Posts

Showing posts from 2011

#3: sesuatu yang pasti

Image
Assalamualaikum, dah terlaluuuuu lama tidak menulis, jadi malu sendiri, :( pendek untuk petang ini, inshaAllah. masih diberi oksigen untuk bernafas, masih diberi kekuatan untuk menulis, masih diberi peluang untuk bertaubat dan menambahkan amal, inshaAllah. hari ini sedikit teruja, kerana sinarnya matahari muncul, setelah sekian lama hujan mendominasi segenap tempat di pantai timur. Alhamdulillah, syukur, terima kasih Allah. ok, this is my home's backyard. and yes, saya orang kampung :) hari itu, saya menjengah di sini.  Mel bercerita tentang 'death'. kematian. dan perasaan takut muncul. gementar, dan pastinya bukan saya sahaja, malah kita semua. andai kita pergi dulu, sebelum ibu bapa kita, what will happen after this? [minta maaf atas segalanya, mak, abah, adik-adik, kawan-kawan saya, my beloved readers, and semuanya] who gonna pay our debts? who will take care of our parents? are there people to pray for us? [mohon doa kalian

#2 :kenapa masih tak cinta?

Image
Assalamualaikum :) Hatinya serba salah. nak kata dia tak cuba, dia cuba. tapi perasaan tu tetap tak hadir. tetap rasa macam dulu. aarrggghhh. bila nak buka buku tarbiyyah, tiba-tiba rasa nak main game dalam handphone, lagi best layan shootbubble deluxe la pulak... :( bila nak bukak you tube, tengok video-video motivasi, eh eh. terbukak tab facebook. berjam-jam pulak lepak kat situ. :( kenapa ya? lagi best dan lagi ingat bila baca novel dari baca sirah pahlawan Taariq, penakluk Andalusia, lagi tertarik nak baca ruangan gosip artis dari bukak ruangan ad-Din dalam surat khabar, lagi mudah ingat quote cintan-cintun dari ingat ayat Al-Quran, :( dia sedar. tapi entah, hati seakan-akan kelu, lesu. . . . kenapa masih tak cinta? oh. hati ku. bila mahu berbunga. :'( dan saya yakin, bukan hanya dia yang merasa, tapi kita juga. kenapa? sebab, kita sudah rasa terbuai dengan perkara-perkara buruk. "Sesungguhnya orang-orang yang tidak be

#1 : nota pink wallpaper baru

Image
Assalamualaikum :) Bangun tidur, "Eh, aku kat mana ni?" Haha. buat-buat tanya. tolong jangan ketuk kepala saya. padahal dah duduk kat rumah, seronoooookkkknyyyaaa! *err. post ini tidak digalakkan dibaca oleh penuntut IPTA yang sedang menuntut ilmu atau pun yang sedang menyambung praktikal mereka. :) pendek sahaja, untuk malam ini. sebab abah pesan, tidur pukul 11 adalah 'excellent time' untuk tidur. kan ateh, acik, alang, uda, kakak, abang, anjang, adik ? walau apa pun plan awak dan saya, for this long holidays, make this holidays as meaningful as you can. jadikan cuti ini cuti yang paling bermanfaat. sama ada nak tolong mak kemas rumah, atau pun tolong adik siapkan holiday package sempena spm, atau mungkin jugak pergi buat lawatan sambil belajar bersama jiran-jiran ke langkawi, atau kalau malas nak cari kerja part-time, buat tuisyen depan rumah atau mengajar mengaji. dan lagi lagi lagi bagus, kalau cuti ni, kita ambil peluang, gr

aishiteru (guy version)

Image
Assalamualaikum, saya minta maaf. dah lama saya termenung, fikir pasal  surat ni , itu mungkin cerita awak sebagai perempuan, tapi percayalah, tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat. sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram, bukannya berzina lagi, dah berdosa juga. errm, malas nak fikir panjang-panjang, saya kan sekolah lagi.. tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la, saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun, tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. biasa2 je.hehe. tapi sejak saya masuk u, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara, ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa, tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang, takut warden nampak, tapi itu dulu, sekarang saya dah dekat u, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung, ada yang pakai tudung, ok la. t

puisi : untuk dia.

Image
Assalaualaikum :) semalam, Dalam lrt,  Dia menoleh ke arah jam. dah pukul 7.30 malam, perasaan berubah jadi sayu. nak ikut daurah, rindu pada kakak-kakak dan adik-adik. :'( Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. sekarang, Dia benar-benar rindu, rindu amat apabila satu ikatan itu terjalin kerana cinta kepada Allah. selama ini, mana pernah dia punya rasa begitu. mana pernah dia bergaul dengan orang-orang sebegitu, sombong katanya. tapi sekarang, teman-teman sefikrah, biar tidak pernah bercakap di zaman sekolah menengah seakan tercantum kembali, masing-masing meluahkan rindu. dan air mata minitis. laju. itulah. bila hati kita terjalin kerana Ilahi. Allahurobbi. semoga kita bersama-sama kekal thabat dalam perjuangan agama suci ini, insha-Allah. kredit gambar :  sini :) Usrah, bunyinya cukup indah, antara kita dan naqibah, tiada malu berkongsi masalah, menasihati antara satu sama lain penuh hikmah, menenangkan jiw

tak best kan macam ni.

Image
Assalamualaikum :) Matanya tidak lepas memandang 'tempat hibernasi kawannya', aarrggghhhh.. sepah lagi.. baru je kemas semalam, nak harapkan rumetnya itu, jangan harap la. siap berdebu meja kecilnya, pun dibiarkan sepi je. 'asal aku hepi' - mungkin kata rumetnya. tapi dia tak boleh, dia memang tak boleh kalau tengok rumah bersepah, kalau ada pinggan yang tak berbasuh, terus naik suhu kepada 313 darjah, rasa nak meletup. buang sampah pun sama, dah ada jadual buang sampah, tapi tu pun, ada je yang buat-buat tak faham, buat sampah pandaiiiii, nak buang, kenapa berat sangat, wak? *menangis hiba* bila masuk waktu solat, pernah sekali, dia terlewat bangun, 'kenapa kawan saya tak kejut saya?' timbul dalam hati, 'kenapa saya selalu je kejut diorang, tapi diorang tak pernah kejut saya...' time tengok tv, dia tak nak tengok kartun boboi-boy, dia tak nak tengok 8tv, tapi kawan-kawan nak tengok, takpelah. kita bagi peluang, timb

kakak ber'adik' lapan.

Image
Assalamualaikum :) Mei,2011 teratak 292. "Angah habis praktikal bila?" emak bersuara, memecah suasana kami sekeluarga yang ketika itu sedang enak menjamah hidangan makan tengahari. #ohh. teringat lauk masakan mak kat rumah. kesat air mata. hehe :) "hmm. akhir bulan sebelas mak. kenapa mak?" tanya saya kembali. "Ohh.. mak due bulan 11 nanti.." "Ha? mak due? mak....... mengandung ke?" siapa yang tanya tu? ya. itulah saya. kedengaran seperi kanak-kanak berusia lima tahun, kan? sah-sah mak kata 'due' tadi. saya tak salah dengar kan? Mak angguk. saya agak dan memang terkejut, tapi reaksi biasa-biasa saja. tapi dalam hati... 'Angah-nak-dapat-adik-lagi-biar-betul?' adik-adik yang lain gembira saja. lagi suka adalah. ye la, mereka kecil-kecil lagi. mestila gembira nak dapat adik lagi! :) saya? saya gembira juga. namun terselit perasaan bimbang. saya risau kesihatan mak. mak dah lebih 40 tahun.

awak tak bosan ke jadi robot?

Image
Assalamualaikum :) pagi masuk kerja, lewat petang baru balik, kadang-kadang jam berdenting pukul 9 malam baru nak bagi salam masuk rumah, balik, solat, mengaji, makan, bersih diri, baca buku kejap, tidur. rutin yang sama. diulang. nak online malam2, jarang sekali. nak tulis blog apatah lagi. sebab tu la, entri baru tak sempat di'publish', berkepuk dalam draft, tunggu masa nak 'expired' je. tu la. dia. lagi-lagi cipta alasan. :( busy memanjang, kononnya 'auditors' life' beginilah. sehingga tiada masa untuk mencuri masa. audit company orang, jangan lupa audit diri sendiri juga! :) dan hari ini, sepotong ayat ini. buat dia terpana seketika. "bukan ke daie tu harus tersusun hidupnya dan menjaga waktu (10 muwasafat tarbiyyah)" ya. dia lupa itu, muwasafat tarbiyyah. salah satunya 'Haarithun ala waqtihi' 'menjaga masa' menjaga masa bukan hanya kita mengaturkan tugas dengan membuat jadual w

saya dan penyu. sama-sama sedih.

Image
Assalamualaikum :) penat berjalan. saya mula melepaskan penat di bangku, teman hanya menurut, bersembang, membasahi tekak yang sedikit kering. "Assalamualaikum adik, boleh tolong abang tak?" satu suara menyapa, seorang pakcik berdiri setentang dengan saya. saya dan teman terpinga. "Beg abang dah kena curi masa abang solat tadi. Abang nak balik ke Puchong, tapi abang dah takde duit nak bayar tambang teksi" saya memerhatikan dirinya. antara hendak percaya atau tidak. kemas pakaiannya. penampilannya sedikit menambah keyakinan pada saya untuk terus mendengar. "Malu abang nak mintak dengan adik. tapi boleh adik bagi abang RM 20?" saya ketika itu berbelah bagi, antara simpati dan berhati-hati. "Nanti abang akan bayar balik, adik tinggalkan number henfon adik, esok abang top-up kan" dan dihulurnya sekeping kertas dan pen. entah kenapa, perasaan simpati saya melebihi sikap hati-hati. saya hulurkan dua not kertas merah,

bila agenda mencari soleh bermula (ep 1)

Image
Assalamualaikum :) 'Mak dah tak nak tengok angah pakai macam ni lagi..' err. saya terkedu. tapi saya faham. reaksi emak memang telah saya jangka. ada nada kesal bercampur teguran pada luahan hati emak. langkah diatur menuju ke bilik. 'teruk sangat ke saya pakai macam ni?' ber't-shirt' hitam, slack putih dan selendang putih dipinkan rama-rama. normal pada pandangan muda mudi zaman sekarang err. bukan. agak tidak normal pada pandangan emak-emak. saya akui. cara saya berpakaian, dahulunya. dipengaruhi persekitaran. ramai yang pakai begitu. saya juga mahu turut serta. saya kan remaja lagi, hidup hanya sekali, jadi.... kita enjoy! ok tak. hambek kau. enjoy kau kena berleter di emak. ingat best ke dengar 'komunikasi berkesan' dari emak? hambek kau, nak enjoy sangat kat dunia, kat akhirat nanti macam mana? tak fikir ke? dulu. mana nak fikir lagi. 'bagi alasan' sampai bila nak bagi alasan ni? boleh j

dia dan encik sarjan.

Image
Assalamualaikum  :) Matanya masih lagi lekap, kemas di papan putih, memandang penuh khusyuk Encik Din, sarjan kadet polis sekolahnya, mencoret sesuatu di atas papan putih. assuming ini adalah papan putih. hehe 3 titik yang dilakar menggunakan marker hitam di atas papan putih. "siapa nak jawab, apa yang kamu nampak di atas papan putih ni?" lamunannya terhenti apabila Encik Din mula bersuara. "ada 3 titik hitam di atas papan putih", jawab seorang ahli kadet. yakin. Majoriti mengangguk setuju. Pastinya itu sahaja jawapannya. Dia masih berfikir, cuba untuk mencari jawapan yang lain dari biasa. namun, masih tidak dapat menangkap maksud sebenar lukisan itu. "jawapan lain?" masing-masing mengeleng, tidak dapat meneka. 'apa lagi ya, yang boleh nampak atas papan putih tu selain 3 titik hitam tu eh?' dia bermonolog. sendiri. "betul, jawapan awak semua betul"... ".....tapi ada jawapan lain..." "

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

Image
Assalamualaikum :) Dari jauh, komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam, Siren berbunyi, pintu pink dibuka, dan saya melangkah masuk. mata melilau mencari kerusi kosong. Alhamdulillah. kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong. berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya. keadaan tenang, namun ada satu suara yang mampu mengganggu telinga, uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa. anak kecil berdekatan saya itu menangis, minta dilepaskan. ingin dilepas bebas. sangkaan saya, 'budak baru dapat kaki, biasalah.' anak itu mula berjalan, dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan 1 tahun itu. dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak, walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya. . . . anaknya melangkah semakin jauh, dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali. namun belum pantas ibunya ke temp

i am isolating .

Assalamualaykum. Bila hati sendiri sudah mula resah, Bila hati sendiri sudah mula rasa jauh, Bila hati sendiri sudah mula rasa janggal. akuilah. Saya perlu mendapatkan cahaya itu semula. Doakan saya kuat, Dan saya juga doakan orang disekeliling saya turut kuat. Maafkan saya, saya juga hamba. :'( 'Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong' (Ali Imran:173)

saya bukan baik, tapi...

Image
Assalamualaikum :) "Iffah, you don't ask me what to do today, cause I don't have things to assign you" senior awal-awal lagi memberi pesan. sedih. nak buat apa hari ni? esoknya pun sama. saya mengadap laptop, "looks like busy" tapi bukanlah kerja pejabat pastinya, (mungkin boleh faham sendiri..hehe) beberapa jam berlalu, dan mata mulai letih memandang skrin komputer riba, tetapi mata kembali terbuka apabila bertemu ini ; 'tak sangka enti berubah sebegini rupa' saya baca ayat itu berulang-ulang, memandang berkali-kali. Astaghfirullah, teruknya saya dahulu, :'( teringat kembali perkara yang pernah dilakukan. banyak. biar saya simpan sendiri. mesti orang kata, "jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je" haha. saya percaya, setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza. dan saya juga, pastinya. :'( "Iffah aku rasa kalau kau t