Posts

Showing posts from February, 2011

bila hidung kita semakin tinggi dari biasa

Image
Assalamualaikum, suasana dewan sepi. dalam hati mereka, terselit perasaan hanya mereka yang tahu. lecturer mula membaca nama. mengagihkan kertas kuiz. tiga ekspresi dikenalpasti. pertama. gelak-gelak sengih sahaja. "haha. aku fail la weh. dah la banyak lupa hari kuiz tu. hafal-hafal lupa. takpe la..ramai kot yang fail. kira takpe la tu..5 percent je" kedua. emosi mula berkecamuk. "aduhh..fail ke.. sedihnye. aku dah hafal, macam mana boleh tak score ni. sedihnya.." ketiga. biasa-biasa sahaja. gelak2 pun tak. sedih pun tak sangat. "takpela, semua tu kan rezeki Allah. yang penting aku dah usaha yang terbaik" ha, cepat pilih. awak dalam kategori mana tadi? peringatan untuk saya dan kamu : bersyukur atas rezeki yang diberi. kita kena sentiasa ingat, semua yang berlaku itu hikmah. Allah nak bagi kita usaha lebih lagi. jangan mudah mengalah. jangan putus asa. Allah uji kita sebab Allah sayang kita. buat mereka yang lulus, Istighf

jangan memilih untuk tidak memilih!

Assalamualaikum :) mungkin. keajaiban akan berlaku. esok hari penentu. :) siapa yang belum tahu, sila tahu sekarang. proM wujud di uitm. sila jenguk webpage ini => manifesto ProM UiTM 2011  follow ini juga, Gabungan Mahasiswa Merdeka 2011. tahun pemula revolusi pelajar. *suka!suka!* InshaAllah. selamat mengundi. nak pilih pemimpin, bukan macam pilih baju bundle, kan along? nak pangkah dia, mesti ada sebab. tak nak sokong, mesti ada sebab juga. undi anda penentu masa depan kita :) p/s : mana manifesto calon mpp akaun ni? kang tak undi kang..hehe p/s/s: jangan buat undi rosak, tak baik.

undilah saya.

Image
Assalamualaikum :) bas rapid bergerak perlahan, berhenti di bus stop Perindu. "eh, eh.  dah ada poster la" 'undilah calon fakulti anda' ohh. pilihan raya kampus (PRK) dah nak mula la, perasan tak ni? "entahla. rasa macam takde efek pun PRK kat uitm ni. ada ke tak, sama je" itu yang biasa saya dengar. dalam hati. saya mula mengakui. PRK uitm sedikit canggung dibandingkan IPTA lain. di mana calon ProMahasiswa? siapa calon ProAspirasi? hah. jangan buat-buat garu kepala, jangan buat muka pelik, pro M dan pro A pun tak tau. betul tak, pelajar uitm? tiada pro pembangkang? kenapa tiada? persoalan timbul. mungkin uitm merupakan IPT yang diberi subsidi oleh kerajaan, jadi, mereka perlu patuh kepada arahan sebab nanti yuran pelajar akan bertambah mahal. (hehe) atau, kehadiran pembangkang bakal menggugat kredibiliti kerajaan? realiti. di sini, 4 calon di dalam satu fakulti. mereka hanya bertanding sesama mereka. calon yang me

sensitiviti sekeping hati

Image
Assalamualaikum. :) bab 32. sok sek sok sek. air mata itu terus menitis. part sedih ni. hero terpaksa melepaskan heroin demi melihat heroin bahagia. nangis cover2 sebab takut room mate nampak, malu, jatuh standard sebab baca novel nangis. episod 12. tanpa sedar, ada air mata jernih mengalir, ketika si heroin terpaksa pergi melihat kecurangan hero bersama heroin kedua. ohh. sayu. di tambah dengan lagu korea yang memilukan, air mata orang yang menonton, lagi laju turun berbanding heroin dalam filem. sok sek sok sek lagi. "ha, awak kena tengok cite hindustan ni. sedih sangat. Shah Rukh Khan mati.  dia rela bagi Preity Zinta kat Saif tu. touching nya. huk huk huk. kena tengok cerita tu tau" wah wah, awak, bukan main lagi ye. nangis2 baca novel, sendu-sendu tengok cerita korea, kenapa ya? kalau cerita sedap, bersungguh-sungguh nak cerita kat kawan, penuh emosi, mesti time awak promote cerita tu, reaksi muka mesti sama dengan kadar ke'semangat&

tiga kali seminggu?

