perjalanan mencari.


Entah kenapa aku rasa sayu. Aku dah lama tak pegang Quran. Last pegang surah Yasin time arwah tok teh meninggal masa bulan puasa hari tu. Tu pun pegang saja, sebab nak baca ikut orang ramai, segan. Sebab cara nak baca, tajwid semua pun dah ingat-ingat lupa. Huh. Teruknya aku.

Lama aku renung,  tiba –tiba dia angkat kepala. Aku jadi terkejut. Dia tunduk. Malu mungkin bila dipandang begitu. Tren berhenti, dia keluar.

Oh. Dia turun kat Masjid Jamek. Hmm mesti shopping kat Jalan Tar la tuh. Perempuan~


Sampai PWTC, aku turun, jalan kaki masuk The Mall. Kaki terus menapak ke Kenny Rodgers belah atas. Masuk-masuk je, Imad dah siap tersengih angkat tangan. Aku duduk. Imad tu kawan lama, time sekolah asrama dulu. Sekarang dah kerja kat audit firm. Saja ajak keluar weekend, sebab dah memang lama gile tak jumpa. Biasalah kalau dah jadi auditor tu, siang malam pagi petang kerja. Takde life langsung.

‘Eh ingat lagi tak Timah?’
Tiba-tiba Imad bukak cerita.
‘Timah mana?’

‘Alaa. Ada yang selalu fly dulu tu. Macam ko jugak la lebih kurang. Banyak buat kes. Tapi dia takde la sampai nk bakar tilam warden macam kau’

‘Sinis kott. Aku dah insaf  la weh.  Aah. Ingat je. Yang tinggi pakai tudung singkat tu kan? Asal dengan dia?’

‘Dia dah lain kot sekarang. Dah macam ustazah aku tengok. Takde dah nk tgk tudung singkat baju sendat tu sekarang’

‘Bila masa pulak ko sibuk kisah pasal hal orang ni eh?’

‘Takdela. Aku tengok fb grup sekolah kita hari tu. Tu pun tak sengaja bukak. Dia ada post pasal aurat. Terkejut aku. Profile picture dia pn gambar Quran. Ingat dia macam orang lain jugak. Bukan main letak status islamik bagai, tapi tengok gambar hmmphh pesen lama jugak. Tp bila bukak wall dia, ada gambar orang tag dia dah lain. Serius lain.’

‘Ada aku kisah?’

‘Ko ni kenapa? Macam berasap je bila aku keluar cerita pasal Timah?. Aku bukan nak gossip ke apa. tapi nak cakapnya aku kagum dengan dia. Bukan senang orang nak transform dari bad to good. Dari spesies student wanted sampai ke muslimah camtu.’

‘Ohh. ok. Eh. Ko punya kenduri belah laki hari apa? Nak aku jadi pengapit tak ni?’


Aku tukar topik.

Aku bukan berasap mana pun. Cuma dah hangit je. Tambah bengang jugak sikit. Aku tak tahu kenapa, tp aku rasa jeles. Sebab dia pun teruk macam aku jugak dulu. Dan dia dah jadi baik. Tapi aku? Kenapa transformation dia macam senang, tapi aku rasa susah sangat?

 

Aku.nak.jadi.baik. Tapi macam mana?
 
(...bersambung)
 
<< perjalanan                                                              >> perjalanan mencari cinta

Comments

Pencinta-Mu said…
xsbr nk tggu smbungan..;)
zura.aeda said…
xsbr nk tggu smbungnnye..;)
camar senja said…
mohon sambungannya secepat mungkin
Fazreen Misbae said…
Best!keep it up iffah! ;)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri