Posts

Showing posts from 2012

maaf. kalau itu yang awak rasa.

Image
disklemer : ini adalah sebuah cerpen  rentetan dari entri awak, tolong faham saya. "Angah tak tdo lagi?" "Belum" "Mesej dengan sape tu? along tengok bercahaya je bawah selimut tu" "Eeiy, stalker ! buat apa masuk bilik angah ni?" "Along cari earphone, headphone along dah tak dengar sebelah" "Amboii nak pinjam barang orang tak mintak izin dulu yeee," "Dah along masuk tengok gelap je bilik, main redah je la dulu. ampuunn" "Tak kira. esok, belanja angah ayam goreng uncle bob satu." "Haissh. uncle bob je? uncle lokman tanaakk?" "Alooooonnnngggg!" teddy bear putih dibalingnya. "Hmm. along. angah nak tanya sikit boleh?" "Tanya apa? serius je muka tu." "Along, kenapa lelaki ni suka buat perempuan rasa tanda tanya eh?" "Maksudnya?" "Alaa tak tau la nak explain camane" "Macam tak tau dia suka angah ke tak?"

menarik tentang korea wink wink

Image
Assalamualaikum disklemer :  pandangan peribadi setengah sen duit syiling baru.  info 'menarik' tentanggg korea-lovers. 1. peminat tegar tidak kisah jika waktu tidur digunakan untuk menonton cerita korea dan realiti tv  korea sampai berbelas episod atau bahasa mudah, korea-marathon. bila subuh, sembahyang kejap pastu baru start nak tdo. (kalau perempuan yang abc lagi la seronok, memanjang mengadap komputer sambil tersengih, nanges sorang-sorang) .orang kata subuh-subuh ni rezeki mudah nak masuk. tapi dia tak, baru nak berlingkar atas katil sambil termimpikan hero kacak jun pyo dan heroin jan di. lalala. 2. bila waktu senggang saja akan digunakan untuk melayan youtube dan watch video online, dan kadang kala bila mak panggil suruh tolong kat dapur atau tolong pegi kedai, rasa berat jeee nak bangun. ye dak? 3. bila berjumpa dengan rakan sejiwa dan sehati, topik perbincangan mereka adalah 'dah tengok belum vdeo klip terbaru 2pm?' atau 'dah download running man

lelaki, kopi dan persepsi

Image
Assalamualykum. :) Angah pandang anjang, mata masih tak berkelip. dalam hati, tak tahu apa yang budak perempuan 5 tahun ni fikir bila tengok, 'seorang remaja lelaki yang serabai rambutnya di cat warna warni, bertindik, ada cincin dengan pakaian yang hmm kurang elok mata memandang.' angah terus buat isyarat mata. sebagai tanda, 'jangan tengok orang sampai macam tu' lif terbuka. terus masuk. ... masuk dalam pusat membeli belah, setiap orang dipandangnya. "angah, kat sini takde orang Islam ke? "hmm?" "macam tengok semua orang pakai seksi je" dush dush. ... mak ajak adik keluar dari mall, kata mak, pening. angah tahu walaupun mak memang suka dalam bab membeli belah ni berbanding abah, tapi kat tempat macam ni... hmm rasa agak 'janggal', kan mak? sambil menunggu, alang rasa kering tekak. kaki terus menapak ke kedai 'kopi' berhampiran. "segelas harganya RM 12?" "aah, biasalah alang. tengok l

perjalanan mencari cinta Tuhan, bermula.

Dari satu video ke satu video aku bukak. Wooaahh. Tak pernah aku tau ada kumpulan rappers islamik cani. Mula-mula terpandang satu link yang member share dalam muka buku tu je. lepas tu terlekat pulak dengan lagu-lagu lain ni. Aku memang prefer muzik camni dari lagu rnb  maher zain tu. Ternganga jugak mula-mula dengar. Lirik memang terkena batang hidung sendiri. ‘Let me speak with my Ikhwan, my brothers in Islam I said you're looking like the Rock now what was on my mind Sport the newest clothing line so the sisters think we're fine Imitate JZ, LL Cool J, Eminem and Genuine But can't nobody see Islamic identity Cos we dress just like the people on TV This life of glitter and commotion and amusement ain't for me Life after death is the true reality’ [Paradise : Native Deen] ‘Life after death is the true reality’ Kehidupan selepas mati. Exactly macam orang kata. Benarlah. Mati itu adalah sebaik-baik peringatan. Moga Arwah atuk tenang

sampaikan rindu ini padanya.

Image
Assalamualaikum [ding] bunyi tone whatsapp nya pagi itu. terus dibaca. dari teman lama, di universiti. 'Rindu nak berbulatan gembira' Mesej itu pendek. tapi, cukup buat dia tersenyum. Alhamdulillah, sekurangnya ada teman yang merasa seperti apa yang dia rasa. Rindu. Rindu untuk bertadabbur ayat-ayat cinta, rindu untuk mendengar pengisian yang zapp terus ke hati dari naqibah dan usrah-mates yang lain, rindu untuk ke konferens riang hujung minggu, rindu untuk sharing heart to heart sebelum tidur, rindu untuk bangun qiam, solat jemaah, kuliah subuh , rindu untuk makan bersama-sama, rindu untuk jaulah, shopping, rehlah bersama-sama. rindu untuk menatap wajah-wajah akhawat yang bersama-sama berjanji setia untuk mendokong syariatNya dan berpimpinan tangan ke Syurga! ... rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata, dengan bicara. cukuplah, hati-hati itu yang merasa. walaupun kita tidak lagi dapat berbulatan bersama, ingat dan sentiasa ingat. usrah

perjalanan mencari cinta Tuhan

'Asal dah jarang nampak ko lepak mamak eh?' ‘Penat kerja.’ ‘Alaah setakat kerja bawah aircond makan gaji start pkl 8 balik pukul 5 macam tu ko kata penat?’ ‘Ko mana tahu. Kerja guna otak ni penat.’ Dia senyap. Aku pun.   Entah. Dah tak rasa heaven pun lepak kedai mamak macam takde arah tujuan cam dulu. Dah tak rasa puas pun bila member belanja kes menang race motor macam dulu. Sebab sekarang ni, aku rasa hidup ni ada makna .  Bukan untuk bazir masa lepak dua tiga jam takde mende nak buat malam-malam camtu. Bukan senang-senang je nak gadai nyawa atas jalan macam tu. Sekali mati tak sempat taubat? Yang tu je yang aku takut sekarang. Mulut member-member aku sorang-sorang kalau tanya bukan main nak syurga, tak nak masuk neraka wehh. Tapi aku ada amal ke nk bawak pergi syurga? Lepas dua tiga hari dari jumpa Qayyum hari tu, aku buat solat sunat taubat .   Tak yah nak buat muka pelik. Memang aku tak reti pun nak buat solat sunat taubat. Mula-mula disebabkan

perjalanan mencari cinta.

Lepas dari balik jumpa Imad, aku rasa macam serba tak kena.   Nak kongsi masalah aku dengan dia boleh je. Sebab dia pun dah berubah lepas balik dari UK tahun lepas. Mungkin dapat hidayah kat negara sana. Kot. Tapi aku kalau boleh tak nak ganggu dia. Mesti tengah pening-pening nak fikir majlis kahwin dia, dengan kerja lagi. Hmm. Turun dari lrt, naik motor. Singgah ke tasik titiwangsa sebab macam malas lagi nk balik rumah. Ramai jugak orang time tu. Aku jalan je. Tiba-tiba tengah jalan tu, ada orang langgar dari depan. ‘Eh sorry bang. tak sengaja’ Aku pandang. muka still mencuka. ‘Abaaaang Ayid! Abang ayid kan? Kenal lg tak sy?’ Ohh. Junior sekolah dulu. Apa tah nama dia. Memang banyak mulut sikit budak ni. ‘Alaaa Qayyum la ni. Eh abang, jom la join kitorang makan depan sana’ Dia tunjuk kat satu bangsal ada bumbung. Dalam 4,5 orang jugak member dia kat sana. Tiba-tiba je dia ajak. Dan tiba-tiba jugak aku ikut. Entah kenapa aku rasa dari aku jalan tak de arah t

perjalanan mencari.

Entah kenapa aku rasa sayu. Aku dah lama tak pegang Quran. Last pegang surah Yasin time arwah tok teh meninggal masa bulan puasa hari tu. Tu pun pegang saja, sebab nak baca ikut orang ramai, segan. Sebab cara nak baca, tajwid semua pun dah ingat-ingat lupa. Huh. Teruknya aku. Lama aku renung,   tiba –tiba dia angkat kepala. Aku jadi terkejut. Dia tunduk. Malu mungkin bila dipandang begitu. Tren berhenti, dia keluar. Oh. Dia turun kat Masjid Jamek. Hmm mesti shopping kat Jalan Tar la tuh. Perempuan~ … Sampai PWTC, aku turun, jalan kaki masuk The Mall. Kaki terus menapak ke Kenny Rodgers belah atas. Masuk-masuk je, Imad dah siap tersengih angkat tangan. Aku duduk. Imad tu kawan lama, time sekolah asrama dulu. Sekarang dah kerja kat audit firm. Saja ajak keluar weekend, sebab dah memang lama gile tak jumpa. Biasalah kalau dah jadi auditor tu, siang malam pagi petang kerja. Takde life langsung. ‘Eh ingat lagi tak Timah?’ Tiba-tiba Imad bukak cerita. ‘Timah mana?’

perjalanan.

Dia mengeluh. Asap rokok dihembus. Puntung rokok masih di tangan. Sampai bila aku nak jadi macam ni. pagi bangun naik motor, kerja. Balik petang main futsal. Malam lepak kedai mamak.kadang-kadang tengok bola. Kadang-kadang sembang. Kadang-kadang join tengok member race motor. Shisha di'order' buat hilang stres kerja. Hidup aku macam tak ubah macam robot . Aku bosan. Serius bosan. … Aku rasa hidup aku takde tujuan. Aku rasa hidup aku tak tenang. Aku rasa hidup aku. Kosong. … Aku ada duit. Aku ada rumah. Aku ada kereta. Aku ada mak ayah. Aku ada ramai member. Tapi hakikatnya… Ada satu yang aku hilang. Aku kosong tanpa. Tuhan.   Aku malu nk mengaku. Tp ini kenyataan. Berapa banyak kali solat dah aku tinggal. Kadang-kadang lupa. Kadang-kadang tangguh-tangguh tapi tak buat. Kadang-kadang buat tak endah je. Banyak aku bagi alasan kalau member ajak pergi masjid. Apatah lagi kalau ada ustaz bagi kuliah. Aku jadi… segan . .. Aku ma

dia budak biasa, ke sekolah agama.

Image
Assalamualaikum. : untuk semua pelajar sekolah agama. hari pertama dia menjejak kaki ke sekolah ini. semua pelajar banat (perempuan) pakai purdah, jujur, dia rasa malu amat. kerdil amat. dia tak nak duduk sini! tapi jeritan dia tak siapa yang memahami, pakaian dia biasa-biasa saja. dan hari pertama ke sekolah dia memakai seluar, bertambah rasa malu, bertambah rasa 'tak-layak'nyaaaaaaaaaa. tapi diturutkan jua. dan kisahnya di sini, bermula. 'kisah budak biasa masuk ke sekolah agama' :) errk. kena pakai tudung setiap kali keluar bilik? padahal jarak bilik dengan tandas hanyalah 10 langkah atau mungkin jugak kurang. kena pakai baju kurung dan jubah je bila nak keluar pergi makan? dan banyak lagi yang lainnya sekolah ini dibandingkan sekolahnya dulu. sesi pembelajaran sehingga jam tiga setengah petang, terdapat tiga aliran, Akademik Tahfiz, Akademik Syariah dan Tahfiz Sepenuh Masa. sesi pagi bermula dengan halaqoh, masa yang diisi untuk menghafa

awak, tolong faham saya (please,)

Image
Assalamualaikum,   'hidup kita sentiasa diberi pilhan, sama ada nak ikut jalan baik, atau buruk. dan saya pilih jalan baik. mohon doa semua. agar kita sama-sama istiqamah dengan jalan yang kita pilih, dan semoga jalan yang kita pilih bisa buat kita bahagia, di dunia, dan di akhirat sana' ini cerita saya. saya seorang yang positif, happy go lucky, jarang orang tengok saya sedih, tapi bila diuji dengan ujian hati sebegini, saya rasa lemah, mudah tersentuh, air mata pun macam keluar ikut suka je. saya kenal dengan sorang ni, rasa macam dijodohkan untuk kami jumpa dalam satu program, dia sangat baik, ramah, dan kacak juga [erk] dan paling penting, dia luas pengetahuan agama, kiranya, cukuplah kriteria untuk mak cik-mak cik nak ambik jadi calon menantu. dipendekkan cerita, lepas program, saya dan dia selalu contact-ing each other, tanya khabar, bagi semangat nak exam, wish happy birthday, dan dia selalu nasihat saya, bagi surah dan doa untuk saya hafal