Image
Assalamualaikum, tangan ini terasa laju mencari, ingin mencari, kedai buku MPH pastinya yang pertama ditujui. "maaf dik, buku tu dah sold out" "ohh, terima kasih kak" kecewa sedikit, namun tidak sepenuhnya. pastinya masih ada terjual di toko buku yang lain. namun, mata terlintas pada ruangan buku terbaru. karya baru Faisal Tehrani, tajuk yang menimbulkan tanda tanya, '3 kali seminggu' tagline juga begitu, 'dia pandai-tidak menggedik pada setiap masa-dia memilih tiga kali seminggu sahaja' apakah? apa yang FT cuba sampaikan? persoalan itu membuatkan saya akur untuk membuat transaksi jual beli di kaunter. dalam hati saya , 'mencari yang lain, dibelinya yang lain' hehe. di bilik. kulit buku dikoyakkan, cermat. yang pasti, cerpen tiga kali seminggu dicari, dibaca.  selesai. saya tersenyum. lebar. rupanya inilah dia, yang dikatakan 3 kali seminggu. (nak saya cerita?hehehe) cerpen-cerpen lain begitu juga,

basuhkan tangan untuk saya, boleh?

Image
Bismillahi walhamdulillah. :) nak sembahyang, malas. nak buat assignment, malas. sampaikan nak mandi pun boleh malas, "kenapa la kita kena mandi dalam hidup ni?" *tergelak saya bila kawan cakap macam ni* satu lagi, nak pergi basuh tangan sesudah makan pun, malas. ye la, tgh duk syok2 bersembang, makan depan laptop, depan tv, dah habis nasi, malasnya nak basuh tangan. kalau la boleh orang tolong basuh tangan untuk kita kan? mesti ramai dah buat camtu.. malas, malas. hehe. kita tak suka betul orang kata kita malas, lebih-lebih lagi orang perempuan, ' malas betul anak dara ni' sure melenting punya. habis nak salahkan siapa, dah memang betul pun kan. :) kenapa kita malas sangat ni? teringat dalam kelas tadi ada kawan cerita : "seekor kucing mati akibat kebosanan" ;P malas ni, penyakit ke, apa eh? mungkin penyakit hati. tapi yang pasti. jangan bagi ia melarat. hentikan! malas memang ada pada semua orang, rajin m

igauan semalam

Image
Assalamualaikum :) dia termenung lagi. teringat tentang semalam. air mata menitis, lalu dikesatkan. sesal dengan perbuatan. namun siapa yang menyangka, syaitan yang terlebih dulu menakluki hati berbanding akal. lalu dosa itu direlakan. semakin seronok, semakin terbuai, semakin diinginkan. kini, dia sedar. terlalu jauh dengan cahaya. kegelapan bukan bererti kelam. tetapi kegelapan itu memberi erti betapa cahaya itu sangat diperlukan. :) dia ingin mencari cahaya, mengharapkan sinar kelam ini hilang. disuluhi cahaya Tuhan. bagaimana untuk dia bangkit kembali? dia rasa keseorangan, dia fikir masa depannya hitam. tapi dia tidak sedar, Allah ada dimana-mana untuk dia, untuk kita, untuk hambaNya. Allah itu Maha Adil, tidak dibebankan sesuatu ke atas hambaNya, melainkan atas kesanggupan hambaNya. Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang. sepertiga malam itu, dia tersedar. wudhu diambil. dia ingin bersama Tuhannya. doa dipanjangkan, taubat dipinta,

lewat petang itu, ada sesuatu di situ

Image
Assalamualaikum. :) buku ungu berjudul 'indahnya pacaran selepas pernikahan' ditatap, cuba dibaca setiap baris, namun, pancaran matahari sedikit menyilaukan pandangan mata dari terus menatap. jam direnung buat entah berapa kalinya. hampir setengah jam lebih. petang mula merangkak ke senja. bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. dulu tunggu berjam-jam pun, biasa saja. tapi hari ini? 'ye la. dah biasa tunggu tak sampai 10 minit, tu yang jadi tak biasa sikit tu'.  ini yang bermain di fikiran. sabar. sabar. sabar. pujuk saya kepada hati. senyum. senyum. senyum. suasana di Puncak petang itu sunyi sahaja. suasana biasa pada cuti umum untuk mahasiswa. kan? :) salah satu bus stop di Jepun. menunggu di dalam tembikai. :) sedang menanti, tiba-tiba sebuah kereta Viva biru elok diparkir dihadapan bus stop. cermin kereta diturunkan. kelihatan 2 orang kakak yang mungkin 3,4 tahun lebih tua dari saya tersenyum. "awak nak ke mana?" &quo