lelaki, kopi dan persepsi

Assalamualykum. :)

Angah pandang anjang, mata masih tak berkelip. dalam hati, tak tahu apa yang budak perempuan 5 tahun ni fikir bila tengok,

'seorang remaja lelaki yang serabai rambutnya di cat warna warni, bertindik, ada cincin dengan pakaian yang hmm kurang elok mata memandang.'

angah terus buat isyarat mata. sebagai tanda, 'jangan tengok orang sampai macam tu'

lif terbuka. terus masuk.

...

masuk dalam pusat membeli belah, setiap orang dipandangnya.

"angah, kat sini takde orang Islam ke?

"hmm?"

"macam tengok semua orang pakai seksi je"

dush dush.

...

mak ajak adik keluar dari mall, kata mak, pening. angah tahu walaupun mak memang suka dalam bab membeli belah ni berbanding abah, tapi kat tempat macam ni... hmm rasa agak 'janggal', kan mak?

sambil menunggu, alang rasa kering tekak. kaki terus menapak ke kedai 'kopi' berhampiran.

"segelas harganya RM 12?"

"aah, biasalah alang. tengok lah kita kat mana sekarang"

"err tapi takde la special mana pun rasanya"

...

atas jalan raya, kereta berderet. hari ni hari ahad. pusat bandaraya sibuk dengan ragam warga kota (rasa macam tulisan zaman 80an dulu je ;p).

kakak tunjuk reaksi pening. kakak kecik lagi, belum habis sekolah rendah.

"kakak ok?"

kakak senyap.

"hmm macam ni la kehidupan kat tengah bandar macam ni. tahun lepas angah selalu berbuka dalam kereta, atas jalan camni sebab tak sempat sampai ofis. kakak nak duduk kat sini?"

...

anjang dan kakak <3 font="font">


ini namanya persepsi.

pertama kali datang ke sini, pertama kali juga mereka melihat sesuatu yang 'lain' di pandangan mata. dan mereka mula membina persepsi. dan tekaan saya, banyak nya negatif. bandar X bukan seperti bandar ambs. hehe. jalan yang jammed dan air kopi berharga lebih dari sepuluh ringgit, mungkin ada relevannya. populasi penduduk bandar yang ramai,  kos sara hidup di bandar yang tinggi, ditambah dengan jenama kopi antarabangsa etc etc .. mungkin boleh diterima. (kot)

tapi bila,

'seorang remaja lelaki yang serabai rambutnya di cat warna warni, bertindik, ada cincin dengan pakaian yang hmm kurang elok mata memandang.'

dan,

"macam tengok semua orang pakai seksi je"

rasa macam, sedih. budak kecik sendiri tak boleh beza yang mana Muslim dengan non Muslim bila tengok semua orang pakai seksi. bila tengok lelaki semua pakai gelang, rantai, rambut warna warni semua. mana identiti islam? mana penduduk islam di negara islam yang dicanangkan?

islam hilang ditelan arus pembangunan dan kemodenan.

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengan (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi ; mereka itulah orang-orang yang lalai' 
[Al-A'raf ; 179]

ada hati,
tapi tak nak faham ayat Allah,

ada mata,
tapi tak nat lihat bukti kekuasaan Allah.

ada telinga,
tapi tak nak dengar nasihat dan ajaran Allah.

mereka ini seperti binatang ternak (lembu, kambing) bahkan lebih sesat lagi !

Allahu :'[
perumpamaan 'direct' dari Allah. tak terasa lagi ?

mungkin orang boleh kata, dah lifestyle mereka macam tu, kalau tak ikut macam outdated pulak. hoho. perlu ke nak ikut semua tu even bercanggah dengan syariat Allah? ehem ehem. kita ni nak menuju akhirat atau selamanya hidup di dunia ya?

ouch.

it is never too late to repent.


'tidak ada istilah lambat, untuk kita kembali kepada Allah'

...

dan kita di hadapan laptop ni, tahu sahaja masalah yang timbul dalam kalangan ummah kita.
lantas,

apa.

peranan.

kita?


p.s : lebih suka air terjun berbanding i-city !

Comments

Sedih ad.. risau ad.. xtau nk kta.
Peranan besar.. usaha xkuat mna. Adoi.. mmg sedih dgn usaha sndri.

Gi mana ni hajar...:(
umi Hamraa said…
betul hajar. saling mengingatkn dan mndoakan jom!

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN