bila hidung kita semakin tinggi dari biasa

Assalamualaikum,

suasana dewan sepi.
dalam hati mereka,
terselit perasaan hanya mereka yang tahu.

lecturer mula membaca nama.
mengagihkan kertas kuiz.

tiga ekspresi dikenalpasti.

pertama.
gelak-gelak sengih sahaja.
"haha. aku fail la weh. dah la banyak lupa hari kuiz tu. hafal-hafal lupa. takpe la..ramai kot yang fail. kira takpe la tu..5 percent je"

kedua.
emosi mula berkecamuk.
"aduhh..fail ke.. sedihnye. aku dah hafal, macam mana boleh tak score ni. sedihnya.."

ketiga.
biasa-biasa sahaja.
gelak2 pun tak. sedih pun tak sangat.
"takpela, semua tu kan rezeki Allah. yang penting aku dah usaha yang terbaik"

ha,
cepat pilih.
awak dalam kategori mana tadi?

peringatan untuk saya dan kamu :
bersyukur atas rezeki yang diberi.

kita kena sentiasa ingat,
semua yang berlaku itu hikmah.
Allah nak bagi kita usaha lebih lagi.

jangan mudah mengalah.
jangan putus asa.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita.


buat mereka yang lulus,
Istighfar banyak-banyak.
kerana.
kurniaan Allah itu merupakan ujian buat kamu.

"Dan Dialah yang mengangkat darjat sebahagian antara kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas kurniaan yang diberikanNya kepadamu"
(Al-An'am :165)

jangan rasa kita hebat.
jangan rasa kejayaan itu kerana usaha kita.
jangan rasa sombong.
jangan terlalu cepat bangga diri.

hidung,
jangan kau cepat meninggi dari biasa!
INGAT!
:)

hidup mesti kena positif. bersangka baik.

jom.
kita tukar mode.
tutup sejarah quiz tadi buat sementara,
fokus pada yang seterusnya.

kita set kan niat balik,
kita belajar untuk dapatkan ilmu kerana Allah.

jom amalkan,
sebelum buka buku,

  • ambil wudhu',
  • baca doa sebelum belajar,
  • fokus.


kalau rasa mengantuk,
banyakkan selawat, berzikir,
alihkan fokus pada perkara lain sekejap,
then,
sambung balik.

study smart itu penting.

InshaAllah.
kita semua boleh!

Kejayaan itu hanya milik Allah.jangan ber'itikad bahawa segala usaha kita adalah penentu kejayaan kita,
tetapi yakinlah bahawa tawakal kita hanya pada Allah SWT.
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu :)


note :
untuk saya dan sahabat-sahabat yang saya sayang,
usaha semampumu untuk common test next week
Bi Taufiq wan Najah :)

note-note-note :
subjek menghafal memerlukan kerajinan yang tinggi :) tapi kita sekarang macam tak berapa rajin je.. so kena rrajin-rajin kan diri! 

Comments

acik said…
angah..acik pilih no.3

hehe.:)
nurIman Abdul said…
salam iffah..:)

ada test ke?all the best ye..:)
Zieta Yunos said…
cuba nk jd no 3...
hihihi

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri