Istimewa

Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

terkejut.
pelik?
jangan pelik.

betul la ni.
jangan betulkan skrin laptop anda.
kerana ini sesawang sebenar.
haha.

tiada lagi corak abstrak,
tiada lagi bumi yang dipercikkan air,
tiada lagi background hitam yang membuatkan mata terasa sakit.

kerana sekarang.
hanya awan dan langit yang cerah,
ciptaanNya,
yang menghiasi laptop kamu!

tak suka?
sukakanlah.
:)




terkenang.
teringat kali pertama terlintas untuk menulis.
tengah malam 11 Ramadhan 1430H,
saya terjaga dari tidur,
berfikir mengenai diri,
usia yang semakin meningkat,
bererti,
semakin hampir dengan kematian,

namun, 
saya fikir,
saya tiada usaha untuk memperbaiki diri,
apatah lagi mengejar amal,
hari-hari berlalu seakan kosong,
tidak membawa erti.

sama dengan sebelumnya.

saya tidak boleh untuk terus begitu.
saya tidak mahu dikatakan hamba yang lupa siapa Tuannya.
saya tidak mahu.

saya tidak mahu hari-hari saya berlalu tanpa erti,
tiada makna,
rutin yang tidak mengajar saya apa-apa,
saya tidak mahu.

saya mencari,
saya siapa.
apa tujuan hidup saya,
ke mana saya akan pergi selepas ini.

kamu tahu?
siapa kamu?
tujuan hidup kamu?

bukan hanya di sini.
tetapi ada kehidupan kekal abadi selepas ini.

penyelesaian.
saya perlu berubah,
malam itu juga,
saya mula menulis entri pertama.
(klik sini untuk baca)
*malu*
sebagai satu peringatan.
khusus buat saya,
dan kamu.
InsyaAllah.

setahun berlalu.
entri demi entri,
saya ingatkan saya,
tapi,
kita tidak sempurna
ada kalanya,
saya alpa.
saya lupa.

namun,
tidak bermakna tiada ruang untuk sedar kembali.
kita harus mujahadah,
dalam melawan nafsu.
Istiqamah.
dalam membuat perkara baik,
walaupun kecil biarlah berterusan.
InsyaAllah.

ok.
sekian.
terima kasih.

manggis sedap juga kan? :P


Comments

wan said…
bagus tu ipah, keadaan blog mg skg ni lagi ok dr yang lepas. tapi, mana orang kat bawah sorang lagi? takkan dah buang kot...hehe
umi Hamraa said…
terima kasih. blog mu lg canggih, :)

org satu lagi nk ganti dengan yang baru.. tp tok jupe lg..
SuhaNa said…
Assalammua'alaikum warahmatullah sis..

Moga istiqamah dalam perjuangan ini.Pesan untuk kamu,menulis itu amanah,menulis itu satu medan dakwah =)

Moga blog ini mampu mejadi sedekah yang berpanjangan untuk kamu.. Moga Allah redha ^_^
umi Hamraa said…
Terima kasih ukhti, InsyaAllah.. :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011