Posts

Showing posts from 2014

malaysia, bertabahlah.

"Aku tidak takut sekiranya doaku tidak dimakbulkan, namun aku bimbang sekiranya aku telah dihentikan ilham dari Allah untuk terus berdoa" ... "Cepat mael. Ko tunggu apa lagi? Orang dh nak siap solat tu" Mael yang dari tadi lagi masih duduk terpaku pada tempat tidurnya. Kiri dan kanannya hanya tinggal kain kain pelikat yang tidak berlipat. Dikecilnya mata untuk melihat jam di hujung kelas yang dijadikan dewan itu. 6.15 pagi.  Matanya masih liat untuk dibuka sepenuhnya.  Teringat hari hari sebelumnya dia masih tidur nyenyak di atas tilam, bertemankan hujan malam dan cuaca dingin. Ahh nikmatnya. Dan malam ini... "Air tu jangan guna banyak sangat. Ala kadar je. Nanti kami nak guna buat masak pula" Nyaring sekali kedengaran makcik Nani mengingatkan.   Barangkali bimbang bekalan air diputuskan seperti pengalaman di kawasan terlibat banjir sebelumnya.  Riuh rendah  di kawasan yang dikhaskan untuk memasak, mungkin makcik2 bersemangat untuk menyediakan menu sarapan

#sayasayang uia

peliknya uia bila mana azan kedengaran semua kaki-kaki menuju ke bangunan berkubah biru yang di dar al hikmah meninggalkan nota, yang sedang sibuk bekerja, turun mengejar pahala majlis ilmu melimpah ruah, kadang-kadang 2,3 taman-taman syurga dalam satu-satu masa, bukan main dilema, last-last suruh kawan ke sini, kita ke sana, nanti di bilik kita 'share' sama-sama majoriti berbaju labuh dan bertudung sempurna berniqab, berkopiah dan berjubah pakaian utama tidak kira kuliyyah apa, program mana semua seperti ustaz-ustazah pada pandangan rakyat biasa di masjid, kiri dan kanan saling bertegur sapa default question 'year ke berapa', course apa dan mahallah mana sehinggalah dah nikah ke belum, anak ke-berapa dalam keluarga! hebatnya taaruf pelajar-pelajar kita berjalan ke mana-mana dalam kawasan uia bukan fenomena luar biasa nun di maryam sehinggalah ke kuliyyah komunikasi di atas bukit sana mungkin mereka sudah terbiasa, mengambil ibrah hijrah baginda se

i-man

"Bersihnya jiwa, bila mana kita dahulukan Allah, lebih dari segala yang ada..." ... Salam pertama diberi, diikuti salam kedua wajahnya diraup. astaghfirullah. astaghfirullah mulut terkumat kamit sampai pada hati, atau tidak - tiada pedulinya mata dikerling pada hp di atas meja berkelip kelip tanda mungkin ada whatsapp baru masuk hp dicapai ralit jari menggosok skrin doa entah ke mana wirid tadi dibiar tidak berkesudahan ... "Kau ok?" Wajah rumetnya dipandang sekilas. anggukan tanda jawapan "Dah habis solat ke?" "Oh, dah" "Macam nampak rungsing je dua tiga hari ni" Garuan hp di tangan terhenti. wajah rumetnya dipandang. "Oh. perasan eh? ermm serabut laa. banyak kerja tak setel lagi, assignments berlambak, report lab, next week ada quiz, mak aku tadi call suruh balik minggu ni, ada kenduri tahlil pulak, padahal dah janji nak futsal wiken ni" "Ohh" "ke

#28 Muharam: detached to attach

Bismillah "Angah dah deactivate facebook... ... :( Selalu tak leh fokus sekarang ni... ...rasa nak tutup semua mende yang tarik masa angah..." xxx astaghfirullah. entah, sejak dua menjak ni, selalu rasa masa sangat sangat sangat cepat berlalu sedang kalau muhasabah, apa sangat lah yang dibuat sehari-hari nekad. masa tak akan pernah bertambah tapi apa yang perlu dibuat kena buang perkara yang bukan prioriti facebook. salah satunya. dan proses rasionalisasi bermula "nak contact dengan family,kawan-kawan - whatsapp kan ada? lagi pun, selalu contact guna whatsapp jugak kan" "nak share-share something, perasaan kita, tengah buat apa,-- kalau tak share lagi bagus rasanya, tak rasa tertunggu ada orang 'like', comment ke tak. lagipun, perlu ke nak cerita semua perkara? heh. nak share something bermanfaat? do da'wah to real people, ajak kawan-kawan terdekat, mesej adik2- lagi terkesan inshaAllah" "nak update isu dal

Adik Mira.

Bismillahi walhamdulillah Lebih kurang 7 pagi Mesej diterima Awak kembali pulang kepada Pencipta Allahuakbar Saat mata meneliti skrin Rasa meremang seluruh badan Adik yang akak baru kenal, dah kembali menemui Tuhannya Asbab penyakit SLE Dan sehari untuk hari Sabtu itu, rasa itu tak hilang Bercampur baur perasaan Akak tak boleh fokus dengan rutin akak Kejap akak tengok mesej, baca balik post2 ikhwah akhawat share Kejap akak scroll facebook, penuh newsfeed mereka doa untuk awak Pelik Akak bukan kenal awak as if rapatnya awak  dengan akhawat yang lain Tapi Akak rasa ‘something’ Kematian awak , kematian menghidupkan Sepertinya air yang ‘dicurahkan’ Allah pada hati hati kering kami kat luar sana Allah Allah sayang awak, adik Mira Akak kenal kakak-kakak awak masa belajar dulu-dulu Kak Aisyah, Kak Atiqah Dan bila dapat jumpa the other ‘Siti’s’ kat UIA  Rasa excited pula Akak ingat lagi masa taaruf di UIA Akak tegur kenapa

tangga ke-dua.

Image
Bismillahi walhamdulillah. xxx "Akak, normal ke kalau ada perasaan camni eh?" "Haish, kadang-kadang risau juga akak dengan awak ni. perasaan apa tu?" "Err, rasa in a state of unsure ? worrying about future, what it turns into ?" "D o specify the future, please " "Alaaaa akak buat-buat tak faham ke betul tak faham ni?" "Ehee segan eh nak confess ?" "C onfess apa ni akak?" "Haha. cakap je la, awak worry about marriage kan? to whom you'll get married , when your time will come, can the guy accept you as who you are , kan?" "Akaaaakkkk! apa ni, mana adaaa," "Ingat akak tak perasan ke dari tadi awk scroll newsfeed tengok gambar kawan-kawan awak kawin?" "Eh? kalau ye pun perasan, tak yah la cakap, senyap-senyap je lah." "Hahahaha, awak dengan abang awak sama je, tak pandai cover " "Errm, dah-dah. lenguh dah

Ramadhan jangan pergi.

Image
Bismillahi walhamdulillah.  Deruman motor mat rempit bising sekali di telinga, Letupan mercun bagaikan ada pertandingan antara taman sini dan sebelah.  Seronok mereka menyambut malam raya. Tapi betul ke, Seronok? :( Terasa tahun ini rasa sayu meninggalkan Ramadhan, Bukan seperti sebelumnya yang rasa tidak sabar untuk makan sepuasnya di pagi raya.  Bukan juga rasa excited untuk bergambar di pagi raya.  Bukan juga rasa teruja ingin menonton rancangan fofular di hari raya.  Tapi, apa yang bermain di fikiran, sepanjang sebulan ini Graduankah aku dengan ijazah taqwa seperti yang dijanjikan? Allahu.  Lagu raya yang dulu mungkin rasa satu keperluan untuk hidupkan malam raya kononnya, terasa semakin menyekit di telinga.  Terasa seperti lemas dengan muzik yang meyesakkan.  Seolah gembira ramadhan kian pergi. Sedangkan yakinkah kita dosa dosa lalu telah diampunkan? Berjayakah kita mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan?  Nastaghfirullah.  Maafkan aku.  Maafkan aku.  Maafkan aku.  Ya

Lalai, dan Dia masih memeluk erat.

Image
Bismillahi walhamdulillah.  "Jom main tukar-tukar hadiah nak" "Haa. Boleh jugak. Okay!" Semangat nak main exchange gift time usrah kali ni.  Bila hari yang dijanjikan tiba.  Semua orang excited nk terima hadiah masing2.  Agak pening juga untuk decide bagaimana sebenanya permainan ini dibuat.  Last2 seorang usrahmate nya menulis nama setiap ahli di atas kertas, dan masing2 harus memilih satu kertas berlipat yang ditulis nama.  Dan hadiah ditukar.  Buka sahaja hadiah sewaktu sampai di bilik, Allahu.  Satu sahaja perkataan boleh describe.  Bermain di minda.  'Just in time' Alhamdulillah.  ... Dalam perjalanan balik tadi, dia sempat berborak dengan usrahmate nya.  S sangat teruja dengan hadiah yang diterima. Sebuah buku juga. Dan sudah lama S berminat nak kumpul buku. :) .. Mesej teman-teman yang lain. M juga terima sebuah buku tulis yang kosong, tidak bergaris.  Dan dia tahu sangat, M memang sangat suka dengan buku yang tidak bergaris.  .. WM pula terima satu s

sebab kadang perlu meluah rasa

Image
  Bismillahi walhamdulillah “Along, nak mamee sikit boleh?” Angah teringin, tapi along buat muka. Buat angah rasa geram. Tapi last-last along bagi juga, walaupun angah sempat rasa hanya serpihan kecil makanan ringan itu Tapi yang tu punnn, errr full setop. The rest is history. Tapi masa tu angah macam terima je. layankan aje. Sebab angah, adik along. Along anak sulung, 3 adik perempuan bawah along, baru mak dikurniakan anak lelaki (alang) Bila along rasa nak main bola dalam rumah, Mesti angah yang kena jadi goal keeper Ingat lagi, along semangat buat chart player2 along, siap ada league sendiri lagi Perghh . ok dah tau kenapa along dan ‘football manager’, berpisah tiada. Heh Tapi tak tahan, angah boleh pulak jadi keeper time tu. Siap practice tendang bola dengan gaya lagi. Semangat punya pasal. Sebab angah, adik along. Masa angah kena marah dengan mak Along pun ada sama Along ajak angah nyorok belakang sofa, siap makan biskut raya lagi bela

adikku yang baik

Image
Assalamualaikum, sikit-sikit bulatan gembira, sikit-sikit usrah, sikit-sikit tarbiyah, sikit-sikit ukhuwwah, sikit-sikit akhawat. siki-sikit ikhwah, eh. dah takde benda lain ke nak cakap? grr. bajet baik betul la dorang ni. dahla slalu dengan geng dorang je. dari dulu dengar dakwah untuk semua tapi.. errmm duk gelak sama-sama sendiri ada la. ingat orang biasa macam kita ni tak baik ke? jahat sangat ke? eh, aku dengar jugak la ceramah syeikh-syeikh dari oversea kat youtube pegi jugak la talk-talk yang hebat-hebat yang orang duk sibuk organize tuh aku tahu la pasal kena jaga ikhtilat ni semua aku pun hafaz quran jugak sikit-sikit solat puasa semua tak pernah tinggal perlu ke nak ada beza orang ikut usrah dengan tak ikut usrah? perlu ke beza nak ada gelaran akhawat, ikhwah dengan orang biasa? sama je kan? ... oihh berapi nampak marahnya dik, sabar. tarik nafas dulu. adik, akak dulu macam tu la. cuma beza, adik lagi power dari akak. akak dulu lagi la

rahmat untuk semua

Image
Assalamualaykum, Dia memandang sepi post-post sayuran yang menjadi viral baru-baru ini Ramainya yang berselawat ‘kangkung’ minggu ini Entah baginya dia lebih suka begitu Diam tidak menambah dan menolak Bukan bermakna menyokong yang menaikkan harga barang Dan tidak pula mengangguk bersetuju dengan tindakan yang meng’troll’kan isu itu Tapi dia tidak meng'expect' semua orang sepertinya Dia tahu Ada orang, lain caranya Dia ok. Asalkan Allah diletakkan utama Ar Rasul contoh ikutan sepanjang zaman Al-Quran sumber rujukan mutlak Kan manusia ini, diciptakan berbeza? “yeah. I know you look peaceful” Tersenyum dia mengingatkan komen teman sekelasnya dari Nigeria bagusnya kalau mereka memahami dan me-rai perbezaan ini. :) ... Perbezaan pendapat itu fitrah Ada orang ingin mengubah sistem, aktif dan bersungguh dalam politik untuk menegakkan hukum Allah Ada orang suka berdakwah, tapi tidak suka (atau mungkin ada kekangan un

tentang, rasa

setiap kali saya rasa mahu berhenti berhenti dari menulis pasti akan ada saya terima mesej-mesej dari mereka yang ikut blog saya "akak, boleh nasihatkan saya begini," "akak boleh berikan pendapat tentang ini?" Allah tidak dapat digambarkan perasaan itu Allah kuatkan hati dengan adanya mereka bila baca komen yang mereka kagumi saya, rasa malu depan Allah rasa kerdil depan Allah kalau Allah tidak tutupkan dosa saya dosa kita pasti tidak akan ada siapa yang mendekati apatah lagi meng-kagumi tidak akan ada kerana kita pendosa astaghfirullah. terkadang hilang semangat untuk menulis terkadang kesibukan dunia melebihi tanggungjawab sebagai hamba malu dengan Allah moga Allah ampunkan saya moga Allah ampunkan kita terkadang tidak tahu apa yang mahu ditulis rasa kerdil diri dengan limpahan dosa dan seakan ada suara yang berkata heh masih mahu mengingatkan orang? liciknya syaitan mempengaruhi saya :( Allah. kalian tolong doak