igauan semalam

Assalamualaikum :)

dia termenung lagi.
teringat tentang semalam.

air mata menitis,
lalu dikesatkan.

sesal dengan perbuatan.
namun siapa yang menyangka,
syaitan yang terlebih dulu menakluki hati berbanding akal.

lalu dosa itu direlakan.
semakin seronok,
semakin terbuai,
semakin diinginkan.

kini,
dia sedar.
terlalu jauh dengan cahaya.

kegelapan bukan bererti kelam.
tetapi kegelapan itu memberi erti betapa cahaya itu sangat diperlukan. :)

dia ingin mencari cahaya,

mengharapkan sinar kelam ini hilang.
disuluhi cahaya Tuhan.

bagaimana untuk dia bangkit kembali?

dia rasa keseorangan,
dia fikir masa depannya hitam.

tapi dia tidak sedar,

Allah ada dimana-mana untuk dia,
untuk kita,
untuk hambaNya.

Allah itu Maha Adil,
tidak dibebankan sesuatu ke atas hambaNya,
melainkan atas kesanggupan hambaNya.

Allah Maha Pengampun,
Allah Maha Penyayang.

sepertiga malam itu,
dia tersedar.

wudhu diambil.
dia ingin bersama Tuhannya.

doa dipanjangkan,
taubat dipinta,
moga diampunkan segala dosa.

alangkah indahnya saat bersamaMu.
hatinya berdetik.

terasa tenang.
dia tiada rasa keliru lagi.
kerana dia pasti,
jalan ini jalan yang akan menemukan,
dia dengan cahaya.

InsyaAllah.

p.s  :
jangan rasa malu dengan dosa semalam. kerana kita manusia, ada khilafnya, tidak ada yang sempurna.
yang penting, kita teruskan mencari cahaya. kerana cahaya ini yang akan membantu kita di alam sana.

p/s :

semoga 'dia' dan kita sentiasa diberikan hidayah olehNya.
InsyaAllah.

Comments

live.well said…
terima kasih untuk post ini.
sangat bermakna buat saya yang banyak lalai di waktu dulu.

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN