Adik Mira.

Bismillahi walhamdulillah

Lebih kurang 7 pagi
Mesej diterima
Awak kembali pulang kepada Pencipta
Allahuakbar
Saat mata meneliti skrin
Rasa meremang seluruh badan
Adik yang akak baru kenal, dah kembali menemui Tuhannya
Asbab penyakit SLE

Dan sehari untuk hari Sabtu itu,
rasa itu tak hilang
Bercampur baur perasaan
Akak tak boleh fokus dengan rutin akak
Kejap akak tengok mesej, baca balik post2 ikhwah akhawat share
Kejap akak scroll facebook, penuh newsfeed mereka doa untuk awak

Pelik
Akak bukan kenal awak as if rapatnya awak  dengan akhawat yang lain
Tapi
Akak rasa ‘something’


Kematian awak , kematian menghidupkan
Sepertinya air yang ‘dicurahkan’ Allah pada hati hati kering kami kat luar sana
Allah
Allah sayang awak, adik Mira

Akak kenal kakak-kakak awak
masa belajar dulu-dulu
Kak Aisyah, Kak Atiqah
Dan bila dapat jumpa the other ‘Siti’s’ kat UIA 
Rasa excited pula
Akak ingat lagi masa taaruf di UIA
Akak tegur kenapa awak lagi tinggi dari kakak yang lain?
Awak ketawa je
Suka senyum
Ceria.

Akak tau, akak dh tak dapat taaruf dengan awak kat dunia
Tapi nanti kita sambung di syurga, ya?
InshaAllah

 “Tanda Allah sayang seseorang tu, bila Allah panggil pulang dalam keadaan bersih”
Dan awak pulang dalam keadaan bersih
Bersih dari dosa, kerana sakit yang awak tanggung selama tak sampai setahun ni

Cemburunya akak

“Ukht Amirah dah lepas dah  tanggungjawab dia di dunia, kita ni ha, masih kat dunia, nak buat apa?” – Kak A
Sentap akak bila dengar perkongsian kak A
Ternyata kami yang tinggal
Masih banyak yang perlu dibuat
Masih banyak yang perlu dibetulkan
Kerana kami juga nak dapat redha Allah
Kerana kami juga nak peroleh husnul khatimah

Moga Allah ampuni dan rahmati awak.

Selamat berehat adikku
Ukht Siti Amirah Kamaruzaman
1993-2014


“Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertaqwa, “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?”
Mereka menjawab, “Kebaikan”
Bagi orang yang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yang baik.
Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.
(iaitu) syurga-syurga ‘Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam (syurga) itu mereka mendapat segala apa yang diinginkan.
Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yang bertaqwa,
(iaitu) orang yang ketika diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), “Salamun alaikum”, masuklah ke dalam syurga kerana apa yang telah kamu kerjakan

(An-Nahl 16: 30-32)


Subhanallah

Dan benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung. 

(Ditulis sebulan yang lepas. Moga kita yang tinggal, diberi kekuatan istiqamah dan perbanyakkan amalan kebaikan)


Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN