pisau tajam, lembu hitam, dan Hari Raya

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd.

takbir bergema di corong speaker masjid,
juga radio dan televisyen.

oh, sudah raya rupanya. ((kata mereka)
Hari Kemenangan umat Islam yang kedua.
Aidil adha.
atau.
Hari Raya Korban.

walaupun kehangatannya tidak begitu dirasa.
namun,
pengajaran. iktibar. penghayatan,
itu wajib kita amalkan.

...................................................................................................
yang pertama.
10 Zulhijjah.
liar,
ke sana ke mari walaupun diikat rapat.
sampai ketika,
rebah.
Bismillahirrahmanirrahim.
parang diacu, dipotong urat.
darah memancut keluar,
menggelupur.
daging dilapah.
dipotong,
diagihkan kepada umat Islam.

itu antara situasi di pagi raya.

Alhamdulillah.
yang kita harapkan.
pastinya bukan hanya bauan daging melekat di baju,
juga bukanlah untuk menikmati keenakan daging bakar atau daging panggang yang di masak ibu.
tetapi ganjarannya di sisi Allah SWT.


Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

korban melatih ketahanan jiwa dan mental


ibadah korban.
sebagai manifestasi kepada rasa syukur,
rasa cinta kepada Pencipta.
melatih kita melakukan pengorbanan,
untuk menuju kebahagiaan.

bukan hanya menjurus kepada daging korban,
malahan lebih daripada itu,

apa gunanya mengorbankan seekor unta,
sedangkan jiwa tiada bezanya.

apa ertinya menyembelih kambing,
sedangkan hati masih ada rasa curiga.

kita.
perlu ada pengorbanan jiwa
itulah yang sebetulnya.
hati yang ikhlas,
jiwa yang sederhana.
sentiasa bersyukur,
tidak curiga dengan janji-janjiNya.

yang kedua
10 Zulhijjah.
jemaah haji berwukuf di padang arafah.
sebagai kemuncak ibadah haji.
sebelum melontar jamrah di Mina.
pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
mengutip batu-batu kecil di Mudzalifah,
untuk dilontarkan di Jamrah.

......................................................................................

itu.
antara dua elemen dalam Hari Raya Aidiladha.
ibadah korban, dan ibadah haji.

jom.
kita hayati sirah Ibrahim as.
Pengorbanan Ismail as,
kecekalan Siti Hajar,
sebagai contoh
untuk kita timbang tira kan.
dimana kita dibandingkan mereka.

jom,
kita tambah mana yang kurang,
kita isi mana yang kosong,
kita penuhkan mana yang separuh.

dalam konteks amalan menuju ke Akhirat.
dan.
supaya kita sama-sama memperoleh keredhaan dariNya.

Amin.
InsyaAllah.

note : Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H!
Semua tahu Sirah Nabi Ibrahim AS kan? :D

Comments

kiwi said…
selamat hari raya ipah
Pencacai Alim said…
slamat hari raya.. :)
saya said…
selamat hari raya :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.