Posts

Showing posts from May, 2012

awak gelak ni, tak ada perasaan ke?

Image
Assalamualaykum, "Kekeke.." mereka ketawa tergelak-gelak, lagak seperti meng'ajuk' lantunan suara oleh penceramah, sedang yang lain sibuk menyesali dosa-dosa. saya pada waktu itu, di dewan besar tempat saya belajar, seram juga. bukan seram kerana gelapnya dewan dek lampu yang tertutup, tapi, di sebelah saya seorang teman yang bukan muslim, dia diam tidak bersuara, tunduk, hormat. saya tidak tahu apa yang dirasainya sepanjang sesi kedua. bila mana penceramah menyentuh 'kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Allah Azza wajalla' dibawanya kami ke alam angkasa raya, meneliti kewujudan enam fasa, selepas letupan big bang yang dinyatakan dalam Al-Quran. benar. Allah itu ADA. cuma tinggal kita kena yakin pada kuasa DIA, beriman dengan sebenar-benarnya. lisan mungkin boleh berdusta, tapi buahkan dengan amal, lambang percaya. saya waktu itu, bukan marah, cuma kesal. mereka yang ketawa bergelak jenaka itu semua muslim(ah), saya