#28 Muharam: detached to attach

Bismillah

"Angah dah deactivate facebook...

... :(

Selalu tak leh fokus sekarang ni...

...rasa nak tutup semua mende yang tarik masa angah..."

xxx

astaghfirullah.

entah,
sejak dua menjak ni, selalu rasa masa sangat sangat sangat cepat berlalu
sedang kalau muhasabah,
apa sangat lah yang dibuat sehari-hari

nekad.
masa tak akan pernah bertambah
tapi apa yang perlu dibuat
kena buang perkara yang bukan prioriti

facebook.
salah satunya.

dan proses rasionalisasi bermula

"nak contact dengan family,kawan-kawan - whatsapp kan ada? lagi pun, selalu contact guna whatsapp jugak kan"

"nak share-share something, perasaan kita, tengah buat apa,-- kalau tak share lagi bagus rasanya, tak rasa tertunggu ada orang 'like', comment ke tak. lagipun, perlu ke nak cerita semua perkara? heh. nak share something bermanfaat? do da'wah to real people, ajak kawan-kawan terdekat, mesej adik2- lagi terkesan inshaAllah"

"nak update isu dalam groupla, kot-kot terlepas perkara penting-- ermm boleh tanya kawan yang lain kot, tu pun kalau ada la perkara penting yang duk risau tu"

"update newsfeed, tengok kawan buat apa hari tu, dah nak kawin ke, anak berapa, stalk orang?--- eheeeh ini.. ermm ini yang buat jd lama mengadap tu kan? macam-macam orang share, semua benda kalau boleh, tapi try tanya balik hati, apa yang kita dapat sebenarnya?"

"update isu semasa? -- newspaper, website-website berita lain banyak sekarang ni"

"nanti kalau ada orang cari kita, camane...? ---- adoii. sapa je la nk cari awak tu haa? heheh. pandai-pandai lah orang tu mesej personal ke, tanya kawan-kawan awak ke. aishh. lagipun, bila life kita tak diketahui orang sangat ni, lagi tenang sebenarnya. :)"


memang susah bila berkenaan dengan perkara yang selalu buat
tambah-tambah dah jadi macam rutin pula T_T

tapi cuba lah
untuk dapat kan 'masa' kita balik
'masa' kita yang kita tau - semua kita berada dalam kerugian, kelemasan

kecuali kita termasuk dalam 4 ini

yang beriman
yang beramal soleh
berpesan kepada kebenaran
berpesan kepada kesabaran

(Al-Asr 103 :1-3)


ada perkara yang kita kena 'detached' untuk 'attached' balik dengan Tuhan
ada perkara yang kita kena 'forgo' walaupun hati meronta tak suka

sebab kita nak untung,

di sana.


moga Allah redha
moga Allah bagi kita keberkatan masa
dalam mencari redha Dia


:)


ps; bila nak activate semula? biar masa menentukan segala. hehe

Comments

Anonymous said…
nyesal padam conversation. kalu dok, acik printscreen letak kat sini. bukti angah pm acik :P
saya said…
hikhik.

jangan la reveal. malu la angahhhh.
*_*

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri