menarik tentang korea wink wink

Assalamualaikum

disklemer :  pandangan peribadi setengah sen duit syiling baru. 

info 'menarik' tentanggg korea-lovers.

1. peminat tegar tidak kisah jika waktu tidur digunakan untuk menonton cerita korea dan realiti tv  korea sampai berbelas episod atau bahasa mudah, korea-marathon. bila subuh, sembahyang kejap pastu baru start nak tdo. (kalau perempuan yang abc lagi la seronok, memanjang mengadap komputer sambil tersengih, nanges sorang-sorang) .orang kata subuh-subuh ni rezeki mudah nak masuk. tapi dia tak, baru nak berlingkar atas katil sambil termimpikan hero kacak jun pyo dan heroin jan di. lalala.

2. bila waktu senggang saja akan digunakan untuk melayan youtube dan watch video online, dan kadang kala bila mak panggil suruh tolong kat dapur atau tolong pegi kedai, rasa berat jeee nak bangun. ye dak?

3. bila berjumpa dengan rakan sejiwa dan sehati, topik perbincangan mereka adalah 'dah tengok belum vdeo klip terbaru 2pm?' atau 'dah download running man episod 82?' koff koff. orang yang tak minat mungkin boleh berundur diri dari perbincangan atau tercengang buat muka toya sebab tak faham. ada jugak yang merasa rendah diri dan rasa aku nak try tengok la pasni. eh jangaaaaaaan dik!

4. sekali tengok, pasti nak tengok lagi dan lagi! oh. ini bahaya.

5. menggunakan korea sebagai motivasi. 'aku kena siapkan esaimen petang ni jugak. sebab malam ni nak layan we got married ningkhun n victoria, so sweeet'. eh.aku nak baca quran cepat cepat, jap lagi cte ttby last episod nk main kat tv dah.

6. menghafal bahasa korea dan menggunakan dalam tutur kata harian seperti annyong, saranghae, hwaiting dan sebagainya. yang lebih terkesan, panggil couple dengan panggilan 'uppa'. hmm. kawin nanti nak panggil camtu, tak kesah pun. tapii sekarang ni.hmm boleh faham kot. arasso?

7. mengimpikan untuk menjejak kaki ke korea satu hari nanti, dan melihat sendiri kecantikan negara dan orangnya. hamboii. dan ada juga yang obses siap nak cari pasangan yang iras korea atau senang cte, jambu atau guava! rambutan taknak? erk.

8. menamakan teddy bear, gajet, kamera atau binatang peliharaan yang dimiliki dengan nama hero atau artis korea pojaan. ada jugak yang letak nama akaun twitter dan muka buku 'xyz lee min ho' aduii. mak bagi nama cantik-cantik kau senang-senang je tambah. erkk lagi.

9. mula mengikut fesyen 'pakai baju nak banyak warna' dan seluar panjang tapi singkat pastu rambut putar-putar macam artis korea.

10. bila ada adegan sweet sikit, mula la berangan nak pasangan buaya fren atau geli fren buat camtu jugak satu hari nanti.

11. kalau dalam external hard disk 500gb tu penuh dengan cerita, reality tv, clip video lagu korea.  tu belum masuk part yang memang dah ada simpan dalam 320gb hard disk laptop asal. kalau boleh nak tambah lagi tuu. tak cukupp. lepas tu nak buang memang sayang ahh.

12. semua orang tidak kira lapisan umur, lelaki atau perempuan dan apa-apa jawatan sekalipun akan mudah terpikat dengan korea series ni. seorang pelajar sekolah rendah dan menengah, jurujual tudung ariani, akauntan syaikat besar, mak cik jual air depan sekolah, malahan pelajar agama dan ustajah juga boleh jadi mangsa bagi cerita korea ini!

dan lagi sedih, mereka yang bergelar naqib dan naqibah atau mereka yang faham dan sudah ke konferens riang 'babai jahiliyyah' juga segelintirnya amat sukar untuk meninggalkan  cerita korea apatah lagi untuk men'delete' dari  folder 'movies' dalam lappy masing masing. sobs.

