undilah saya.

Assalamualaikum :)

bas rapid bergerak perlahan,
berhenti di bus stop Perindu.

"eh, eh.  dah ada poster la"
'undilah calon fakulti anda'

ohh.
pilihan raya kampus (PRK) dah nak mula la,
perasan tak ni?

"entahla.
rasa macam takde efek pun PRK kat uitm ni.
ada ke tak, sama je"

itu yang biasa saya dengar.
dalam hati.
saya mula mengakui.

PRK uitm sedikit canggung dibandingkan IPTA lain.
di mana calon ProMahasiswa?
siapa calon ProAspirasi?

hah.
jangan buat-buat garu kepala,
jangan buat muka pelik,
pro M dan pro A pun tak tau.
betul tak, pelajar uitm?


tiada pro pembangkang?
kenapa tiada?
persoalan timbul.
mungkin uitm merupakan IPT yang diberi subsidi oleh kerajaan,
jadi,
mereka perlu patuh kepada arahan sebab nanti yuran pelajar akan bertambah mahal.(hehe)
atau,
kehadiran pembangkang bakal menggugat kredibiliti kerajaan?

realiti.
di sini,
4 calon di dalam satu fakulti.
mereka hanya bertanding sesama mereka.
calon yang menang akan terus dilabelkan sebagai Pro-Aspirasi.

jadi, pemilihan JPP berdasarkan apa?

pertama, mungkin manifesto yang dibawa mereka,
mungkin juga taraf akademik,
kadar keramahan dengan pelajar,
(mesra ke tak),
dan tidak lupa,
paras rupa.

jangan terkejut.
kerana ini yang berlaku.

pilihanraya kampus merupakan satu medium,
untuk pelajar memilih siapa wakil mereka.
untuk menyuarakan hak sebagai seorang pelajar.

di samping,
melatih semangat daya juang yang tinggi dalam kalangan pelajar.
tapi sayang.
di sini lain ceritanya.

PRK tidak memberi erti kepada pelajar.


kami tidak didedahkan dengan situasi PRK sebenar,
tiada sudut pidato,
(mungkin ada di Fakulti Undang-Undang)
tiada kempen besar-besaran,
melainkan kemeriahan
juntaian kertas-kertas berwarna-warni 'undilah calon fakulti anda'
di serata tempat di dalam kawasan kampus.
itu pun hanya beberapa hari sahaja.
(jimat kos.hehe)




perang poster.
kemudian,
pilihan raya dibuat.
calon yang menang akan melaksanakan janji mereka.
(itu pun kalau HEP luluskan)
dan sesetengah mereka hanya dilihat sebagai
goyang kaki semata.

kesan.
lahirlah pelajar seperti kita sekarang,
kurang minat pastinya,
malas untuk masuk campur.

tidak mahu melibatkan dalam politik.
perasaan 'ikut-suka-hati-kau-nak-jadi-apa-janji-tak-kacau-aku'
begitu menebal dalam kalangan pelajar.

ada atau tidak PRK,
langsung tidak memberi kesan.
untuk keluar mengundi,
jangan dicerita.
walaupun bekalan air kotak dan roti percuma diberikan,
berat rasa hati untuk keluar mengundi.
betul tak?

kerana apa?
calon fakulti pun kita tidak tahu.
(student akaun, tahu kan?)

pujian.
walau suasana pilihan raya uitm dilihat lesu,
tiada parti pembangkang (ProM),

jutaan terima kasih perlu dihulurkan.
Mantan JPP sebelum ini, Alhamdulillah.
melaksanakan tugas mereka dengan sehabis baik.
kita jangan menuding jari,
terima dengan hati terbuka,
kerana kita manusia.
tiada yang sempurna.

harapan.
ingin sekali melihat.
uitm juga seperti IPTA yang lain.
dari sudut pilihan raya kampus nya.

kami pelajar.
masih menunggu,
keajaiban itu berlaku.


note : sila keluar mengundi ya kawan-kawan. hari Selasa 22 Februari di setiap fakulti.
note-note: undilah saya! kerana undi anda bakal mencetuskan revolusi.
note-note-note : jangan tertipu di sebalik tajuk, :)

Comments

picairin said…
baru tahu uitm pnya sistem prk macam ni...=)
umi Hamraa said…
yep. ini dulu.
sekarang dah ada kebangkitan suara pelajar :)
mahasiswa mula sedar..
picairin said…
alhamdulillah...bagus lah...=)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN