basuhkan tangan untuk saya, boleh?

Bismillahi walhamdulillah. :)

nak sembahyang, malas.
nak buat assignment, malas.

sampaikan nak mandi pun boleh malas,
"kenapa la kita kena mandi dalam hidup ni?"
*tergelak saya bila kawan cakap macam ni*

satu lagi,
nak pergi basuh tangan sesudah makan pun, malas.

ye la,
tgh duk syok2 bersembang,
makan depan laptop, depan tv,
dah habis nasi,
malasnya nak basuh tangan.

kalau la boleh orang tolong basuh tangan untuk kita kan?
mesti ramai dah buat camtu..

malas, malas.

hehe.

kita tak suka betul orang kata kita malas,
lebih-lebih lagi orang perempuan,
'malas betul anak dara ni'
sure melenting punya.
habis nak salahkan siapa,
dah memang betul pun kan.
:)

kenapa kita malas sangat ni?

teringat dalam kelas tadi ada kawan cerita :
"seekor kucing mati akibat kebosanan"
;P

malas ni,
penyakit ke, apa eh?

mungkin penyakit hati.

tapi yang pasti.
jangan bagi ia melarat.

hentikan!

malas memang ada pada semua orang,
rajin macam mana pun mesti ada masa-masa malasnya.

tapi mereka nampak rajin,
sebab mereka  pandai letakkan perasaan malas itu di mana.

malas itu kan perasaan,

perasaan siapa?
kita?

hanya kita yang boleh lawan,
bold sikit bagi nampak.
bukan dia,
kita sendiri yang kena kawal perasaan tu.

'time is not to be wasted, but is to be well invested'

baru kita dapat hasilnya.

bila nak rasa malas-malas sikit tu,
cepat tukar jadi positif balik,
jangan bagi malas tu sekat pergerakan kita.

ok?

kita banyakkan doa,
'Ya Allah, aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan'
InsyaAllah,
sentiasa motivasikan diri,
ingat matlamat,
tujuan kita.

jangan jadi manusia yang tiada pegangan.
hanya ikut pada perasaan.
*tak bagus*
tapi, jadi manusia yang tahu tujuan.

kalau ada to-do-list,
lagi bagus.
ikut jadual,
masa akan terisi dengan baik.
InsyaAllah.

kita nak jd rajin kan?
tak nak malas-malas dah.
ok?


note: peringatan buat saya khususnya. dan semestinya kamu-kamu juga! ;)
note-note :
nak tips atasi malas? klik sini.
:)
note-note-note : perlu ke tajuk panjang tu?

Comments

WMI said…
terasa ni ipah...=)
khayla fadwah said…
sangat terasa,ok..
oh, tidak2..
sy budak rajen... T,T
Umaidah Al-Abid said…
bila dtg sedikit je perasaan malas, seribu jenis alasan pn blh timbul... Mula la nk bertangguh, kerja jdi bertimbun... Rajin2kn diri ek.. syukran ats post yg bermanfaat

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.