...

awak, tak tau nak start dari mana. memang isu ni sensitif jugak, sebab rata-rata memang peminat korea tegar, kalau tak minat tengok kpop pun, minat dengan drama nya. korea zaman sekarang ni, rasanya macam hindustan zaman mak-mak kita dulu kan?
jiwa manusia memang lumrah, sukakan hiburan. tapi kalau dah terlampau, rasa macam tak best jugak kan?

kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dah jadi hamba kepada korea. hati kita dah terlekat dengan dunia dan hiburan, habis mana cinta Allah dalam hati kita? dengan solatnya kita buat yang wajib je, alhamdulillah kalau kita solat awal waktu tapi kadang-kadang tu demi nak habiskan satu episod, solat zohor  kita pukul 3 lebih, solat asar kita dah nak masuk pukul 7. itu belum lagi cakap pasal khusyu'. al fatihah kita duk teringat part yang kita pause, rukuk  kita, sujud kita duk fikir apa jadi kat heroin bila hero tinggalkan dia. tak best kan macam tu?

bangun malam kita pulak sebab nak tengok cerita korea, bukan untuk tahajud. kalau tengok siang, mak berleter, so end up tengok malam, lepas tu subuh pulak subuh gajah.
lepas tu kalau mak suruh apa2, rasa malas je. haa, pengaruh siapa yang buat kita rasa macam tu? asyik dengan korea. leka dengan drama :( dah la balik rumah sekali sekala, macam mana mak-mak tak bising kan?

awak, tanya diri balik, pernah tak masa kita tengok cerita korea tu kita ingat pada Allah?

pernah tak kita rasa bersalah habiskan masa berjam-jam dalam bilik sedang kita tahu kita boleh je buat perkara lain yang lebih bermanfaat time tu?

saya faham. best sangat tengok video-video rancak camtu, tariannya lagi, tambah2 penyanyi lelaki jambu air, guava semuanya, dan yang perempuan pulak hot pakaian semua nak atas lutut je. walaupun tak faham cakap pasai pa, tapi lantak pii la kan, janji best kat telinga.
tapi, lagu-lagu tu boleh buat awak lagi dekat dengan Allah ke? ke buat makin jauh dengan Dia?

nanges laju laju.

'alaa, aku tengok kadang-kadang je. bukan obses pun.tak boleh jugak ke?'

hmm. awak dah besar. kita selalu ada dua pilihan, pilihan yang baik dan buruk. kita tentukan pilihan kita yang mana kan? nak berhibur, boleh. tapi cari hiburan yang buat kita lagi semangat nak dalami islam, buat kita makin izzah (bangga) dengan agama, buat kita makin dekat dengan Allah. inshaAllah, dapat pahala. -UAI

mesti awak kata, saya pun empat kali lapan jugak dulu. memandai je nak nasihat orang. terpulang nak kata apa, tapi people change. saya tak mintak awak terus delete semua cerita, berhenti on the spot which is saya tahu memang mustahil. tapi, saya nak kita sama-sama fikir. betul ke apa yang kita buat selama ni?

saya dulu pun, ambik masa. mula-mula delete cerita dalam laptop, of kos tak delete semua, one by one. memang rasa terkilan taktau nak buat apa jugak bila ada free time, tapi tukar dengan buat mende lain, baca buku ke, dengar video ostad yang best2. yang penting kena banyak doa, supaya kita kuat. supaya Allah bantu dalam usaha nak say babai to korea dan perkara2 lagha. sekarang ni pun memang kena stay strong (mujahadah) lagi sebab environment  kita ramainya yang suuuuka sangat tengok drama korea ni. huhu. inshaAllah, Allah ada untuk kita !  henshin!

sebenarnya, tak semestinya korea. tapi apa2 je aktiviti yang buat kita lalai macam main game, dan online lelama kat laman sosial. kan lagi elok kita guna masa tu untuk tingkatkan amal kita?

rasa macam undescribable, clueless bila tengok remaja, kanak-kanak di syria, palestine yang masa lapangnya diisi dengan menghafaz, dan tadabbur AlQuran. tapi remaja dan kanak-kanak kita di malaysia?

mereka diuji dengan peperangan dan mereka berani menentang. cita cita mereka ada dua, menang atau mati syahid. tapi, kita baru diuji dengan ujian hiburan sebegini, kita sudah kalah dengan hawa nafsu sendiri ? allahu.
:(

dunia adalah persinggahan, sebelum ke negeri akhirat yang kekal abadi.

#ada juga para daie yang memberi alasan menonton korea supaya senang untuk meng'approach' mad'u. hukhuk, tak kata salah, tapi kalau dai'e sendiri yang akhirnya menjadi 'mangsa'. haa, itu salah. lebih baik kita cadangkan alternatif lain dari terus menggalakkan macam tu.

p.s:  saya bukan anti negara korea. dan saya juga cemburu dengan video salji rakan-rakan yang sedang belajar di negara itu ;p. tapi bila melihatkan fenomena hiburan korea yang semakin merenggut masa anak-anak muda, sesuatu harus dilakukan untuk menyedarkan kembali kita yang semakin lalai dengan hiburan. :( tapi bila kerajaan sendiri yang panggil retis korea, rasa macam...kita perlu ubah ! psst lagi, undi adalah rahsia. ;p

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN