayatan terhadap lagu, usaha yang murni dalam membentuk insan di dalam diri, cukup saya gemari. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. antara lagu Opick ; (klik untuk download) 1. Rapuh 2. Tiada duka yang abadi 3. nyanyian sepi 4. Andai waktu memanggil dan banyak lagi. ok. dah. note : sebelum ni, siapa Opick pun saya tak tau, cuma lagunya 'Alhamdulillah' yang jadi soundtrack dalam cerita Indonesia kat TV3 dulu je yang tau. ingat lagi tak? :) -promosi album.

surat ini bukan dari posmen

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. hujan renyai-renyai. kedengaran suara-suara Popeye dan Olive dari kaca televisyen. tv9 mungkin. adik..adik.. itulah aktiviti ketika hujan. menonton tanpa henti. (kamu masa kecik pun tengok jugak kan?) tak nak cerita pasal popeye, bukan juga cerita hujan, tapi, cerita ini. saya terima sepucuk surat. kepada : angah. (jangan jealous). hehe isinya berbunyi begini : setangkai cenderahati buat........... ingin saya berkongsi. bukan kad kahwin. :) 10 karakter utama wanita Islam. 1. Aqidah yang bersih. (jauh dari syirik) 2. Ibadah yang benar. (jauh dari bidaah yang menyesatkan) 3. Akhlak yang mulia. (dapat meyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat seluruh alam) 4. Fizikal yang kuat (mengatur kepentingan jasmani yang merupakan amanah Allah) 5. Fikiran yang luas dan berwawasan . (peka dengan perkembangan semasa) 6. Mampu berdikari. 7. Bersungguh-sungguh dalam jiwanya. (guna setiap kesempatan untuk kebaikan dirinya

pisau tajam, lembu hitam, dan Hari Raya

Image
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd. takbir bergema di corong speaker masjid, juga radio dan televisyen. oh, sudah raya rupanya. ((kata mereka) Hari Kemenangan umat Islam yang kedua. Aidil adha. atau. Hari Raya Korban. walaupun kehangatannya tidak begitu dirasa. namun, pengajaran. iktibar. penghayatan, itu wajib kita amalkan. ................................................................................................... yang pertama. 10 Zulhijjah. liar, ke sana ke mari walaupun diikat rapat. sampai ketika, rebah. Bismillahirrahmanirrahim. parang diacu, dipotong urat. darah memancut keluar, menggelupur. daging dilapah. dipotong, diagihkan kepada umat Islam. itu antara situasi di pagi raya. Alhamdulillah. yang kita harapkan. pastinya bukan hanya bauan daging melekat di baju, juga bukanlah untuk menikmati keenakan daging bakar atau daging panggang yang di masak ibu. tetapi ganjarannya di sisi Allah SWT. Rasulullah S.A.W bersabd

cerita kamu cerita saya

Image
salam alaik. sekejap. sekejap. bosan baca entri saya? takpe. ini untuk peringatan saya. tapi, kalau ada yang sudi bagi cadangan, nak komen? saya alu-alukan. :) cerita sambungan. "angah dah ada pakwe?" wahhh... teeettttttttttttttt... *konon artis* "emm..muda lagi.. angah nak belajar dulu" "oh..kalau ada yang nak kenal, boleh?" haa... bab ni sy paling kurang gemar. macam mana nk cakap ni? nak sy berterus terang? atau nk cakap berlapik? fikir..fikir.. nak kena jaga hati orang tua. dalam sy berfikir, "alaaa...takpe.. bukan ape pun.. kenal je.. kawan dulu, lagipun dia ni orang yang jenis sembahyang... dia dah kerja.. ada kereta.." errrmmmmmm.... "dia cakap nak nombor hp angah. nanti angah bagi eh.."   saya serba salah. seakan-akan mahu lari dari situ. ingin menutup telinga. bukan ini yang saya mahukan. jeritan batin sy tidak didengari. sembahyang atau tidak, bukan itu yang saya

cerita saya cerita kamu

Alhamdulillah. itu tanda kesyukuran kita. bukan yeay! exam dah habis! (tak salah kata macam tu) tapi sebaiknya, lafaz syukur dahulu. walaupun hanya terluah di dalam hati. *peringatan untuk saya* emmm, nak cerita, banyak. tapi ada org nak dengar? takpe. baca je eh. cerita satu. peperiksaan tadi. debaran terasa berbeza. kenapa ya? bg saya,  mungkin tempoh 'senyap' antara lecturer membaca exam regulations dan masa menjawab soalan terlalu lama. senyap. dewan peperiksaan. DSB-02.05 pm ada yang cuba membelek. ada yang terkumat kamit membaca doa. ada yang berpandangan antara satu sama lain. tidak kurang juga yang cuba me'recall' beberapa kes. *ada masa untuk mencuri pandang :)* hehe walau apapun, kini. berTAWAKKAL pada Allah. banyakkan berdoa. supaya keputusan nanti setimpal dengan usaha yang kita lakukan. InsyaAllah. Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. satu lagi. jangan berhenti dari bergantung kepada Nya. saya terfikir. kit

melangkah setapak

Image
Bismillah. "Setiap manusia pada dasarnya baik" kata Nabila, watak dalam Cinta dan Anugerah. betul. semua orang pasti ada nilai kebaikan dalam diri mereka. kerana itu fitrah. Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah. cuma, diserlahkan atau tidak sahaja. tapi, . . . . . . dilihat baik? mungkin hipokrit bermuka dua. hanya hati yang tahu.. mereka mengaku, Islam agama mereka. Syurga impian mereka. tapi pelik. mengapa mereka masih menidakkan perintah Yang Maha Esa. bercakap, perjuangkan bangsa. pertahankan rakyat, tidak mahu kami sengsara. tetapi agama? bukankah Islam itu cara hidup kita? Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam . Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah ma